Posts

Showing posts from 2013

Jumpa gambar-gambar Amir semasa kecil...

Image
 Assalamualaikum.. Dulu handphone aku takdelah secanggih sekarang. Kamera pun tak ada. So koleksi gambar Amir semasa kecil sangatlah terhad. Kalau tak guna kamera pinjam, handphone canggih kakak-kakak aku dan anak sedara aku takpun adik aku yang jadi mangsa.  So, bila aku dah berjaya membeli handphone canggih maka dapatlah aku mem'bluetooth'kan gambar-gambar Amir setakat yang ada pada mereka-mereka tersebut. Hehehe...  cam anak cina.. tidur sebelah abdul hakim baru berumur 4@5 hari. masa ni baru dapat keluar dari wad scn tapi masih lagi belum boleh discaj. kena tidur sehari lagi dalam wad scn tapi malam tu aku dah boleh tidur sambil peluk cium dia. yeay! alololo! alololo.. comey anak umi.. ahaks Hokey, sebenarnya ada yang tak percaya yang Amir ni anak aku. Pernah aku bawa dia ke klinik check up bulanan, seorang kakak ni tanya aku Akak : " Anak ke?" Aku : "Ye. Anak saya." Akak : "Anak kandung ke?...

Mengandung Lagi!? - Part 1

Assalamualaikum... Ibrahim Afnan lahir setelah Amir Nur Ikhwan berumur 2 tahun 6 bulan. Maknanya jaraklah sedikit kelahiran pertama dan kedua. Sebenarnya kelahiran Ibrahim Afnan ni telah pun dirancang secara rapi oleh aku dan suami. Ececeh...!! Aku merancang untuk mendapatkan anak perempuan kali ini. Siap menuntut petua mendapatkan baby girl dengan ayah aku. Korang nak tahu? Hahahaha... Sapa dah kahwin je aku boleh kongsi rahsia. Tapi petua yang ayah aku bagi tak menjadi sebab aku tak terbuat macam yang di ajarnya. Apapun tu semua rezeki dari Allah. Mengandungkan dia cukup senang. Tak ada kencing manis, tak ada darah tinggi. cuma macam biasa di awal-awal kandungan aku mabuk teruk. Kena pula bulan puasa. Makin teruk jadinya. Bayangkan aku makan sahur, muntah. Aku buka puasa, muntah. Sehari berkali-kali muntah sampai lembik badan. Tapi masuk bulan ke 3, alahan beransur hilang. Kiranya, raya tahun itu sempat lagi la melaram dengan baju raya yang vouge! hehehehe Tapi masalah mula...

Mari Belajar Buat 'Peace' Adik!

Image
Assalamualaikum... Mari-mari... Abamir nak ajar adik Baem buat 'PEACE"! Ini peace dari Abamir... hahaha.. pakai pampers lagi Abamir masa ni.. Peace yang macam tu ke Abamir? Ye ahhh.. pandai tak kita buat? Pandai je anak umi... Adik pandai tak? Aaaaaaaaa.... Abamir ajarla adik Baem buat peace camtu! Ok, muka serius nak belajar... harharhar.. Baiklah, ini muka murni anak murid Bamir. Sebelum Bamir ajar, mari kita bergambar kenangan dahulu. Bamir : Ok, nak buat peace kena angkat dua jari cenggini adik! Baem: Muka confuse.. Bamir: Angkat dua jari ni dik. Cepatlah! Baem: Tengok tv lagi best! Muka kena marah sebab buat donno orang ajar tak nak buat! Hahahaha.. Bamir: Meh sini abang tolong. Buat macam ni la adik... Baem: Buat muka serius. Yeay... berjaya juga adik Baem buat!!! Dengan gembiranya Abamir hangguk kepala laju-laju tanda puas hati dengan kejayaan adik tapi adik still buat muka ketat sampai sudah. Hahahaha.. Sekian...

Bila Dah Kena Diabetes Semasa Mengandung..

Image
Assalamualaikum... Ya Allah.. terharunya aku bila dah lama tak jengah blog ni tetiba tgk dekat dua ribu viewer. Biar betul ni... Rasa bersalah pula bila tak pernah dah nak ambil tahu pasal blog sendiri.. Terima kasih kepada yang sudi membaca dan mengomen. Saya akan berusaha mengaktifkan blog ini kembali... InsyaAllah... Hari ni aku terima berita yang tak menyenangkan hati. Dapat diabetes pula masa mengandung ni. Tinggi pulak tu. Ini semua salah durian 2 ulas yang aku makan petang kelmarin! (hoi, yang kau tibai makan juga tu apekehalnya makcik? dah namanya mengidam... alasan.. hikhikhik). So hari ni bermulalah sesi mendietkan diri. Kena jaga makan dan waktu makan. Karang jam 3 petang kena buat BSP lagi sampaila ke malam. Jenuh juga tu ya. Antara sebab aku kurang aktif adalah kerana mabuk mengandung yang lama kali ini. Sampai kandungan masuk 5 bulan baru hilang segala mual, muntah dan seangkatan dengannya tapi dapat pulak penyakit baru diabetes. Yela, berbulan tak lalu makan. A...

Testing.. testing..

Assalamualaikum... Lama sungguh aku menyepi dari dunia maya ini. Sebenarnya banyak benda sangat aku nak cerita tapi akibat kekangan masa dan situasi keadaan semasa yang tidak membolehkan aku mencoret sekajang helaian maya menyebabkan segala catatan aku terbantut. (Cisss.. panjang punya mukadimah, nampak sangat nak cover diri sendiri!) huk.. huk..! Aku dapat kerja baru, aku pindah rumah, handphone aku hilang, kemudahan internet yang terbatas, kerja yang banyak, kemas rumah baru, birthday Baem, ayah jatuh sakit, handphone yang hilang dijumpai kembali, kerja banyak yang tak sudi nak habiskan diri... (merapu dahhhh...) dan banyakkkkk lagiiiii benda yang aku nak cerita ni! Tapi tak apa. InsyaAllah aku akan buka balik catatan aku semula dan akan ku persembahkan kembali untuk tatapan korang satu persatu. Jumpa lagi di lain coretan... Wassalam...