Jumpa gambar-gambar Amir semasa kecil...


 Assalamualaikum..

Dulu handphone aku takdelah secanggih sekarang. Kamera pun tak ada. So koleksi gambar Amir semasa kecil sangatlah terhad. Kalau tak guna kamera pinjam, handphone canggih kakak-kakak aku dan anak sedara aku takpun adik aku yang jadi mangsa. 

So, bila aku dah berjaya membeli handphone canggih maka dapatlah aku mem'bluetooth'kan gambar-gambar Amir setakat yang ada pada mereka-mereka tersebut. Hehehe... 



cam anak cina..



tidur sebelah abdul hakim



baru berumur 4@5 hari. masa ni baru dapat keluar dari wad scn tapi masih lagi belum boleh discaj. kena tidur sehari lagi dalam wad scn tapi malam tu aku dah boleh tidur sambil peluk cium dia. yeay!

alololo!

alololo.. comey anak umi.. ahaks
Hokey, sebenarnya ada yang tak percaya yang Amir ni anak aku. Pernah aku bawa dia ke klinik check up bulanan, seorang kakak ni tanya aku

Akak: " Anak ke?"

Aku: "Ye. Anak saya."

Akak: "Anak kandung ke?"

Aku: "Ye. Anak kandung dan sulung saya"

Akak: "Mesti ayah dia putih kan?"

Aku: blurrrrrrrrrrr...

Pastu baru aku perasan sebab apa dia tanya aku macam tu. Jauh beza kaler kulit aku dengan Amir. Apa lagi rupa paras. Tetiba aku dukung anak putih melepak, mata sepet. Kontras dengan aku yang kulit gelap, mata besar. Hahahaha...Memang orang ingat aku amik anak angkat la.

Sekarang Amir dah tak putih macam dulu. Kaler kulit dia dah berubah macam ayah dia. Tapi masih lagi lebih cerah dari aku. Cissss... Hihihi..

Still lagi mata sepet. Cerah dari umi.

Amir dan Ibrahim yang sorang sepet, ikut ayah dan sorang mata besar ikut umi. Adil dah tu Allah bagi kat aku. Aminnnnnnn.....

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Ayam Ibu Tercinta!

Awas, Sila Berhati-Hati Dengan Perempuan Ini...

Kenangan