Posts

Showing posts from 2020

Baem Kena Dandan

Image
Assalamualaikum Godek-godek PC jumpalah gambar-gambar Ibrahim masa kecil. Aku tak ingat dah sapa la dok pedajal dandan dia lagu ni.Kesian anak aku. 😂😂😂  muka redho seh... Dengan baju terselak sampai perut pun nampak. Hahaha.. kelakar...

kakak, denggi & icu

Image
Assalamualaikum.. Aku sebenarnya tak ingat bila kejadian ni berlaku tapi tak silap sekitar tahun 2014 macam tu. Tiba-tiba kakak aku demam teruk. Sangat-sangat teruk. Sebelum tu dah ada budak-budak yang demam teruk juga, kami ingat demam biasa, rupanya denggi. Sebelum kakak aku disahkan kena denggi, dia pulun buat persiapan suaminya nak ke Indonesia, ada lawatan disana. Elok je suami dia berangkat, dia pun rebah masuk wad. Hah! Nak cerita panjang, aku pun ingat-ingat lupa sebenarnya, so biarlah gambar berbicara. hahahaha Apa yang aku ingat bila kakak kena masuk ICU tu, aku dah lumpuh jem otak sebab nak kena jaga rumah jagaan yang kakak aku tinggal, dahlah suami takde, madu dia pun kena tahan sebab denggi juga. Dengan ada baby kembar ditinggalnya, serius rasa nak rebah je weh. Tapi masa tu ada budak-budak yang masih boleh diharap membantu. Dan ada adik beradik aku yang bersatu tolong datang, ibu aku tak silap masa ni kat Jordan, ziarah adik aku yang study doctor tahun akhir. Kalau i...

Makanan Dalam Pantang

Image
Assalamualaikum Nak share sikit lah makanan dalam pantang yang biasa dihidang oleh ibu aku. Ibu aku ni tipikal orang tua yang mengamalkan pantang yang ketat. Tapi aku rasa, zaman aku beranak ni kurang sikitla dia punya ketat tu mungkin sebab aku bersalin kali ni kena czer. Tu pun ada je dia merungut kata aku tak pantang betul-betul. Asyik bergeraklah, banyak tengok tv la, tak pakai stokin la.. hahahaha. Aku follow je cara dia sebab pada aku selagi tak mudarat, tak salah. Ibu aku galakkan je aku minum air banyak. Suruh rehat banyak dan bertenang. Aku je yang kadang-kadang naik serabut dengan rumah bersepah, gatal tangan nak capai penyapu, tu yang kena bebel.  Tapi biasanya ibu jaga aku dalam tempoh 2 minggu je. Aku dah sihat gagah sikit, dia pun baliklah. Lagipun kakak aku tinggal sebelah rumah je. Jadi apa-apa dia boleh tengok aku. Menu pantang ni masa aku bersalin kat Nina kalau tak salah. punyalah lama aku tak update blog. Sekarang anak aku dah 4 orang. Nanti lah aku cerita pasal...

2 tahun berlalu

  Assalamualaikum. Setelah 2 tahun berlalu.. last entry aku Julai 2018. Banyak sangat kejadian yang berlaku dan berlalu. Ada yang aku nak simpan memorinya, ada yang aku rasa nak tak ingat sampai bila-bila. Tambah pula blog aku dah kena sekat. Mungkin lama sangat tak buka. Ni aku terpaksa copy yang lama untuk abadikan disini. Takut hilang. Insyaallah lepas ni aku nak perlahan-lahan abadikan kenangan di sini. Sebagai ingatan, mengukir sebuah senyuman, mencoret pengalaman.  Si Pencoret