Bila Dah Kena Diabetes Semasa Mengandung..

Assalamualaikum...

Ya Allah.. terharunya aku bila dah lama tak jengah blog ni tetiba tgk dekat dua ribu viewer. Biar betul ni... Rasa bersalah pula bila tak pernah dah nak ambil tahu pasal blog sendiri..

Terima kasih kepada yang sudi membaca dan mengomen. Saya akan berusaha mengaktifkan blog ini kembali... InsyaAllah...

Hari ni aku terima berita yang tak menyenangkan hati. Dapat diabetes pula masa mengandung ni. Tinggi pulak tu. Ini semua salah durian 2 ulas yang aku makan petang kelmarin! (hoi, yang kau tibai makan juga tu apekehalnya makcik? dah namanya mengidam... alasan.. hikhikhik). So hari ni bermulalah sesi mendietkan diri. Kena jaga makan dan waktu makan. Karang jam 3 petang kena buat BSP lagi sampaila ke malam.

Jenuh juga tu ya.

Antara sebab aku kurang aktif adalah kerana mabuk mengandung yang lama kali ini. Sampai kandungan masuk 5 bulan baru hilang segala mual, muntah dan seangkatan dengannya tapi dapat pulak penyakit baru diabetes. Yela, berbulan tak lalu makan. Asyik muntah dan mual. Bila dah datang selera semua aku telan. Akhirnya... akhirnya... ini yang ku dapat. Huhuhu.. sadisnya...

Dapat pula kena sound dengan si Hadi "Jaga pemakanan tu kak, kang kalau baby tak mati dalam perut, baby akan terlebih besar. Susah ko nak bersalin normal, kena bedah lagi susah!". Ayarkkkkkk!!!



Mari lihat menu diet diabetes ini.. agak-agak lalu tak? (haih, apesal gambar ni takde lauk ek? semua sayur je.. aku salah pilih gambar ke? harharhar)

Rasa-rasanya sebelum bersalin baby baru tahun depan aku nak coretkan pengalaman bersalinkan Ibrahim Afnan yang mampu membuatkan aku rasa serik dah nak bersalin lagi (tapi awat ko pi mengandung lagi kak oi?!!... dah namanya rezeki Allah la.. Amin..).

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Ayam Ibu Tercinta!

Awas, Sila Berhati-Hati Dengan Perempuan Ini...

Kenangan