Posts

Showing posts from 2015

Ayah Mandikan Baby

Image
Assalamualaikum.. Masa aku dalam pantang, banyak kali jugak En. Suami bisik-bisik ajak balik rumah.  'Jomla balik... Abang teringin nak mandikan babyla yang..' Aku berpantang kat rumah kakak disebabkan ibu ke Jordan dan kat rumah kakak lebih ramai pembantu yang boleh minta tolong berbanding kalau aku berpantang sorang-sorang kat rumah. Dah masuk minggu ke tiga dalam pantang, aku mula ikut En. Suami balik rumah untuk menemaninya bermalam. Pagi-pagi lagi En. Suami akan hantar semula ke rumah kakak sebelum dia pergi kerja. Mujurla rumah aku dengan rumah kakak sangat dekat dan tidak perlu berpijak tangga pun. Sekadar hulur kaki turun dari kereta dan terus masuk rumah.  So, suatu pagi hari minggu yang tenang, En. Suami dah angkut besen merah ke dalam rumah. Siapkan air mandi baby dan terus teruja nak mandikan Nina. Semua anak-anak En. Suami pernah mandikan ketika dalam pantang. Aku je yang tak pernah sebab aku rasa susah nak bertimpuh semasa mandikan baby. Da...

Mari Kita Naik Ngeng Ngeng!

Image
Assalamualaikum.. Anak-anak lelaki biasanya sangat teruja dengan backhoe. Seronok sangatla diaorang tengok backhoe tu tergedik-gedik bergerak atas jalan sedangkan mak diaorang merungut-rungut kerana backhoe tu telah mengakibatkan jalan jadi slow macam siput! Hahahahaha... Paling seronok bila dapat potong backhoe tu, sampai ke belakang diaorang tengok sampailah backhoe tu hilang dari pandangan. Tak boleh blah lagi bila dah selisih tu masing-masing melopong dengan penuh kekaguman seolah-olah mereka telah melihat kenderaan paling hebat di dunia. Kahkahkah..  Tapi anak-anak aku panggil backhoe atau kren atau bulldozer atau kenderaan jenis sewaktu dengannya dengan panggilan NGENG NGENG! Sebab benda tu bunyi ngenggggggg je kuat kot. Hahahahaha... Nak jadi rezeki diaorang apabila satu hari aku ke Kemperkid, tiba-tiba tercongok satu backhoe, parking betul-betul depan dewan solat. Memang dan-dan tu jugaklah diaorang terpekik-pekik histeria dek kerana merasa ajaibnya ab...

Kelahiran Nina

Image
Assalamualaikum.. Dah lama tak jenguk blog basi ni. Mood ke laut nak berceloteh. Banyak sangat ujian dan dugaan yang menimpa. Tak tahu mana satu nak di luah. Hanya Allah swt sahaja yang menjadi tempat mengadu. Semoga aku menjadi manusia yang kuat, cekal, ikhlas dan redha... Oloh oloh oloh.. Tulis status macam hapa. Kahkahkahkah... Serius.. kita tak tahu apa ujian Allah nak bagi kepada kita. Mungkin ujian yang menimpa itu sebagai tanda kita kena kembali kepada Allah. Mungkin banyak kekurangan dan kelekaan yang aku tak sedar sehingga Allah menghantar sedikit ujian bagi menduga kita untuk mensyukuri nikmat Nya... Lantas memperbaiki diri supaya lebih mendekati Nya dan sentiasa mengingati Nya.. Doktor dah bagi due date pada 28 Mac untuk aku melahirkan Nina kalau dia masih tak nak pusingkan kepala ke bawah. Tetapi aku kena hati-hati. Kalau rasa sakit dah sampai, pergi je hospital. PERGI JE HOSPITAL! Ceh.. 26 Mac, jam 2 petang aku dah mula rasa tak selesa. Jam 4...

Habib Fawzi & Ummi Zakyah

Image
Assalamualaikum.. Abang ipar aku suka meraikan tetamu. Ini adalah tetamu dari Yaman. Datang untuk transit sementara mahu ke Indonesia, melawat abang mereka disana. Habib Fawzi merupakan adik kepada Habib Ibrahim, yang kini sedang mengajar di pondok di Indonesia. Disebabkan abang ipar aku merupakan sahabat baik dengan Habib Ibrahim maka kedatangan adik-adik Habib Ibrahim sangat di alu-alukan oleh kami. Mulanya mereka datang bertiga. Kemudian, seorang pulang ke Yaman. Tinggallah Habib Fawzi bersama isterinya Ummi Zakyah. Mereka orang arab yang peramah dan mesra. Walaupun kami bercakap bagai ayam dan itik dan segala bahasa isyarat digunakan tetapi kami amat memahami antara satu dengan lain. Inilah dinamakan ukhuwwah. Habib Fawzi dan Ummi Zakyah ni dah 7 tahun berkahwin tetapi belum dikurniakan anak. Habib Fawzi berniaga di Mekah. Pulangnya jarang-jarang ke Yaman menjenguk isteri yang tinggal bersama ibubapanya. Hampir sebulan mereka transit di tempat kami barulah diberi k...