Posts

Showing posts from June, 2012

Kopiah Baru Baem!

Image
Assalamualaikum... Yeay... Ibrahim dapat kopiah baru... Khas dikait on the spot by cik za dia. Terima kasih cik za! Uiks... tite dapat kopiah baru arrrr... omey tak? ni kopiah cik ja tite yang kait tau... Hek eleh... pehal tengok-tengok? jeles la tu tite pakai kopiah baru... tite tau arrr tite hencem...kan kenyataan tu kan umi... boring arr kakak nih, dok puji tite hencem je... meh tite bagi posing aksi bagaimana nak terkucil... hahaha... buat muka gini deh kakak-kakak! dan ini caranya bagi senyuman terbaik untuk umi dan ayah tite... cayang cemua!! Sorry arrr... siapa lagi nak puji anak sendiri comel kalau tak parent dia. Bagi aku semua anak adalah comel, sebab anak dilahirkan untuk disayangi serta dikasihi. Sesiapa pun pasti akan rasa anak sendiri adalah tersyomellllll sekali, biarpun orang kata anak dia ni huduh... Cayang Amir dan Baem... Muahhhh dari umi dan ayah!

Tumpang Sekaki!!! - Episod Akhir

Image
Assalamualaikum.. Aku tidur tak sedar diri dengan anak-anak aku kat belakang. Tup-tup celik je mata kami dah masuk ke atmosfera Kuala Terengganu. Kakak aku sebagai penunjuk arah pun macam mamai je bila dah jejak tanah Kuala Terengganu. Hajat hati nak tengok SBPI Batu Rakit (sekolah adik aku dulu) tak kesampaian sebab katanya walaupun matanya celik tetapi dia macam berhalusinasi tak sedar diri. Aku jamin kompem dia tidur tapi tak nak mengaku tu. Hahahaha... So malam tu kami singgah bermalam di banglo abang long kakak aku. Aku terus nak atas, tidurkan anak-anak aku dan bilas badan sikit. Lepas solat terus bommmm... tak sedar diri sekali lagi. Pepagi bangun dan bersiap aku menjakun kejap atas kerusi urut abang long. Jakun woiii... aku boleh gelak mengekek atas kerusi tu. Buat malu kakak aku je. Hahahaha.... pagi yang permai dan damai inilah tempat khas kami anak beranak. bawah tu kak ja dah lapik berlapik-lapik bundle dia dan yeay, anak-anak aku dapat tidur dengan selesanya! ...

Mafela @ Mapla?

Image
Assalamualaikum... Sampai je hulu langat petang semalam aku tengok ibu tengah sibuk mengait mafela untuk adik aku yang belajar kat Jordan tu. Huih... kemain kau, kait pakai dua jarum je. Mafela khas untuk adik aku tu pulak guna benang yang berbulu-bulu. Bukan benang kait biasa tu. Segulung harganya Rm20 hinggit. Guna pakai dalam 6 gulung. Hah, ko congak la sendiri dik berapa rm dah melayang semata-mata nak kait mafela ko tu. Itulah kuasa kasih sayang ibu. inilah benangnya... berbulu aku tengok bulu-bulu itu... hahaha sang ibu sedang mengait siang dan malam demi untuk dihadiahkan kepada anak tercinta ni baru setengah... ada setengah lagi nak kasi siap! Ni pun dah berapa kali ibu cabut tarik benang sebab ada yang berlubang... Pastu kait balik. Sekali dua kali rasa jeles nak belajar je dengan ibu tapi mana aku nak letak baby aku pulak nanti. Confirm bila dah ngadap benda ni keje lain tak terbuat. Huhuhu...

Tumpang Sekaki!!! - Episod 2

Image
Assalamualaikum... Mari kita sambung cerita. Macam yang aku cite dulu, lepas Jumaat ada agenda penting. Haaaaa... ni la agendanya... ikut rombongan hantar cincin... So lepas shopping-shopping yang tak seberapa sangat tu, kami balik semula ke rumah mertua abang aku untuk bersiap-siap nak ikut rombongan hantar cincin... mokcik kaklong, makcik oren dan anaknya... hahaha... masak ko Rai, tak pepasal sepupu aku dapat title makcik oren... disebabkan hanya bonet keta abang aku kosong maka bonet itu telah menjadi mangsa meletak hantaran... dah tiba sana tuan punya bonet keta tu juga yang jadi mangsa pegang hantaran sampai dua... hahaha... orang lain nak berlenggang kangkung di tepi paya...ewah! my daddy...my daddy! my mummy... my mummy! my sons.. my sons! apesal mata ko booolat sangat dik?... bamir kasi peace pencerahan alam sampai tertutup mata sendiri.. hahaha Aminnnnnn!!! Apesal aku anak beranak interprem banyak? sebab ni blog aku... sukati aku la nak leta...

Tumpang Sekaki!!! - Episod 1

Image
Assalamualaikum... "Nak ikutttttttt!!!!!!!" laju je aku jerit bila kakak cite nak balik kelantan. Untuk makluman, ibu aku berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Ofkos la bila ada orang ofer balik sana aku laju je angkat tangan volunteer. Kota Bharu tu dulu tempat suka duka aku. Kat sana aku menyambung persekolahan menengah dan pengajian diploma aku. Sungguhla rindu kat Kota Bharu! So dengan tak malunya, aku hangkut sekali anak-anak aku ikut balik Kelantan. En. suami kena tinggal sebab dia kena pergi kerja. Aku dalam mood cuti sekolah weh. Oh yang sebenarnya kepulangan kali ini membawa bersama hajat orang, maka tak daptla balik bergumbira secukup rasa. Sekejap je dapat jejak tanah Kelantan. Balik kampunggggg ooo balik kampung!! Maka setelah bersiap-siap itu ini begitu begini, aku bergegas ke rumah kakak di Hulu Langat. Usai selepas solat Asar kami terus bertolak (errr.. naik van sebenarnya) ke Kelantan. Yeeehaaaa! (aku hampir kena tinggal sebab layan korea dulu masa tu. Huh...

Gigi Oh Gigi!

Assalamualaikum.. Sapa penah sakit gigi yang berdenyut-denyut sampai naik ke kepala sila angkat tangan! Aku le tu.. Malam tadi aku sakit gigi yang cenggitu. Sakit sangat sampai anak-anak aku minta en. suami take over dan aku menonton tv dengan senang hati tanpa gangguan. Hahaha.. kena tipu! Dulu aku rasa gigi aku paling senang diurus dan tiada masalah sehingga perlu berjumpa doktor gigi setiap minggu.  Sehinggalah pada suatu hari, aku terasa something wrong dengan geraham aku kedua hujung. Macam nak berlubang kat tepi, so masa tu la aku dengan rasa tak bersalah pegi jumpa doktor gigi berbayar dengan ayah. Masa tu tak pandai drive lagi. Ayah yang tolong hantar (sambil berharap ayah akan tanggung kosnya.. hahaha). Bila doktor periksa gigi-gigi aku barulah ku tahu kedua-dua gigi geraham bongsu aku yang belah bawah tumbuhnya tak betul (cis.. nampak sangat sebelum ni takut nak jumpa doktor gigi). Menyenget ke depan. Sebab ketumbuhan yang tak betul itulah maka gigi geraham yang kat...

Awas, Sila Berhati-Hati Dengan Perempuan Ini...

Assalamualaikum... Aku nak buat satu pemberitahuan. Nak kata pengumuman, rasa macam penyimpan mohor-mohor besar DiRaja pulak. Benda ni mungkin orang tak heran atau nak ambil kisah tapi pada aku, benda ni boleh membahayakan dan mengenakan orang-orang lain di luar sana. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan. Sila berhati-hati dengan perempuan ini. Namanya Siti Rodziah Atan . Berasal dari Muar, Johor. Jangan tertipu dengan penampilan tudung labuhnya ini. Aku bukan nak mengaibkan dia tetapi dia ni seorang yang pandai menipu, putar belit cerita dan yang sewaktu dengannya. Aku pernah kena putar belit dengan dia sampai hampir bergaduh dengan adik beradik. Dia menipu ramai orang, menipu/curi duit anak yatim, duit derma dan sebagainya. (Aku tak boleh cerita panjang sebab ni melibatkan beberapa individu yang berkaitan). Apa yang pasti penipuannya lebih kepada DUIT dan pandai memanipulasikan cerita serta situasi. Apa yang aku nak umumkan ialah, si perempuan ni TELAH DIHANTAR PULANG kepa...

Durratul Jannah

Image
Assalamualaikum... Aku suka anak perempuan. Sebab baju anak perempuan ni cantik-cantik, comel-comel, kiut miut. Tapi Allah bagi rezeki baby boy keduanya. Terima sajalah. Dua-dua pun aku sayang. Jadi bila belum ada baby girl nih yang jadi mangsa sakat aku tentulah anak-anak sedara. Anak sedara perempuan aku tak ramai. (tang ni kena faham ya,anak sedara belah ibu, bukan mak aku. Belah mak aku anak-anak sedara dah godang-godang kecuali anak angah je). Ada 5 orang je. Jannah yang montok dan chumil! Durratul Jannah ni anak kak ja aku yang bongsu (tak taula lama mana title bongsu dia pegang, kut kak ja nak tambah lagi....) Dulu aku pernah cerita pasal kepetahan dia bercakap kat sini . Tak silap aku belum umur 2 tahun dia dah pandai bercakap selain cepat faham arahan. Jannah ni dikesan sejak lahir lagi hormon tyroid (betul ke aku eja nih?) tak seimbang. So sejak baby lagi dia kena makan ubat. Ubat pulak pil. Kak ja akan hancurnya pil tu dengan air sebelum suap kat Jannah. Aku tengok...

Amir Lagi!

Image
Assalamualaikum... Mengandungkan Amir aku mengalami alahan yang teruk sampai kena tahan wad masuk air dekat 9 botol dan tak boleh makan minum. Tu belum kira keluar masuk wad sebab yang sama. Dan belum kira lagi urat-urat tangan aku lebam akibat selalu kena cucuk ambil darah. Dan tak kira lagi yang kes bleedingnya.serta ada kencing manisnya. Setiap bulan aku kena pegi jumpa doktor pakar di Hospital Kajang, sampai naik fobia setiap kali misi bagi tarikh appointment baru.Sebab sebelum pegi Hospital Kajang tu sah-sah aku kena cucuk jari  untuk ambil bacaan paras gula. Kerana mengandungkan Amir, aku jadi seram seriau tengok jarum. Apa yang aku makan semua aku muntahkan balik. Perut selalu kosong tapi tak pulak aku kena gastrik ke, pedih hulu hati ke. Releks je tapi lembik badan sebab tak ada tenaga. Berat aku yang dulunya 37kg makin turun ke  35 dan ke 32kg. Akak misi pun dah bising turun banyak sangat sampai kena refer ke hospital. Aku sampai ambil cuti tak bergaji sebulan. Ta...

My Sibling - Part 2

Image
Assalamualaikum.. Semalam aku dah cerita pasal adik beradik belah ibu kandung aku kat sini . Aku celik mata je dan mula kenal keadaan sekeliling, yang aku tau aku dah ada dua mak. Bila dah reti bahasa dan mula memahami,aku mula tau seorang mak kandung dan seorang mak tiri. Ayah aku seorang yang adil. Dia seorang guru displin semasa aku membesar di Labis, Johor. Kalau malam ni dia tido rumah ibu aku, pasti esok malamnya pula rumah mak tiri aku. Nak senang, aku panggil mak aku ibu dan mak tiri aku mak. So bila turn ayah tido rumah mak, maka aku dengan abang aku pun ikut sekaki pergi bersuka ria tido rumah mak. Dan kalau masa tu hari sekolah, ayah akan hantar kami balik rumah ibu dulu sebelum ke sekolah. Kadang-kadang selalu je kena tinggal dengan mak sampai ayah balik sekolah barulah balik rumah ibu. Sebab tu aku kata kami adik beradik tak ada masalah, aman damai rukun setia. Hahahaha... Adik beradik aku belah mak ni seramai 6 orang juga. 3 kakak, 3 abang. tapi sebab anak mak yang ...

Si Amir

Assalamualaikum... Anak aku baru dua. Yang sulung Amir, dah 2 tahun setengah. Orangnya kecik halus dan tak pandai bercakap lagi. Yang aku geram kat dia ni, dalam dok senyap pendiam, keluar perkataan pun hujung-hujung je berbunyi, dia suka buli Jannah. Jannah yang comel dan montok tu pulak baru masuk 2 tahun tapi mulut dah macam mak nenek.. pot pet pot pet... Amir suka betul buli Jannah. Baling remote la, tunjuk penumbuk la (dengan tangan dia yang halus tu, memang sure la Jannah tak rasa apa, eksen je lebih) jerit kat jannah la, jelir lidah la tapi yang bestnya selalu kantoi sebab Jannah yang pandai bercakap tu akan mengadu serata alam kat kakak-kakak dia, kat abang dia, kat umi dia, kat tok we dia termasuk aku.. Hahaha.. Kantoi ko Amir!

My Sibling

Image
Assalamualaikum... Kenapa tetiba aku blank ni? Sebenarnya bila banyak sanagt cerita nak cerita beginilah jadinya. Jadi aku ingat nak cerita pasal diri dulu kot. Aku anak kempat dari isteri kedua ayah aku. Hahaha. Tak faham? Haish.. gini, aku anak no 4 dari bini no 2 ayah aku. meaning ayah den kawin 2 la. dan ibu aku isteri yang kedua. Dari isteri pertama ada 6 anak dan dari isteri kedua ada 4 anak. Dan tambah lagi 2 anak dari ayah yang setiap seorangnya lain-lain ayah (sure pening lagi ni!). ibu aku janda anak dua sebelum kawin dengan ayah aku la. so kami ada 2 kakak -+ jadi 6 beradik jugaklah. Mesti pening nak faham ni. Abaikan. Yang penting kami adik beradik aman damai rukun tetangga. Hahaha.. Aku tak ingat sangat peristiwa aku kecik tapi seingat aku, kakak-kakak pernah cerita masa memula ibu ayah kawin, ribut taufan jugaklah dalam rumah. Biasalah, orang kawin dua. Abaikan lagi. Apa aku nak cerita, kami empat beradik dari ibu ayah yang sama mempunyai jurang umur yang ketara. A...

Bermula sebuah kisah...

Assalamualaikum... Dah lama sebenarnya aku nak berblog.. baru sekarang mendapat keizinan en. suami... aku suka menulis, mencoret dan menukil pengalaman-pengalaman dan situasi untuk tatapan aku sahaja.. dan sekarang aku berblog lebih kepada diari? tak apalah, yang penting ku suka..  Maaf ya, bahasa caca marba, nukilan banyak yang merapu... nanti perlahan-lahan akan ku tajamkan skill menulis aku yang dah lama aku tak praktikkan. Hahaha... Aku bukan nak menulis e-novel ke apa tapi lebih kepada catatan hidup. Moga mendapat manfaat daripadanya.. Amin.. Bismillahirrahmanirrahim...