Mengandung Lagi? - Ending

Assalamualaikum...
Ok, kita sambung lagi untuk yang terakhir. Mesti korang dah bohsan baca. Dahlah nak tunggu sambungannya sikit punya lamaaaaaa!!!

Habis, nak buat macam mana. Aku mengandung lagi ni. Hahahaha...

Ok. Stop menceceh. Kali ni kita kasi habis terus. Sikit lagi aku nak cerita pasal pengalaman sadis beranak yang nombor tiga pulak.

Bila dah masuk labor room tu, maka bermula kisah menahan sakit yang datang bertubi-tubi tanpa henti. Nak tarik nafas pun macam tak sempat. Tapi kali ni aku tekad nak tahan dari terasa meneran sebelum sampai masa, sebab masa melahirkan Amir dulu baru buka 7cm aku dah terteran-teran. Akibatnya kepala Amir bengkak kiri kanan. Huhuhu...

Tapi Allah uji aku dengan kehabisan tenaga kali ini. Jam dah 7 pagi, katil keliling aku dah clear. Tinggal aku seorang yang belum bersalin lagi. Bidan dan doktor pun siap ambil kerusi duduk rilek mengadap aku. Tunggu bukaan jalan penuh. Tak lama kemudian, doktor suruh aku teran sebab katanya dah boleh push. Sekuat hati aku teran tapi baby tak jugak keluar. Kepala dah nampak tapi tersekat. Aku dah panik dan letih. Doktor dan bidan mula kecoh suruh aku push lagi. Akhirnya aku geleng tanda dah tak mampu nak teuskan.

Misi terus panggil doktor pakar yg bertugas. Kesian aku tengok doktor pakar tu dalam mamai mengantuk datang dan terus check aku. Kemudian dia suruh aku push. Memang tak boleh. Akhirnya doktor bagi aku 3 pilihan.

Vacuum, forcep atau operation.

Automatik aku jerit nak operate. Dah tak peduli dah. Baby dah makin stress. Doktor pakar check lagi, suruh aku push lagi. Aku dah nak menangis. Kebetulan jam 8 pagi tu. Doktor pakar, Dr. Choong dah datang. Secepat kilat misi panggil Dr. Choong.

Dr. Choong tengok dan kata sikit sangat je lagi baby nak keluar. Dia pujuk aku suruh guna teknik vacuum. Entah kenapa dengan cara pujukan dan cara berkomunikasi Dr. Choong, aku terus setuju. Terus misi pasang alat-alat sokongan dan Dr. Choong ajar doktor pakar (tak silap aku namanya Dr. Saadah) untuk handle kes aku. Dengan tunjuk ajar dan sedikit bantuan, Aku selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 8.18 pagi yang seberat 3 kilo!

'Patutla susah puan mahu bersalin, sebab baby puan besar, tak padan dengan pinggul puan yang kecil' kata Dr. Choong. huhuhu... Aku terus menangis.

Serik rasa pengalaman kali ini. Tiba-tiba datag doktor kanak-kanak suruh aku sign satu surat kebenaran. Katanya dia terpaksa bawa baby aku ke wad scn untuk pantauan. Katanya baby aku ada masalah genetik. Kedudukan kening dan telinga tak sama. Apa pulak tu? Aku terus setuju dan sign borang tu. Misi datang bawa baby untuk aku cium dan terus bawa keluar. Disebabkan aku divacuum, maka aku ditahan lama dalam labor room kerana dikhuatiri tumpah darah.

Jam 10 pagi baru aku ditolak masuk ke wad. Sekali lagi En. suami terkejut sebab baby takde dengan aku. Aku ceritakan keadaan sebenar dan suruh dia azankan baby di wad scn. Jam 12 tengahari baru misi hantar baby aku dan mengatakan keadaan baby aku normal. Alhamdulillah...

Sekarang baby yang aku ceritakan ini dah berumur 2 tahun 3 bulan. Namanya Ibrahim Afnan.
Hai, saya Ibrahim Afnan...
Maaflah, sebab handphone aku pernah kena curi dan laptop aku rosak, maka gambar Baem masa baby semua hilang. Kalau ada pun dalam facebook. Sila godek-godek kalau rajin ya! Hehehehe...

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Ayam Ibu Tercinta!

Awas, Sila Berhati-Hati Dengan Perempuan Ini...

Kenangan