Maaf lama menyepi... Banyak hal dan kekangan masa yang terhad. InsyaAllah diari hidup ini akan terus terisi dengan segala kenangan manis selamanya.. Aamiin...
Assalamualaikum semoaaaa!! Hai hai hai! Sekarang blog aku ni dah jadi blog untuk simpan resepi-resepi keturunan je lah. Dah tak function pun untuk cerita pasal kehidupan aku. Semua orang dah tukar ke Instagram, Facebook, TikTok. Aku je gigih lagi nak buat blog. Tu pun sebab nak simpan resepi-resepi warisan ibu aku. Simpan saja, buatnya idokkkk! Hahahahaha!! So resepi kali ini adalahhhhhhhhhh.... Nasi Ayam Tokwe! Yeay!! Beri tepukan 👏👏👏👏👏👏👏 Resepi ni ibu aku warisi dari kawan dia ( dah arwah pun Kak Dah yang ajar ni.. Alfatihah). Arwah ni kata nasi ayam dia nasi ayam thailand stail. Done claim! Kebetulan resepi ini tengah nak buat masa aku dengan kakak aku datang berbuka di Sg. Jai, rumah kakngah aku. So alang-alang, baik aku rekod terus kan. Kalau tak bila lagi. Masa ni masak nasi ayam sebab abang ipar aku dengan sahabatnya Habib Ibrahim nak datang ziarah kubur arwah ayah aku. Dan ibu aku minta untuk berbuka terus di rumah kakngah aku dan solat terawih sekali. Ni bulan ramadhan ...
Assalamualaikum... Aku nak buat satu pemberitahuan. Nak kata pengumuman, rasa macam penyimpan mohor-mohor besar DiRaja pulak. Benda ni mungkin orang tak heran atau nak ambil kisah tapi pada aku, benda ni boleh membahayakan dan mengenakan orang-orang lain di luar sana. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan. Sila berhati-hati dengan perempuan ini. Namanya Siti Rodziah Atan . Berasal dari Muar, Johor. Jangan tertipu dengan penampilan tudung labuhnya ini. Aku bukan nak mengaibkan dia tetapi dia ni seorang yang pandai menipu, putar belit cerita dan yang sewaktu dengannya. Aku pernah kena putar belit dengan dia sampai hampir bergaduh dengan adik beradik. Dia menipu ramai orang, menipu/curi duit anak yatim, duit derma dan sebagainya. (Aku tak boleh cerita panjang sebab ni melibatkan beberapa individu yang berkaitan). Apa yang pasti penipuannya lebih kepada DUIT dan pandai memanipulasikan cerita serta situasi. Apa yang aku nak umumkan ialah, si perempuan ni TELAH DIHANTAR PULANG kepa...
Assalamualaikum... Sekali sekala kenangan datang menjengah, rindu akan masa yang telah dilalui, ada manis ada yang pahit, mengingati yang berlalu menjadi kenangan, yang tak mungkin akan datang kembali.. Selamatlah sekalian anak didikku, walau dimana dikau berada, masa tidak boleh diputar kembali, walau diri ini sering dicemuh dan dibenci, mengertilah, kalian tidak pernah ku benci, malah bangga dan lega mendengar cerita, kalian kini seorang ibu, kalian kini seorang anak yang menyenangkan, kalian kini seorang yang berjaya setelah melalui kepahitan.. usah dikenang kami disini, kami senang-senang sahaja, hanya secebis kenangan buat peneman, sekali sekala kami bercerita, mengenang kembali sisa memori bersama kalian, menjadi kekuatan dan kemanisan, dalam kehidupan... ya allah.. lindungilah mereka, yang kusayang, senangkan hidup mereka dan permudahkan urusan mereka, kuatkan iman mereka dan jadikan mereka sebaik-baik manusia...
Comments
Post a Comment