kakak, denggi & icu

Assalamualaikum..

Aku sebenarnya tak ingat bila kejadian ni berlaku tapi tak silap sekitar tahun 2014 macam tu. Tiba-tiba kakak aku demam teruk. Sangat-sangat teruk. Sebelum tu dah ada budak-budak yang demam teruk juga, kami ingat demam biasa, rupanya denggi.

Sebelum kakak aku disahkan kena denggi, dia pulun buat persiapan suaminya nak ke Indonesia, ada lawatan disana. Elok je suami dia berangkat, dia pun rebah masuk wad. Hah!

Nak cerita panjang, aku pun ingat-ingat lupa sebenarnya, so biarlah gambar berbicara. hahahaha

Apa yang aku ingat bila kakak kena masuk ICU tu, aku dah lumpuh jem otak sebab nak kena jaga rumah jagaan yang kakak aku tinggal, dahlah suami takde, madu dia pun kena tahan sebab denggi juga. Dengan ada baby kembar ditinggalnya, serius rasa nak rebah je weh. Tapi masa tu ada budak-budak yang masih boleh diharap membantu. Dan ada adik beradik aku yang bersatu tolong datang, ibu aku tak silap masa ni kat Jordan, ziarah adik aku yang study doctor tahun akhir. Kalau ingat balik, pulunnnnn weh. Rasa nak nangis, aku takut betul kalau tiba-tiba kakak aku meninggal ke apa. Serius takut!

Tak silap aku masa ni Nina baby, aku baru habis pantang kat Nina camtu. Gila terkejut tiba-tiba kakak masuk ICU. Tengok dia yang dalam wad pun aku dah seram. Katil dia betul-betul tepi kaunter doktor, kejap-kejap misi datang tengok, kejap-kejap doktor datang pantau. Misi siap pesan kalau jadi apa-apa, kena maklum segera kat diaorang. Aku dah... 



Masa ni kat dalam wad, tengok dia punya alatan pun dah macam kat ICU seh.

Kakak aku lalok kadang-kadang sedar, kadang-kadang tengah bercakap dia boleh datang merapu.. aku dah fikir macam-macam masa ni. Sori kak..

Sebelah dinding tu terus kaunter doktor. bunyi mesin pelik sikit je, doktor dah lari-lari datang tengok.. 

Masa ni tak taulah tahap kesedaran dia ok ke tak.. hahahaha


Dalam masa yang sama, budak rkp dengan rsp pun ada yang kena denggi. Kami balik rumah, pulun gaklah mengemas rumah, tempat-tempat takungan air. Kak Ngah aku hari-hari datang ziarah. Kadang bergilir dengan aku. Aku nak tinggal rumah sangat pun tak boleh. Masa ni Kak Nor Gedung ada lagi. Jadi harap kat kami je la nak jaga rumah rkp tu. Kat rsp ada nurdin, ada gedung. Kamilah yang bertatih jaga. Aku baru kerja dengan perkid ni pun tak sampai setahun.



Budak rsp yang kena denggi gak. Sori dik, cikno lupa namamu. Tapi tahap dia setakat masuk wad je.



Budak rkp yaang masuk wad sebab denggi ialah Yaya!. Sekarang dah jadi mak orang dah dia weh! I lap yu Yaya!! Dahlah si Yaya ni baru masuk, pastu kena lak denggi. Kesian ko Ya! Hahahaha..

Yaya yang manisss... Sakit pun tetap cumil.. 


Madu kakak aku pun sama kena denggi, dia lagilah, masuk wad, tinggal baby kembar. Baby kembar lak yang sorang tu menyusu badan, ada sekali tu aku sumbat je susu aku sebab kesian, mula-mula dia nak. Lepas tengok muka aku terus uwekkkk... kahkahkahkah!
Aku bagi sebab dia dah merengek sangat nak susu bonda dia. Buat dia lepas gian je. Pastu dia tak mau dah. Hahahaha!


hai Bonda!

Tapi Bonda dengan budak-budak ni masuk wad biasa je, dah ok, takde pape yang teruk, dah boleh discaj. Sambung rehat kat rumah. Kakak aku yang jadi drama, lepas wad, tunggu turn masuk ICU lak. Mulut sentiasa berdarah, period jadi banyak gila keluar darah. Doktor suspek denggi berdarah, so tolak masuk ICU. Aku dah nangis seh masa ni. Laki dia takde, ibu aku takde. Hari-hari hantar berita kat diaorang kat oversea nun. Ibu aku siap nangis, sedih kat anak dia sakit teruk ni.

Tak terfikir kakak aku akan merasa masuk berehat kat sini. Dan aku pun merasa la tunggu turn nak masuk melawat dia dalam ni.

Tengok mesin-mesin keliling dia pun dah seram. Bunyi tet tet tet tu macam kena dengar elok-elok takut berhenti. Ceh.. tinggi betul imaginasi ko cikno weh!

Masa ni aku dengan Kak Ngah setia datang ziarah kakak, suap dia makan. Masuk ICU ni baru dia ok sikit. 

Bukan boleh dok lelama pun, 2 orang je 1 masa. Tambah pula kakak aku ni pelawat ramai. Abang ipar aku suh kawan-kawan dia datang ziarah dan doakan supaya cepat sembuh.

Sayu je tengok dia masa ni.



Tak lama kakak di ICU, keadaan dia bertambah pulih, discaj balik masuk wad biasa. Aku agak dalam seminggu lebih dia dah discaj. Elok tak lama lepas tu, suaminya balik. Cik Abang dah balik, lagi cepatlah dia pulih. Lepas discaj, sambung rehat kat rumah. Tapi seriusla, kesan demam denggi kat kakak aku sangat teruk. Limpa ke hati dia rosak sikit (aku pun lupa dah). Bukan lepas discaj terus sihat ye, Pada aku makan tahun. Diabetes dia makin teruk lepas pada tu, tapi takdelah sampai tahap insulin. Cuma tak terkawal je masa tu. Badan selalu lemah. Buat apa-apa selalu melepek macam kerja teruk sangat. Imun badan lemah. Stamina takde.

Sekarang 2020, dia dah sihat sangat. Berjaya kawal diabetes dia dengan berdiet. Aku harap kakak dan semua ahli keluarga terutama ibu ayah, kakngah, bakin, hadi, dik A dan semua anak-anak saudara dikurniakan Allah kesihatan yang baik. Sihat adalah anugerah. Sakit adalah penghapus dosa.


Tak silap aku gambar-gambar ni aku hantar kat adik aku kat Jordan tu.



Babai... nanti aku coret lagi pengalaman-pengalaman lama aku ye... sila Liked!

Ahaks!

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Ayam Ibu Tercinta!

Awas, Sila Berhati-Hati Dengan Perempuan Ini...

Kenangan