Makanan Dalam Pantang

Assalamualaikum

Nak share sikit lah makanan dalam pantang yang biasa dihidang oleh ibu aku. Ibu aku ni tipikal orang tua yang mengamalkan pantang yang ketat. Tapi aku rasa, zaman aku beranak ni kurang sikitla dia punya ketat tu mungkin sebab aku bersalin kali ni kena czer.

Tu pun ada je dia merungut kata aku tak pantang betul-betul. Asyik bergeraklah, banyak tengok tv la, tak pakai stokin la.. hahahaha. Aku follow je cara dia sebab pada aku selagi tak mudarat, tak salah. Ibu aku galakkan je aku minum air banyak. Suruh rehat banyak dan bertenang. Aku je yang kadang-kadang naik serabut dengan rumah bersepah, gatal tangan nak capai penyapu, tu yang kena bebel. 

Tapi biasanya ibu jaga aku dalam tempoh 2 minggu je. Aku dah sihat gagah sikit, dia pun baliklah. Lagipun kakak aku tinggal sebelah rumah je. Jadi apa-apa dia boleh tengok aku.

Menu pantang ni masa aku bersalin kat Nina kalau tak salah. punyalah lama aku tak update blog. Sekarang anak aku dah 4 orang. Nanti lah aku cerita pasal si bongsu aku yang cute tu. 

Jom tengok apa yang aku makan masa pantang.

Nasi, daging bakar dan daun pudina sebagai ulam. Air kosong je biasanya.

Ni ulam pucuk kapal terbang yg direbus (rasa macam makan rumput) dan isi ikan haruan yang ibu aku sangai sampai jadi macam serunding kering. 

Ni la pucuk daun kapal terbang. Elok untuk mempercepatkan luka bersalin sembuh. Kata Ibu, kambing akan makan pucuk ni lepas beranak. Kena rebus dulu dan rasanya macam rumput lalang kot. Tapi kalau banyak makan ni, lawas seh buang air besar ko. Lega!

Dah banyak hari sikit, ibu akan buatkan singgang daging. Biasanya aku makan daging je, kuah curi-curi hirup sikit. Opsss...
Beranak kat Nina secara czer. So seminggu aku dibekalkan ubat ni untuk cucuk kat perut/peha sendiri. Ngeri gak, katanya untuk mengelakkan darah beku. Tapi masa bersalin kat Ilyas, takde pulak aku diberi ubat cucuk ni. Selamat!

So, inilah lebih kurang makanan dalam pantang aku. Tapi lepas 2 minggu aku dah start makan sayur rebus. Biasanya sawi lah. Dan still amalkan ulam-ulam yang boleh. Oh, aku hari-hari makan buah oren ye. Bagus untuk luka cepat sembuh juga. Jangan kecam la ye, ni cara ibu aku. Selagi tak memudaratkan aku, aku ikut je. Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Ayam Ibu Tercinta!

Awas, Sila Berhati-Hati Dengan Perempuan Ini...

Kenangan