Rendang Pedas Negeri Sembilan - Resepi Arwah Nenek Zaharah

 Assalamualaikum

Lama dah tak share resepi kat sini. Kali ni aku nak share resepi rendang minang arwah nenek aku belah ayah. Cumanya jangan la korang sibuk nak mencelah kalau tok aku buat gini, buat gitu, tak boh ni, tak boh tu... 

Ni rendang cara nenek aku buat, suka hati aku la nak tiru cara nenek aku. Korang tiru la cara nenek korang. Apooo..

Sebelum tu aku nak cerita la jugak pasal raya terkejut tahun ni (2 Mei 2022) yang membuatkan 1 Malaysia huru hara tapi seronok weh! En. Suami hantar awal sehari kami anak beranak ke rumah kak ngah aku sebab dia ni kerja shift. Ibu aku pun dah pesan, minta datang sehari awal sebab nak siapkan rendang (masak rendang stail nenek aku lama worrrr). Kena pulak kali ni nak buat 10kg daging. Memang perlukan tenaga orang lelaki la nak kacau time nak kering tu. Helok petang tu aku sampai, 2 ipar aku kak sah dengan Azma dok buat biskut raya. Kak ngah aku siapkan juadah berbuka. Aku lambat sikit sampai sebab en suami kerja shift pagi, jam 3 baru habis shift. So aku sampai dah petang sangat dekat waktu nak berbuka. Sebabkan aku cuti ABC, time pengumuman raya tu, aku menyibuk la kejap kat tv depan, tinggal pinggan mangkuk yg bertimbun lepas berbuka tu. 

Sekali umum raya esok, memang kami terkejut beruk dan tergamam. Aku dah menjerit-jerit esok raya woi! Esok raya!!!! Sebenarnya dah dengar desas desus kata raya hari Isnin. Tapi dalam masa yang sama, ramai kata jangan percaya. Itu khabar angin je. Pergh.. Lepas tu masing-masing tergamam tak tahu nak mula dari mana. Mujurla kak ngah aku dah beli barang dulu. Ibu aku terus bagi arahan tugasan. Aku dengan en. suami kena jadi runner beli barang tak cukup. Elok aku siap beli barang, kedai runcit habis kena serang. Nak tukar tong gas pun habis. Kelam kabut tokey kedai kena serbu weh! Hahaha..

Malam tu aku dengan en suami langsung tak tidur. Kak ngah aku amik shift sebab dia rabak terus. Yang lain ada dah masuk tidur, ada yang kena halau suruh tidur. En. suami amik tugasan kacau rendang. Start jam 11 malam, dekat 4.30 pagi siap. Itupun ibu aku tak tunggu santan naik minyak, dah tak larat. Kak ngah aku bangun jam 3 pagi, sambung masak kuah kacang dengan lodeh sambil aku tolong kemas-kemas dapur, membasuh apa yang patut bagai.  Akibat raya terkejut ni, aku tidur jam 6 pagi. En suami tak dapat bangun solat raya. Jam 8 pagi baru aku bangun bersiap. Aduhai...

Tapi alhamdulillah... siap sempurna hidangan hari raya kami. Hehehe..

Sukatan rendang untuk resepi rendang ini adalah untuk 10kg daging. Aku lagi suka kalau ada sikit paru, hati atau limpa lembu sikit. Tapi tahun ni ibu aku tak beli benda-benda tu semua. Daging semata-mata.. hukhukhuk...

Resepi Rendang Arwah Nenek

Daging - 10kg

Santan pekat - (nisbah 1kg daging: 1kg santan) tapi ibu guna 7kg je sebab santan yang kak ngah aku beli ni memang pekat padu tak campur air langsung.

Bawang merah - 1kg

Bawang putih - 1 1/2 labu

Serai - 45 batang

Halia - 3 ketul besar penumbuk budak

Lengkuas - 2 ketul kecik

Serbuk kunyit - 1 sudu besar

Rempah rendang - 2 sudu besar

Cili api - 1 cup blender besar (penuh)

Cili kering - 2 cup blender besar (penuh)

Kerisik - 7 sudu

Asam keping - 3 keping

Kalau setakat nak masak 3 4kg tu, korang agak-agak je lah. Susah nak buat sukatan yang betul bila masak dengan otai ni. Dia main "agak-agak". Huhuhuhu....

Jom tengok cara masak lak..

Bahan-bahan utama bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas.

Kerisik lebih masa buat rendang raya terkejut itu hari. Jangan membazir, benda elok lagi. 

Cili kering kisar dan cili api. Nak lagi pedas, guna cili kering yang pedas tu atau tambah lagi cili api.. Wahahahaha..

Brand apa pun boleh tapi ibu aku guna brand mak siti ni.

Benda paling lama nak kena hadap ialah acara masak santan ni. Harus kena masak santan ni sampai keluar minyak. Kalau tak naik minyak cantik, tambah air sampai minyak cantik elok.Bayangkan ibu aku masak 7kg santan ni dari jam 10pg hingga jam 5 petang. Mujurla dia dah masak santan siap2 sehari sebelum acara masak rendang pulak. By the way, ni rendang kali kedua kami masak sebab rendang 10kg pertama tu, habis licin sudaaaaa.. hahaha


Serbuk kunyit. Kot la ada yang tak kenal. Ibu tak guna kunyit hidup ye. Kalau nak letak juga, sikit je tau.



Lengkuas ni je bahan yang kena blender. Yang lain tu memang kena gotong-royong menghiris. Masa ni la seronok dok ramai-ramai sambil membawang.. eh.. eh..

Siap blend, kasi tuang sini. Tu daging 10kg yang dah siap dipotong kecil.


Serai bawang merah.. kasi hirisssss

Hiris pulak bawang putih. Tunjuk gelang ke tu kak woi! hahahaha..

Halia pulak ko hiris panjang macam ni. Masa ni aku dah kelam-kabut suruh kakak aku potong serba sikit sebab nak ambil gambar. Ibu aku dah start bebel kata lambat la.. apa la.. tak saborrrrrr.. hahahaha

Bahan hiris tadi boleh tuang daslam periuk daging. Masuk sesudu serbuk kunyit.

Ni rupanya bila bahan hiris dah dicampak masuk.

Lempar masuk cili api blend.

Humban sekali cili kering blend ni.

Masa ni masuk juga rempah rendang tu 2 sudu besar.

Asam keping 3 keping tu basuh bersih-bersih dan hiris halus. 

Campak hirisan asam keping tu dalam periuk biar dia berkawan mesra antara satu dengan lain. Silap-silap masuk grup membawang. hikhikhik...

Dengan kekuatan bulan, aku menggaulmu... pergh.. 10kg daging nak kena gaul dengan bahan-bahan terbuang tadi, memang bertabahlah. Perap sekejap.

Santan yang dah naik minyak tu bolehlah diapanaskan balik dan masuk daging yang dah diperap tadi.

Acara melangut tunggu daging sampai kering. Agak-agak tak empuk, boleh tambah air. Ni pun lama juga sebab tak boleh tinggal, nanti hangit berkerak. Bising la ibu aku nanti.

Masa ni abang aku dah sampai. Jadi tugasan mengacau rendang kita serah kepada suami isteri ni untuk mengeratkan lagi kasih sayang.. gitewwwww

Agak-agak rendang dah sedikit kering dan keluar minyak, masuk kerisik 7 sudu. Takpun habiskan je stok yang ada. Jangan lupa sebelum tu masuk garam sesedap rasa. Gula tak bubuh ye sebab nanti rasa manis tu datang dari santan segar tau. Hihihi..

Ni barisan tukang bagi komen membunuh, mengutuk dan menyakitkan hati sekaligus tukang rasa yang bertauliah. kahkahkah


Part paling aku suka. Tang merasa. Lepas sorang-sorang tukang rasa, sekali rasa siap berketul-ketul ceduk. Hahahaha.. nak suruh rasa ke nak suruh kenyang ni.

Aku suka kering macam ni je, berkuah sikit. Kalau arwah nenek aku dia akan keringkan lagi sampai hitam. Tapi tahan lama tau. Ni bukan apa, aku suka berkuah sikit, sedap nak cicah lemang. Nanti bila kerap kita panaskan, lagi kering dan hitam rendang tu. lagi sedap sebenarnya. 

Close up sikit dengan filter... surrrrr

Rendang ni kalau korang frozenkan lagi tahan lama. Packing dalam bekas kecil-kecil dan panaskan bila nak makan. Aku pernah simpan dalam peti beku sampai 3 bulan lebih. Bila panaskan balik, rasa masih sama macam baru lepas masak. Sesuai nak bawa travel.

Persidangan kuali bulat, masa ni la kami dok berbincang nak pegi raya kat mana lagi, pegi rumah sapa, bila nak pegi, bila korang nak buat open house, pegi ziarah dia ni tak? dia tu tak? Abang aku, kak ngah aku je takde dalam ni. Mana ntah 2 ekor tu melesap.

So macam nilah cara keluarga aku masak rendang almost setiap tahun. Sebab kaedah masak yang makan masa sikit (kalau buat banyak) maka masing-masing akan datang tolong (mana yang dekat dan beraya dengan ibu la) dan kongsi-kongsi duit sikit sapa yang nak bahagian tu. Kalau nak makan hari-hari memang renyah la.. masa tu korang google je la resepi pantas yang korang suka. 

Aku buat ni pun untuk simpanan rujukan aku untuk masa hadapan. Mana tau kami pulak yang merendang sendiri, ibu kasi rehat je, jadi tukang tengok. Sebelum ni pun aku ada share resepi nasi dagang dan gulai cara ibu aku. Carilah sendiri dalam ni.. hihihi..

Sekian, selamat membaca tau. Hikhikhik...









Comments

Popular posts from this blog

Nasi Ayam Ibu Tercinta!

Awas, Sila Berhati-Hati Dengan Perempuan Ini...

Kenangan