Mengandung Lagi? - Part 2

Assalamualaikum..

Masuk umur kandungan 7 bulan, doktor dapati air ketuban aku terlalu banyak. Sampai baby dalam perut terapung-apung. Terpaksalah rujuk aku ke hospital.

"Saya suspek puan ada kencing manis"

Tak juga.

"Mungkin puan ada darah tinggi?"

Macam tak ada.

Jadi aku kena buat segala check up balik. Check kencing manis. Nehi. Darah tinggi. Tak ada. Akhirnya doktor buat keputusan, aku dan baby sangatlah sihat.

Masuk 9 bulan, doktor klinik suruh aku ke hospital sebab melihat keadaan aku yang rendah ketinggian. Sebab dia agak aku akan susah untuk bersalin normal maka dia suruh je aku ke hospital. Mana tau doktor boleh induce awal sikit. Takdelah baby besar sangat. Ada pulak macam tu...


Aku ke hospital dan seperti yang dijangka, doktor suruh aku balik je berehat kat rumah.

"Baby awak tak besar sangatlah. Dalam 2.5 kg je."

Ada sekali tu aku rasa baby aku kurang gerak so aku ke hospital balik. Seperti dijangka aku tiada maslah tapi ditahan dalam wad untuk pantauan satu malam. Esok dah boleh balik. Haih, masuk 9 bulan ni banyak sungguh aku ulang alik ke hospital. Bersalinnya tidak juga!

Sampailah pada suatu hari aku disuruh ke hospital (lagi!) sebab doktor risau air ketuban aku banyak sangat dan dia takut baby lemas. Lagipun aku dah cukup bulan untuk bersalin. Sampai kat sana, pakar pun naik  hairan kenapa air ketuban aku banyak sangat sedangkan kencing manis, darah tinggi atau penyakit-penyakit lain tak ada. So doktor check bukaan rahim aku. Hah, amik kau, dah terbuka 3cm rupanya.

Sebenarnya dalam aku dok ulang alik ke hospital tu aku dah tau baby aku ni baby boy sebab banyak kali scan. Dan doktor yang scan pun asyik cakap. Oh, baby boy puan. Oh, nampak jelas bird dia puan. Oh, tu telur 2 biji, tahniah, baby boy puan.

 Aku dah agak dah sebab perut aku tajam semacam.

TAPI...

Dah terbuka 3cm tu doktor boleh pulak suruh aku balik berehat dan bagi MC seminggu sebab katanya awak lambat lagi tu, tunggu sakit atau pecah ketuban baru datang hospital. Pulak...

Dah tu, bila aku boleh bersalin ni?







Comments

Popular posts from this blog

Nasi Ayam Ibu Tercinta!

Awas, Sila Berhati-Hati Dengan Perempuan Ini...

Kenangan