Mengandung Lagi? - Part 3
Assalamualaikum...
Semua orang hairan aku tak bersalin-salin lagi sedangkan jalan dah terbuka 3cm dan dah habis pun cuti seminggu. Kerja pun aku dah start masuk balik. Sakit pun kadang-kadang je. Satu hari tu, kak ngah, ibu dengan abang akin datang rumah. Konon nak jenguk-jenguk aku yang tak beranak lagi ni. Beli pizza dan kami makan ramai-ramai. Sebetulnya dari malam sampai ke pagi aku dah mula sakit-sakit tapi tak teruk sangat. Jadi lepas makan pizza tu ibu suruh aku ke hospital. Bimbang juga tiba-tiba jalan dah buka banyak dan aku tak sedar. Malam tu selepas majlis makan-makan, aku bersiap-siap ke hospital. Amir ibu dengan kak ngah bawa balik mantin terus. Buatnya aku kena tahan wad, dah settle pasal anak.
Sampai kat wad bersalin, masih lagi 3 cm. Tapi kali ni doktor tahan aku terus sebab dah mula ada kontraksi. Doktor pasang jarum drip kat tangan dan misi bagi ubat buang air besar. Kau orang tahu apa jadi? Macam nak gila aku lari lintang pukang ke tandas. Tak bagi can betul. Lepas tu bila aku dah kalut tu jarum drip kat tangan macam tak plaster betul. Meleleh-leleh darah kat tangan. Banyak pulak tu. Suami tengok dia menjerit. Dia ingat aku tumpah darah. Heh..
Jam 4 pagi baru jalan terbuka 4 cm. Aku terus disuruh ke labor room di belakang. Hah, berpeluh-peluh aku tengok labor room ni.
Kenapa?
Nanti aku sambung cerita lagi.
Hahahaha.. Seram jugak nak mengadap sakit bersalin walaupun untuk kali kedua ni...
Comments
Post a Comment