Legend


Asssalamualaikum


Ayah aku.
Ayah aku dahulu seorang guru.
Bekas pengetua di sebuah sekolah menengah di Labis.
Dahulu dia seorang yang tegas, garang dan berdisiplin tinggi.
Dia juga seorang guru yang berdedikasi.
Paling aku ingat, dia pemeriksa kertas SPM bahasa melayu.
Selalu aku ikut dia ke balai polis untuk mengambil kertas peperiksaan SPM, pada musim peperiksaan SPM saban hujung tahun.

Ayah juga seorang yang penyayang.
Sangat sayang pada anak-anaknya.
Sangat sayang pada cucu-cucunya.
Sangat sayang pada isteri-isterinya.
Ahah!

Ayah mempunyai 10 orang adik beradik.
Seorang adik perempuannya telah lama meninggal.
Mereka adalah bapa-bapa saudara dan ibu-ibu saudara yang kami sayangi.
Ayah sangat sayang pada abang, kakak dan adik-adiknya yang ramai itu.

Kini ayah sudah tua.
Kadang-kadang dia lupa dia dimana.
Kadang-kadang dia lupa nama anak-anaknya.
Kadang-kadang dia langsung lupa yang aku sudah beranak pinak.
Doaku semoga ayah sentiasa di ampunkan dosanya dan dilindungi serta dirahmati Allah Taala.
Doaku semoga ayah tabah dan masih lagi dikurniakan kesihatan yang baik.
Doaku semoga ayah kuat menempuh hari-hari mendatang.
Aku sayang ayah!


Adik beradik ayah. Dari kiri: Induk, Apak Din, Mak Teh, Acik Idah, Mak Lang, Pak Long, Pak Ngah Zul dan Ayah.
Tiada dalam gambar: Apak Nuar
(Abaikan si sibuk yang bertutup tuala dibelakang tu.. Hahahaha)
Ketika di majlis perkahwinan sepupu aku, anak kepada Acik Idah.
Love you all!!

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Ayam Ibu Tercinta!

Awas, Sila Berhati-Hati Dengan Perempuan Ini...

Kenangan