My Sibling


Assalamualaikum...

Kenapa tetiba aku blank ni? Sebenarnya bila banyak sanagt cerita nak cerita beginilah jadinya. Jadi aku ingat nak cerita pasal diri dulu kot. Aku anak kempat dari isteri kedua ayah aku. Hahaha. Tak faham? Haish.. gini, aku anak no 4 dari bini no 2 ayah aku. meaning ayah den kawin 2 la. dan ibu aku isteri yang kedua. Dari isteri pertama ada 6 anak dan dari isteri kedua ada 4 anak. Dan tambah lagi 2 anak dari ayah yang setiap seorangnya lain-lain ayah (sure pening lagi ni!). ibu aku janda anak dua sebelum kawin dengan ayah aku la. so kami ada 2 kakak -+ jadi 6 beradik jugaklah.

Mesti pening nak faham ni. Abaikan. Yang penting kami adik beradik aman damai rukun tetangga. Hahaha.. Aku tak ingat sangat peristiwa aku kecik tapi seingat aku, kakak-kakak pernah cerita masa memula ibu ayah kawin, ribut taufan jugaklah dalam rumah. Biasalah, orang kawin dua. Abaikan lagi.

Apa aku nak cerita, kami empat beradik dari ibu ayah yang sama mempunyai jurang umur yang ketara. Abang aku beza 2 tahun dengan aku tapiiiiiiiii aku dengan adik lelaki bawah aku selama 9 TAHUN! Bayangkanlah masa tu anak-anak buah belah mak tiri aku dah panggil aku mak su. Adik aku dengan tak malunya telah merampas title mak su dari aku tanpa berbincang terlebih dahulu. Marah ni! Tapi title pak su yang adik aku pegang tu tak sampai 3 tahun telah dirampas secara rasminya oleh adik aku yang bongsu iaitu CIK SU! Hahaha.. TAHNIAH Cik Su! (Dasar busuk hati).

So dalam family aku ada abang, aku, adik lelaki dan adik perempuan + pula 2 orang kakak tiri (yang ni kena panggil tiri sebab bapak depa lain-lain). Tapi jangan takut, hubungan aku dengan kakak-kakak aku yang tiri ni lagi rapat dari kakak-kakak dari mak tiri sebab kami dibesarkan bersama-sama (masa kecik dulu diaoranglah yang basuh berak kencing kami... Terima kasih kak ja dengan kak ngah! we lap u!).

yeah... memperkenalkan yang dua kat depan tu kakak-kakak tiri aku.. harharhar...kanan dah 5 anak, kiri dah 4 anak.. baju merah cik su, adik lelaki aku (belajar kat jordan dan lepas raya nanti dah tak available lagi dah), abang aku dan ofkos aku le tu ( masa ni lom kawin lagi)

bersambung...(anak kecik aku dah menangis lerrr)

Comments

  1. Wah... complicated jugak ye keluarga Cik Wan? Sebijik macam keluarga I pulak. Har har har! ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah.. yeke.. mungkin en. Logo pun kena publish entri pasal keluarga pulak.. hehe

      Delete
    2. Hehehe... tak nak lah. Kang ada yang tersinggung pulak... :-p

      Delete
  2. Errr... tak nak letak widget followers ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya budak baru belajar.. ambil tetikus tolong ajarkan.. hahaha... masih mood berkenalan dengan blogspot la en. Logo..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Nasi Ayam Ibu Tercinta!

Awas, Sila Berhati-Hati Dengan Perempuan Ini...

Kenangan