Assalamualaikum...
Entah kenapa tiba-tiba je En. Suami mengeluarkan ayat..
'Yang, dah lama tak makan spaghetti yang ayang masak'
Atau maksud tersiratnya, dah lama abang tak makan masakan ayang.
Hahahaha.... Sokay darling. Ayang masakkan spaghetti untuk abang dengan penuh kasih sayang.
Bluekkk!!!
 |
| Alhamdulillah... Masakan yang penuh dengan kasih sayang tak akan pernah tak sedap dan memang habis licin! |
Ni bahan-bahan untuk masak spaghetti bolognese cara aku yang derhaka. Tang mana yang derhaka tu?
Hahaha... Tang campak cili api bagi pedas. Ko ingat spaghetti omputih tu pedas ke? peh... memang tak pedas ler walaupun kaler merah dia macam pedas.
ok, ikut jam, dari kiriiiiii (baca dengan nada sarjan bagi arahan kawad) : capsicum kuning potong dadu, bawang putih, bawang besar dicincang, daun ketumbar, cili api dicincang, daging kisar (tak nampak la pulak dalam gambar ni), minyak untuk menumis, italian herbs, sos cili, puri tomato (aku guna dua-dua seperti dalam gambar), cheddar cheese, cendawan butang dan sosej daging. Jangan lupa spaghetti juga, kang makan kuah je, meenya takde. Haru...
 |
| 1. Tumis bawang besar dengan bawang putih sehingga layu |
 |
| 2. Campakkan lada hitam sikit, italian herbs dan cili api |
 |
| 3. Baling daging kisar dan goreng sekejap. Ada orang dia suka masuk puri dulu baru daging. Terpulang, ini resepi aku so suka hati akulah. Hahahaha! |
 |
| 4. Curahkan puri tomato dan segala jenis puri yang korang suka. Baling juga seketul kiub ayam kat dalam ni. |
 |
| 5. Campakkan sosej daging yang dah di potong kecil-kecil tu. |
 |
| 6. Turut serta terjun ke dalam ini ialah cendawan butang. |
 |
| 7. Lempar sekali cheddar cheese barang sekeping dua. Perasakan juga dengan garam. |
 |
| 8. Akhir sekali, campak capsicum dan daun ketumbar. |
 |
| Siap! |
Aku lupa nak beli tomato ceri. Sedih betul. Aku suka letak tomato ceri dan capsicum tu di akhir sekali dan jangan sampai masak sangat. Biar dia rangup bila gigit. Pergh... Nak lagi kaw, sila hidang dengan cili api cincang di atas pinggan anda. Hahaha..
 |
| Ok, ni hidangan sampingan yang En. Suami sendiri buat, tapi kecoh suruh aku yang kacau sebab dia malas nak kacau. Dadih Mangga! Teng tereng.. |
Akhir sekali, selamat mencuba resepiku yang poyo ini. Kahkahkahkah!
Serius, habis seperiuk ni worrr!!
Comments
Post a Comment