Habib Fawzi & Ummi Zakyah

Assalamualaikum..

Abang ipar aku suka meraikan tetamu. Ini adalah tetamu dari Yaman. Datang untuk transit sementara mahu ke Indonesia, melawat abang mereka disana. Habib Fawzi merupakan adik kepada Habib Ibrahim, yang kini sedang mengajar di pondok di Indonesia. Disebabkan abang ipar aku merupakan sahabat baik dengan Habib Ibrahim maka kedatangan adik-adik Habib Ibrahim sangat di alu-alukan oleh kami.

Mulanya mereka datang bertiga. Kemudian, seorang pulang ke Yaman. Tinggallah Habib Fawzi bersama isterinya Ummi Zakyah. Mereka orang arab yang peramah dan mesra. Walaupun kami bercakap bagai ayam dan itik dan segala bahasa isyarat digunakan tetapi kami amat memahami antara satu dengan lain. Inilah dinamakan ukhuwwah.

Habib Fawzi dan Ummi Zakyah ni dah 7 tahun berkahwin tetapi belum dikurniakan anak. Habib Fawzi berniaga di Mekah. Pulangnya jarang-jarang ke Yaman menjenguk isteri yang tinggal bersama ibubapanya.

Hampir sebulan mereka transit di tempat kami barulah diberi keizinan masuk ke Indonesia. Tak lama sampai disana kami mendapat berita gembira Ummi Zakyah sudah mengandung. Agaknya kerana isteri sudah mengandung, Habib Fawzi membuat keputusan untuk pulang semula ke Yaman.

Sebelum pulang mereka kembali ke tempat kami untuk transit. Masa tu aku dalam pantang melahirkan Nina. Sebelum mereka ke Indonesia aku tengah sarat sangat nak melahirkan Nina, bila mereka kembali, Nina dah pun keluar. Seronok Ummi Zakyah memegang baby baru.

Gambar-gambar yang ada ini adalah hari-hari terakhir sebelum mereka pulang ke Yaman. Sampai sekarang kami masih berhubung melalui WhatsApp. Aku tak pandai berbahasa Arab jadi aku akan hantar ikon-ikon rindu dan gambar-gambar kami kepadanya. Ummi Zakyah pun akan membalas dengan gambar-gambar anak perempuan mereka. Aku harap ukhuwwah ini berpanjangan dan di rahmati Allah.

Sungguh, aku merindui mereka....



Ummi Zakyah bersama Amir dan Baem. Dah ko nak lari kemana Baem?

Bersama Nina. Nina macam tengah uk uk je dik. Hahahaha

Nangis sudah....

Ummi Zakyah bersama Kakak dan Hassan.

Ummi Zakyah dan Habib Fawzi

Bergambar bersama anak-anak.


Rin, Ummi, Kakak dan aku.

Senyum!

Posing lagi!

Ada iras tak aku dengan dia? Kahkahkah...




InsyaAllah.. Semoga berjumpa lagi!
Aku harap satu hari nanti kami akan bertemu lagi dengan izin Allah. Amin...

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Ayam Ibu Tercinta!

Awas, Sila Berhati-Hati Dengan Perempuan Ini...

Kenangan