Pengalaman
Assalamualaikum..
Cucuk
Melihat doktor-doktor pelatih (HO) di hospital terkial-kial nak mencari urat darah untuk dicucuk membuatkan saya terkenang keadaan adik saya yang juga belajar dan bekerja di bidang yang sama. (Mesti sekarang adik saya dah terror hal cucuk-cucuk ni).
Cucuk
Melihat doktor-doktor pelatih (HO) di hospital terkial-kial nak mencari urat darah untuk dicucuk membuatkan saya terkenang keadaan adik saya yang juga belajar dan bekerja di bidang yang sama. (Mesti sekarang adik saya dah terror hal cucuk-cucuk ni).
Cucuk menyucuk ni bukannya benda enak. Malah sakit dan kadang-kadang kalau tak jumpa urat yang betul, terpaksa cucuk di tempat lain pula. Pengalaman di warded kali ni menyaksikan tangan saya hampir 7 kali dicucuk merata-rata untuk diambil darah dalam masa 1 hari. Nangis...
Kalaulah saya tak fikirkan betapa susahnya doktor-doktor ini berhempas pulas nak belajar ilmu perubatan, mau juga saya menjerit maki-maki doktor ni. Tapi melihat muka doktor baru yang serba salah dan meminta maaf berkali-kali bila cucuk tak kena tempat tu mudah saja hati saya sejuk. Malah siap bagi kata-kata semangat. It's okay doctor. You can do it. Perlahan-lahan doktor..
Saya dan suami adalah sejenis manusia yang tidak mahu merumitkan keadaan. Biarpun saya berniqab, dan awak adalah seorang doktor lelaki, saya akan memberikan kerjasama yang baik. Dengan syarat, doktor lelaki yang hendak merawat saya hendaklah ditemani doktor perempuan atau misi yang cantik comel.
Aci tak? Hahahahahaa...
Kentut
Sepatutnya saya sudah boleh pulang pada keesokan hari selepas pembedahan. Tetapi masalah tidak boleh kentut menyebabkan saya ditahan sehari lagi.
Anehkan.
Rupanya perkara ini memang tidak boleh dianggap kelakar. Tidak kentut selepas pembedahan boleh mendatangkan mudarat yang serius. Malam selepas pembedahan saya berusaha untuk bangun berjalan bagi mengeluarkan angin. Malangnya tidak mudah.
Habis tawaf wad dari depan ke belakang berkali-kali pun tidak memudahkan angin untuk keluar. Sudahnya bekas luka jahit yang sakit.
Akhirnya apabila kentut masih juga main-main mahu keluar saya menangis. Sakit yang amat dan angin itu pula menusuk-nusuk berkumpul di rusuk kiri menyebabkan saya sesak nafas. Pedih dan ngilu.
Melihat keadaan saya yang agak teruk kerana tidak boleh kentut menyebabkan doktor tidak membenarkan saya pulang pada hari sepatutnya saya boleh balik. Biar balik dalam keadaan sihat katanya. Malam itu nurse memberikan ubat gastrik.
Akibatnya saya asyik mengeluarkan angin berdas-das.
Pulak.
Hilang malu pada pesakit katil sebelah apabila terpaksa melepaskan kentut. Kena pula bunyi yang keluar sangat kuat. Berkali-kali saya minta maaf.
Pulak.
Hilang malu pada pesakit katil sebelah apabila terpaksa melepaskan kentut. Kena pula bunyi yang keluar sangat kuat. Berkali-kali saya minta maaf.
Paling tak tahan bila terkentut depan doktor handsome. Anak yang menjaga saya merah padam mukanya. Malu campur terkejut. Saya buat muka bodoh. Biarlah, asalkan saya boleh pulang.
Hal kentut pun boleh menjadikan saya dan suami berhari-hari ketawa apabila mengingatinya.
Dan adik saya si doktor kata saya ni ngengada. Pulak...
Bosan
Saya siap meminta en suami bawakan senaskhah novel untuk saya baca di dalam wad. Buat melepaskan kebosanan. Tambahan pula kata doktor, inilah masanya untuk puan berehat-rehat, tidur biar cukup sebelum kita buat checkup dengan doktor pakar esok.
Sangka saya, saya akan bosan esok. Lagipun inilah masanya untuk saya bersantai, ada masa untuk membaca dengan tenang. Sejak menjadi ibu dan bekerja ini, saya sudah jarang dapat membaca dengan baik. Buku-buku yang dibeli sudah beratur panjang tunggu giliran.
Tapi saya silap.
Duduk di wad kelas tiga rupanya tidaklah sebosan yang disangka. Masih ada yang mahu berkawan. Berkenalan, bertanya khabar dan bertukar-tukar cerita.
Saya berjiran dengan seorang bakal ibu yang hanya semalaman ditahan. Esok sudah dibenarkan pulang. Wah, bukan main gembira dia bagaikan sudah 3 hari ditahan wad.
Kemudian jiran sebelah bertukar dengan kakak dari sabah. Mula-mula, kami tidak bertegur sapa. Saya dapat membaca dengan tenang. Kemudian kami mula berbual. Wah, kakak kadazan campur filipina ini rupanya sangat peramah. Dan bahasa melayunya begitu fasih dan laju tuturannya. Malah dia berbahasa melayu dengan suaminya juga.
Alasannya, saya mana pandai cakap cina....
Dia pandai berbual. Dan kerana dia, habis jiran-jiran lain, kami tegur seorang demi seorang. Siap berkumpul di katil macam bersidang. Dan bercerita tentang sakit masing-masing seolah-olah kami adalah doktor. Dan adik misi terpaksa mencari kami apabila ingin membuat rutin.
Dia pandai berbual. Dan kerana dia, habis jiran-jiran lain, kami tegur seorang demi seorang. Siap berkumpul di katil macam bersidang. Dan bercerita tentang sakit masing-masing seolah-olah kami adalah doktor. Dan adik misi terpaksa mencari kami apabila ingin membuat rutin.
Saya hanya diam di katil apabila misi sudah mula memasang drip. Dan mula kembali membaca apabila sudah tidak senang mahu bergerak lagi.
Kakak kadazan yang sepatutnya menjalani pembedahan pada hari lusa akhirnya pulang begitu sahaja. Dan dia ketawa bersahaja bila bercerita akibat dari cabut gigi, pembedahannya terpaksa dibatalkan.
Sayangnya kami betul-betul bersahabat di dalam wad. Tidak langsung bertukar-tukar nombor telefon.
Berani
Kakak saya seorang yang berani. Dia juga pandai menjaga orang sakit. Baik ibu ayah malah terutama suaminya sendiri suka kalau dia yang datang menjaga.
Dia berani bermain dengan luka-luka pendarahan, pembedahan, bisul dan sewaktu dengannya. Malah semasa ayah jatuh dulu pun, saya yang acah-acah gedebe nak tengok sendiri doktor jahit kepala ayah akhirnya lari keluar. Rasa bagai mahu pitam melihat doktor menonyoh-nonyoh kepala ayah.
Kakak juga akhirnya yang masuk.
Luka pembedahan bersalin anak ketiga saya pun dia juga yang berani cuci dan keluarkan nanah. Kalau saya atau anak-anak luka terkena apa-apa, dia dahulu yang kami cari.
Sayangnya dia tidak jadi doktor atau misi.
Benang jahitan di perut saya sudah tercabut dan benang tersebut terjuntai-juntai menikam perut. Kasar dan keras rupanya. Pagi tadi dia juga yang saya cari konon untuk mengadu.
Tapi saya lupa yang dia seorang yang berani. Terus dia ambil kapas dan alcohol. Dan tarik benang yang terjuntai itu.
Walah..
Menyesal gila saya tunjuk dekat kakak. Tapi ada kebaikannya. Rupanya benang yang terjuntai itu sudah mengumpul sedikit nanah. Terpaksa juga redha luka itu dicuci oleh kakak.
Kakak memang berani.
Comments
Post a Comment