Reunion EX-SMUDA


Assalamualaikum

Godek-godek gambar lama terjumpa koleksi gambar masa Ex-Smuda buat reunion dekat Sg. Congkak tahun 2015. (Bapak lamaaaaaa... 😅). Nina pun baru setahun lebih umurnya masa ni.

Aku join reunion kali ni sebab rumah aku dekat je dengan area Sg. Congkak ni. Dan aku antara orang terawal dah tercongok kat sini. Hahahaha... Cuak jugak sebenarnya sebab dah lama sangat tak jumpa senior-senior dan junior-junior Ex-Smuda masa ni. Ntah diaorang ingat aku ke tak? Ntah-ntah aku seorang diri terhegeh-hegeh kat sini. Orang lain mana ingat aku dah.. dan bermacam lagi fikiran kotor ada kat minda. Hahahaha..

Tapi aku silap, hampir semua aku ingat dan kenal aku weh. Kakak-kakak senior, adik-adik junior, sahabat-sahabat... pergh.. memang seronok la. Sangat-sangat seronok. Cuma aku kureng kenal sikit dengan geng-geng senior junior lelaki ni. Ada yang aku ingat, ada yang aku lupa langsung kewujudannya. Hehehehe.. maklumla, sekolah aku ni kelas lelaki perempuan berasingan. 

Masing-masing bawa potluck, meriah gila makanan. Kelabu mata tak tahu nak makan yang mana. Harus mencanak naik lemak masa ni. Hahaha..

Jom skodeng gambar!


Halah halah halah... sementotnya Nina

Alololo... sejenis mak-mak yang jakun dengan anak sendiri ni 😆

Orang nak bawa, dia pun sibuk nak angkut pelampung sendiri





Hahahaha.. sori, terobses dengan anak sendiri lak. 
Jom tengok gambar yang ada. 




Ni port aku mula-mula. Last-last anak-anak aku je kat sini. Aku dah tak sedar diri jumpa kawan dah lepas tu. Hahahaha


Mek Zu



Yang ni aku kenal sangat, Aje dengan kak Nik (orang kuat program)

kak ema

Ni Datin Azma.. kak ma tak berubah kan.

Awis

Ni geng senget aku sejak tingkatan 3, the best friend forever Hasanah & Samihah, kak aida cantik pun ada.


bergambar beramai-ramai adalah acara wajib. Hahahaha





Ada game juga sebenarnya tapi aku tak banyak ambil gambar masa tu. Sebab aku pun ada join gak. Hahahaha. Makan lagi penting weh. So sebenarnya ramai lagi yang ada tapi ni ehsan dalam handfon aku je, maka inilah ceritanya. Aku tag nama pun mana yang ada je. Harap sangat dapat berjumpa dan berkumpul macam ni lagi.

Sayang Smuda, Sayang sahabat-sahabat semua, Sayang korang semua.. Muahhh

p/s: maaf ye yang mana takde gambar tu, ni jela yang ada dalam handfon aku. hukhukhuk..

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Ayam Ibu Tercinta!

Awas, Sila Berhati-Hati Dengan Perempuan Ini...

Kenangan