Assalamualaikum...
Rasanya wajib dah mendokumentasikan resepi rendang yang ibu pelajari daripada arwah nenek aku. Arwah nenek belah ayah ni orang Negeri Sembilan. Maka rendang ni wajiblah pedas berapi. Cuma kali ini kami buat rendang itik. Maaf ya, aku tak reti sukatan terperinci. Biasalah cara orang tua memasak. Ikut suka, ikut rasa, agak-agak.. fuh, susah gak ni.
 |
| Masak santan pekat. |
 |
| Masuk air ikut sukatan plastik santan. |
bahan wajib:
Halia
Lengkuas
Cili kering
Cili api
Bawang merah kecil
Bawang putih
Kunyit
Asam keping
Kerisik
Serai
 |
| Potong halus halia dan bawang merah |
 |
| kunyit, lengkuas dan bawang putih kasi kisar |
 |
| Sambil-sambil meracik bawang tu jangan lupa kacau santan tadi, kang hangit tak jadi minyak kang. |
 |
| Itik yang dah siap dibasuh kita gaul dengan cili kering blender. |
 |
| Masuk juga bawang putih, kunyit dan lengkuas yang dah blend. |
 |
| humban sekali cili api kisar, bawang dan halia yang dah dipotong halus. |
 |
| masuk sedikit rempah rendang |
 |
| Ni tangan keramat sedang menggaul, apa saja yang ibu masak tak pernah tak sedap 😋😋 |
 |
| masuk sedikit asam keping. Jangan banyak sangat tau. cukup sekeping potong kecil. |
 |
| lupa pulak kat serbuk kunyit. hihihi |
 |
| Selepas kejadian menggaul hingga sebati. Masa ni bau dia memang perghhhhhhh... |
 |
| santan dah naik minyak maka bolehlah humban perapan rendang dalam tu. |
 |
| gaul sebati |
 |
| masa ni boleh lupa nak masukkan serai potong halus. kasi tarukkkk lekasssss |
 |
| yang ni serai dah diblend. |
 |
| kerisik menunggu giliran. |
 |
boleh campak masuk sekali. sukatan, agak-agak... masa ni masuk sekali gula garam dan sewaktu dengannya. |
 |
| masak sampai sedikit kering. kalau arwah nenek buat sampai kering betul jadi hitam. tapi kami suka yang berkuah sikit maka cukuplah sampai disini sahaja.. |
Biasanya acara masak rendang arwah nenek ni memang lama. Dari pagi sampai ke petang baru siap. Api kena jaga tak boleh besar sangat, kena sentiasa kacau tak nak berkerak. Bau lazat dia jangan cakaplah. Tak sempat kering betul dah ada yang amik pinggan meratah. Rendang ni memang pedas berapi. Tak podeh, ekau bukan orang nogori yo.
Oh ya.. semasa kejadian pun tak pula aku tengok rendang itik ni jadi crispy. Puaslah kacau balik kuang mana tau tiba-tiba kulit rendang itik boleh crispy. Zassss!!
Hahahaha..
Comments
Post a Comment