Nasi Dagang Ibu


Assalamualaikum

Sebelum aku lupa, baiklah aku terus catatkan resepi/cara ibu aku buat Nasi Dagang. Ceritanya aku salin resepi dah lama, bila sampai masa nak praktikal, tersalah cara, habis benyek nasi dagang kami. Stress gila kakak aku. Hukhukhukhuk...

Aku bagi dulu resepinya dan nanti aku explain cara nak buat mengikut gambar.

Nasi Dagang 

Bahan-bahan :
1. Beras (kakngah aku kata setakat ni beras Jati biru dah ok untuk buat nasi dagang)
2. Beras pulut

Sukatan - 7 pot beras + 1/2 beras pulut 
(Sukat, basuh dan rendam selama 7 jam/5 jam)

3. Bawang merah
4. Halia
5. Halba
(Dimayang halus. Halba kena basuh)

6. Santan
7. Garam
Beras+beras pulut yang telah dibasuh dan direndam

Kaut beras yang telah direndam, pindahkan ke dalam periuk pengukus. Lihatlah tangan Dikman yang halus mulus itu, kalah tangan aku.

Kukus beras tadi selama sekali naik wap. Itu cara ibu aku, aku pun tak pasti sekali naik wap tu berapa minit. Agak-agak je la korang ye.

Dah cukup anggaran sekali naik wap, korang kena masukkan balik beras yang dikukus tadi ke dalam air bersih.

Haa.. sambil tu kacau-kacau kasi beras tu berderai.

Kat sini aku dengan kakak aku buat silap, kami ingat kena rendam beras tu sekali lagi. Pastu boleh pulak masuk bilik berehat bagai. Nak kukus balik beras tengok sudah benyek. Arghhhhhh.. sorang pun tak terpikir nak tanya Dikman. Sebab masa buat nasi dagang dengan ibu tu Dikman yang banyak buat sebenarnya... haih!

Rupanya lepas rendam sekejap terus tapis beras tu dan letak tepi. Pastu pergilah ko nak menonggeng depan tv tu sampai masa nak makan baru kukus balik. Cisss...

Sampai masa rasa dah kebulur nak makan sangat, panaskan balik air kukusan. Kali ni kukus balik beras tu sampai 3 kali naik wap. Sekali lagi aku tak reti 3 kali naik wap tu rupa macam mana tapi kira-kira sampai beras ko jadi nasi dan boleh dimakan. Jangan pulak dah tau jelatah ko tibai makan jugak. Tak boleh nak tolong tu.

Sementara nak sampai 3 kali naik wap, boleh ko masak sekejap santan dengan garam secukup rasa. Tak perlu lama masak santan ni ye. Cukup sekali gelegak (pun ko agak-agaklah lama mana). Masak santan ni untuk pastikan nasi tahan lama dan lambat basi.

Ni bahan-bahan untuk ngarong nasi, bawang merah dan halia dimayang halus. kasar-kasar kang tak sedap pulak kalau tergigit.

Bawang merah, halia yang dimayang halus dan sedikit halba.

Siap nasi dikukus, ko masukkan dalam besen besar, kemudian campak segala bahan halus dan halba serta santan (masukkan sikit-sikit) dan startlah mengarong... ngarong-ngarong sampai rata semua bahan diatas.

Pastu ko tekan-tekan sikit nasi tu sampai padat dan tengok kat senduk tu, kalau takde nasi melekat maknanya nasi ko dah berkilat cantik.


Ha.. ni cara ibu aku buat nasi dagang. Rasanya ni stail Terengganu punya nasi dagang. Nanti aku share cara nak buat gulai nasi dagang yang super duper enak banget tu pulak.

Pasni aku dengan kakak aku dah boleh meniaga dah nasi dagang  Kitaorang dah tau silap kat mana. Malu bertanya, jadilah nasi dagangku benyek hari ni. Tapi serius semua yang makan kata sedap! Kahkahkahkah!

 

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Ayam Ibu Tercinta!

Awas, Sila Berhati-Hati Dengan Perempuan Ini...

Kenangan