Gulai Ikan Dan Ayam Nasi Dagang

Assalamualaikum

Jumpa lagi kita...
Kali ni nak share resepi gulai untuk dimakan bersama nasi dagang. Ada setengah orang, buat gulai nasi dagang tapi rasa macam kari. Tak betul ye tuan puan. Sesungguhnya nasi dagang ni ada gulai resepinya tersendiri. Aku pun kalau jumpa gulai nasi dagang rasa  kari, maafla... sekali tu je la aku makan. Lidah Kelantan/Terengganu ni lain ye. Orang lain boleh terima tapi saya tidak. Harap maaf... 😑

Gulai Ayam/Ikan Nasi Dagang

Bahan-bahannya:

  • Kerisik
  • Cili Kering
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Kunyit
  • Halia
  • Lengkuas
  • Santan
  • Garam
  • Nissan/Nissey (ganti gula)
  • Serbuk Ketumbar
  • Serbuk Jintan Manis
  • Serbuk Jintan Putih
  • Serbuk Kas-kas (untuk gulai ikan, tak payah bubuh ye)
  • Serbuk Kunyit
  • Asam keping 
Cara masak, aku terangkan ikut gambar. Lagi satu, ibu aku masak jenis takde sukatan. Semua main agak-agak dan campak-campak je. So kena memandai sukat sendiri ikut banyak mana ayam/ikan yang kita nak buat.


Bahan utama untuk di kisar buat rempah sendiri. lengkuas, halia sikit, bawang merah, bawang putih dan kunyit. Ni banyak sangat tau, masa buat kurang sebenarnya dari yang dilihat.

Ni aneka serbuk kas-kas, ketumbar, jintan manis, jintan putih dan serbuk kunyit. Diaorang tengah siap sedia nak disatukan bersama.

Cili kering kena rebus dulu dan tapis biji sebelum dikisar halus bersama bahan kisar di atas.

Ikan biasanya guna tongkol baru ngam dengan nasi dagang, haruslah direbus dahulu dengan asam keping dan garam.

Ni baru sukatan sebenar bahan-bahan kisar. Nampak tak, sikit je nak guna sebenarnya. Hahahaha..

Kita kasi kisar bersama-sama supaya sehati sejiwa.

Masuk dalam mangkuk besar lain kemudian startla kita rempahkan dia. Sesudu serbuk ketumbar.

Setengah sudu serbuk jintan manis

3/4 sudu serbuk jintan putih. 

Sedikit serbuk kunyit.

dah gaul sebati rempah-rempah tadi dengan bahan kisar, maka bolehlah tumiskan dalam minyak panas.

Tumis sampai garing ye.

 
Kemudian masukkan ikan yang dah direbus tadi.

Masuk sekali dengan air rebusan ikan, nissey dan santan.

Disebabkan air rebusan tadi dah masam masin, maka ko cuma perlu ejas rasa apa yang patut.campak masuk cili api dan lada besar bagi nampak menyelerakan.

Siap!

*untuk gulai ikan, serbuk kas-kas dan kerisik tidak perlu dimasukkan. Lebihkan serbuk jintan putih didalam rempah tumis.
**pastikan ikan yang baru/segar baru boleh ambil air rebusan, kalau ikan lama, kurang sedap air rebusan tu. Kalau tak ambil air rebusan, sila tambah asam keping dan garam secukup rasa.


Yang ni khas cara-cara nak buat gulai ayam pulak. Bahannya sama je cuma tambah kerisik dan serbuk kas-kas. Jom tengok!

Ni bahan kisar bagi gulai ayam. Sama je... ni untuk 2 ekor ayam ye tuan puan.

Bahan atas tadi kita kisar dengan cili kering dan masukkan rempah-rempahnya. Sesudu serbuk ketumbar, 3/4 serbuk jintan manis, setengah sudu serbuk jintan putih, setengah sudu serbuk kas-kas dan sedikit serbuk kunyit.

Tumis bahan kisar dan rempah tadi sehingga garing.

Dah garing, masukkan ayam. Bagi ayam kecut dulu sebelum masuk santan.

Masukkan santan dan air.


Masa ni masukkan nissey, asam keping, garam dan kerisik. Masak sampai semua rasa dah timbul. Campak masuk cili api dan lada besar. 

Siap! Jom makan!

*untuk gulai ayam, lebihkan serbuk jintan manis dalam bahan tumis. Kerisik dan serbuk kas-kas jangan dilupa.

Siap lah resepi cara gulai nasi dagang ibu aku yang diwarisi turun temurun. Aku catat kat sini supaya esok-esok kot ada adik beradik aku yang mencari. So, kalau rasa nak cuba buat, cubalah. Aku ni, walaupun suka mencatat dan menota segala resepi ibu aku, aku tak pernah buat. Sebab kakak-kakak aku gerenti yang buat dan aku tukang makan je. Hahahahahaha!Buat apa nak susah, kalau dah ada yang siapkan. Kihkihkih... (mampus kalau diaorang baca ni! 😝)
























Comments

Popular posts from this blog

Nasi Ayam Ibu Tercinta!

Awas, Sila Berhati-Hati Dengan Perempuan Ini...

Kenangan