My Baby Si Bongsu
Taraaaa....
Inilah si bongsu kesayangan semua orang. Diam tak diam, anak aku dah 4 orang. Ahaks.. 3 lelaki 1 je perempuan. Jadilah. Ni pun aku mengandungkan dia selepas aku gugur mengandung luar rahim (Ectopic). Sesungguhnya Allah maha besar. Dengan 1 tiub ovari yang tinggal, aku dapat juga mengandung. Dan rasanya dia yang terakhir. Insyaallah..
Si comel ni namanya ILYAS ARSYAD BIN MOHAMMAD NOORAZIZ. Tanggal lahir 26 Mei 2018. Satu-satunya anak yang sebenarnya tak plan pun nak dapat so tak tertiming masa nak jadi. Terlahirlah dalam bulan Ramadhan. 27 hari aku pulun mengganti puasa tau (ToT)..
Sekarang dia dah nak masuk 3 tahun. Baru nak pandai cakap sikit-sikit. Lambat sikit dia nak mula bercakap. dok ahhh.. ahhh.. ahhh menjerit kalau nak bagitau apa-apa. Sampai sekarang masih berulang jumpa pakar atas masalah lambat bercakap dan berat tak naik. Tiap kali jumpa doktor, umi dia ni la kena marah.. wuwuwuwuwuwu!
Tapi hasil beberapa kali pergi terapi, dah banyak perkataan disebut. Tapi kalau nak cakap laju-laju memang berterabur la ayat dia sekali dengan pelbagai bahasa dunia dia keluar. Ayah dia selalu tercengang kalau dia nak bercerita panjang sebab tak faham. Well umi is umi. Umi lah yang tolong translate apa dia nak bebelkan kat ayah. Paling dia suka kutuk orang gemok hitam (Mok! Atam!), ni ajaran abang-abang dia la ni. Grrrrrr.....
Dia lahir sempurna cukup bulan cuma aku minta nak czer sebab doktor bagi offer, puan nak czer boleh, nak bersalin normal pun boleh. Hah.. mestilah aku pilih czer sebab trauma susah nak bersalinkan Ibrahim dulu ada lagi. Sampai kena vacuum worrr. Nina memang kena emergency czer sebab songsang, jalan dah buka 4cm. Jadi yang ni pun pilih jalan yang pada aku mudah, tapi tak mudah juga bila selepas czer (menangis!).
Nantilah aku cerita pengalaman bersalin dak kecik ni. Insyaallah, ini anak yang terakhir sebab aku pun dah masuk 40 tahun. Aku nak bertenang-tenang asuh anak yang ada, lihat diaorang membesar depan mata. Tak larat nak hadap mabuk mengandung, sakit bersalin dan jaga anak kecil. Dahlah aku ni selalu dapat kencing manis masa mengandung. Aku pun dah bincang dengan doktor, dan doktor pun setuju kalau aku tak hamil lagi. Bukan menolak rezeki, tapi cukuplah dulu dengan apa yang ada. Kalau Allah nak bagi juga, tidaklah aku menolaknya. Itu namanya masih rezeki. Suami aku pun ok. Lepas ni aku tunggu baby dari anak-anak sedara aku ke cucu aku ke pulak. Hahaha! Cepatlah korang beranak weh!
Selama ni aku tak pernah guna/ambil apa-apa family planning, tapi aku cadang nak pasang IUCD je lepas ni. Sekarang dalam proses buat temujanji dengan klinik berdekatan. Aku dengan suami plan sendiri untuk jarakkan anak. Yang penting ada kerjasama.
Oklah, banyak lak bebel padahal nak perkenalkan kat korang je my baby bongsu.. YAYASH!
![]() |
| Masa ni umur baru setahun. Baru nak pandai berdiri. |
![]() |
| Awww.. awak comel la! |
![]() |
| Puji lebih sikit anak bongsu ni.. ahaks |
![]() |
| Omey omey omey! |
![]() |
| Pastu geram sendiri rasa nak lepuk je.. hahahaha Sindrom mak-mak macam ni la.. selalu perasan anak sendiri comel. Masa kecil memangla semua comel. Dah besar asyik kena marah je. Hahahaha! |





Comments
Post a Comment