Posts

12.12.12

Image
Assalamualaikum... Lama dah tak menulis. Cuti sekolah ni dengan aku sekali cuti menulis. Jenguk blog pun jaranggggg sekali. Gara-gara Ibrahim yang masih menyusu badan, dia tidur aku pulun mengemas, memasak ikut dan (berfacebook... ehehe) . Dia bangun je aku pulun pulak berkepit dengan dia yang melekap dan bergayut kat neneng macam spiderman. Ikut je mana aku pergi. Nak buang air pun terpaksa buka pintu bagi dia nampak aku. Tak senonoh betul. Ni pun aku gigihkan diri untuk mencoret sebaris entri pendek khas pada tarikh 12.12.12. Tarikh terakhir untuk seratus tahun. Lepas ni kena tunggu seratus tahun lagi kalau nak dapat tarikh cantik macam 1.1.01, 2.2.02....ect.ect.. Sebenarnya pada tarikh ini, genap Ibrahim Afnan berumur 9 bulan. Dia dah pandai duduk. Dah merangkak. Dah pandai bermain dengan Amir. Dah pandai berebut barang. Dah reti menjerit kalau mainan kena rampas dek abang. Dah tau nak buat muka kesian suruh dukung dan nak neneng. Ibrahim juga dah tau bila umi pakai tudung, t...

Hari Bahagia Adik - The Other Part

Image
Assalamualaikum... Memang la entri ni dah ketinggalan. Adik aku dah lama balik Jordan pun dengan isteri dia, Tapi aku nak cerita jugak sekitar majlis resepsi belah keluarga lelaki di Hulu Langat, Selangor. Memang kami agak kelam kabut bila majlis nikah raya ke 5 dan majlis belah aku raya ke 7. Lepas je majlis nikah adik aku kat Kelantan, dan-dan tu jugak kami terus bertolak balik Selangor. Letih woooo.. Dahla bermacam kejadian tak diingini berlaku. Badan letih, mental penat. Adik aku je yang seronok happy gumbira dapat kawen.. heh! (Ko dulu gitu gok kak woi!... hehehe) Mari kita lihat apa yang berlaku di majlis belah aku pulak... Jeng jeng jenggggg!! (kepada kawan-kawan Hadi yang tak sempat jumpa Hadi hari tu, silala nikmati kronologi peristiwa hari tersebut seperti berikut.. kuikuikui!)  *untuk pengetahuan korang, pengantin lambat tiba ke majlis atas sebab-sebab tertentu maka ramailah kawan-kawan Hadi yang datang dan tunggu sekian lama dan ada yang tak sempat jumpa Hadi....

Kelahiran Yang Dinanti... - Ending

Image
Assalamualaikum... "Allah.. baby ni tak bernafas!" jerit bidan, aku cuba angkat kepala nak tengok tapi tak nampak. Cuma nampak badan baby aku kebiruan dan kakinya terjuntai lembik. Bidan terus bungkus anak aku bawa lari ke dalam. "Anak puan lelaki ye. Ada masalah sikit, doktor tengah usahakan." kata nurse yang masih lagi ada kat situ. Lama jugak rasanya baby aku dibawa pergi. Aku berdoa dalam hati moga Allah selamatkan anak aku. Terasa nak menangis kat situ. Tapi masa tu aku nak menangis pun dah tak larat. Masa lahir tu dia langsung tak berbunyi. Tak dengar langsung teriakan baby lepas lahir. Tu yag pakat kelam kabut tu bila dia didapati lemas tak bernafas disebabkan aku mengambil masa yang lama untuk keluarkan dia. Ditambah pula tak ada pengalaman bersalin, tak reti meneran dengan betul dan ukur lilit kepala baby yang agak besar, menyukarkan proses kelahiran. Lebih kurang 15 minit kemudian baru nurse datang tunjuk baby aku. Tunjuk jantinanya d...

Hari Bahagia Adik

Image
assalamualaikum... Jadi pecahlah lubang siapa yang bertunang pada cuti sekolah bulan Jun hari tu. Tak ingat? Sila klik kat sini ya. Sebenarnya adik aku Hadi yang bertunang dengan orang Kg. Pek. Aku saja bagi gempak konon dok ikut orang hantar cincin la, apa la.. padahal hantar cincin tunang adik sendiri. Tak gempak pun. Alahai.. Masa hantar cincin tu bakal pengantin lelaki pun takde. Kat Jordan lagi. So bakal mak pak mertua pun tak pernah tengok live lagi la adik aku tu. Main berani je setuju nak serah anak diaorang. Buatnya jumpa-jumpa rupanya adik aku tu mata kero sebelah, naya je si perempuan. Hahahaha.. Jangan risau, adik aku lelaki sempurna lagi kacak handsome bergaya. (Kasi up adik sendiri la wei, kot nanti si perempuan tu berubah fikiran, terus fail adik aku yang tengah exam tu). Merapu sudeyyyy... So bertunang la diaorang dan majlis pernikahan dah ditetapkan pada raya ke 5 belah perempuan dan majlis resepsi belah lelaki raya ke 7. Apa? cepat sangat? Sempat ke balik Selang...