Hari Bahagia Adik

assalamualaikum...

Jadi pecahlah lubang siapa yang bertunang pada cuti sekolah bulan Jun hari tu. Tak ingat? Sila klik kat sini ya. Sebenarnya adik aku Hadi yang bertunang dengan orang Kg. Pek. Aku saja bagi gempak konon dok ikut orang hantar cincin la, apa la.. padahal hantar cincin tunang adik sendiri. Tak gempak pun. Alahai..

Masa hantar cincin tu bakal pengantin lelaki pun takde. Kat Jordan lagi. So bakal mak pak mertua pun tak pernah tengok live lagi la adik aku tu. Main berani je setuju nak serah anak diaorang. Buatnya jumpa-jumpa rupanya adik aku tu mata kero sebelah, naya je si perempuan. Hahahaha.. Jangan risau, adik aku lelaki sempurna lagi kacak handsome bergaya. (Kasi up adik sendiri la wei, kot nanti si perempuan tu berubah fikiran, terus fail adik aku yang tengah exam tu). Merapu sudeyyyy...

So bertunang la diaorang dan majlis pernikahan dah ditetapkan pada raya ke 5 belah perempuan dan majlis resepsi belah lelaki raya ke 7. Apa? cepat sangat? Sempat ke balik Selangor tu kak? Selang sehari je tuuuuuu!!!

Eleh, korang apa tau? Selangor tu sebelah je dengan Kelantan... Uhuk..uhuk!

Meh la usha gambar-gambar sekitar majlis pernikahan diaorang.. cakap banyak pun tak guna..biarlah gambar yang berbicara..ewah!


Lord Of The Ring... Muahahaha!

Anakku harussss ada... Ni Baem hampir terpijak orang gara-gara aku letak dia tido agak tengah jalan orang lalu lalang keluar masuk rumah...
Bamir yang handsome! Muahhh!
Ok, aku jadi bidan terjun tukang mekap pengantin. Puasla aku tenyeh bedak kat kulit muka pengantin yang dah macam kulit biawak ni, tak putih juga mukanya... Opssss! tehehehe
Sebelum bertolak ke tempat bernikah... Posing dulu wehhh!
Dah sampai kat masjid tempat nak bernikah tetiba adik aku kalut jubah dia berkedut gila... terpaksalah kakak dia yang ni tolong gosokkan balik... ceii!

Ini bestfriend aku sejak zaman sekolah lagi..Dia yang tolong gubahkan hantaran dek kerana jari jemari kami kurang berseni (ayat cover)

Eh, baby ni anak awak ke anak dia ni? haih... ramai tau yang kata Baem macam anak bestfriend aku, Sebab kulit mak dia tak sama dengan kulit anak kot... haha

The Hantaran. Belah kami yang warna hijau, purple tu belah perempuan.
Debaran Menanti Ijabkabul.

Muka cuak. Aku gerenti masa ni dia tengah seram sejuk menggila. Hahaha.. rasakan kau! Aku bukan nak tunjuk sangat gambar Hadi ni tapi orang kat belakang Hadi tu. Hai darling! Hai Bamir!

Saat di Ijabkabulkan. Tergalas sudah tanggungjawab yang besar ke atasmu dik...
Bersama Ayahanda dan abg ipar berarak ke rumah pengantin perempuan. Masa ni aku tertinggal kat belakang gara-gara kejar Amir yang sibuk berlari-lari main. Aku dengan ayahnya siap kepung baru dapat tangkap itu budak!

Kucupan untuk Bonda usai selamat dinikahkan.

Korang tengok tangan adik aku dengan tangan isteri dia. Huahahaha.. taik cicak woooo! kuikuikui..
Apapun semoga ikatan berkekalan dan berpanjangan. Aku sayang ko dik tapi sekarang ko kena sayang isteri ko lebih dari aku dan sayang ibu kau lebih dari isteri kau. Ada faham dei... hahaha
Nak tengok pulak majlis belah aku? Nantila aku cerita ya...

Comments

  1. Taik cicak? Tak baik tau perli adik sendiri camtuh. Hehehehe...

    Anyway, tahniah buat adik you tuh ye? Semoga happily ever after. :-)

    ReplyDelete
  2. saya memang suka gaduh dengan dia. Saya kutuk dia macam mana pun dia tak boleh marah saya dan dia akan kenakan saya balik dengan selambanya.. haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Nasi Ayam Ibu Tercinta!

Awas, Sila Berhati-Hati Dengan Perempuan Ini...

Kenangan