Assalamualaikum...
"Allah.. baby ni tak bernafas!" jerit bidan, aku cuba angkat kepala nak tengok tapi tak nampak. Cuma nampak badan baby aku kebiruan dan kakinya terjuntai lembik. Bidan terus bungkus anak aku bawa lari ke dalam.
"Anak puan lelaki ye. Ada masalah sikit, doktor tengah usahakan." kata nurse yang masih lagi ada kat situ. Lama jugak rasanya baby aku dibawa pergi. Aku berdoa dalam hati moga Allah selamatkan anak aku. Terasa nak menangis kat situ. Tapi masa tu aku nak menangis pun dah tak larat.
Masa lahir tu dia langsung tak berbunyi. Tak dengar langsung teriakan baby lepas lahir. Tu yag pakat kelam kabut tu bila dia didapati lemas tak bernafas disebabkan aku mengambil masa yang lama untuk keluarkan dia. Ditambah pula tak ada pengalaman bersalin, tak reti meneran dengan betul dan ukur lilit kepala baby yang agak besar, menyukarkan proses kelahiran. Lebih kurang 15 minit kemudian baru nurse datang tunjuk baby aku. Tunjuk jantinanya dan jelaskan kepada aku yang baby aku kena masuk unit rawatan rapi untuk bayi kerana masalah pernafasan dan paru2 yang tidak kuat.
Masa nurse bawa baby tu alhamdulillah dia dah menangis tapi perlahan je suaranya. Nurse bagi aku tengok muka baby aku dan aku sempat kucup baby aku di dahinya. Tak dapat peluk pun dia, terus nurse bawa lari ke wad SCN.
Lama juga aku berehat dalam labor room sebelum dibenarkan discaj ke wad. Itupun setelah doktor pakar yang aku cerita sebelum ni dah menjerit ntah hapa-hapa kat nurse sebab tahan aku lama sangat sampai hampir maghrib. Sebelum keluar tu nurse sempat bagitau yang katil kat tepi tu dah stand by untuk aku dibawa ke bilik pembedahan atas arahan doktor pakar tersebut. Keluar je labor room nurse terus panggil suami.
"Mana anak?"
"Anak tak ada..."
"Haaahhhhhh!!!!" hampir menjerit dia kat situ. Itulah aku belum habis cakap lagi dia dah menjerit tu sapa suruh!
Baru je aku nak baring kat atas katil wad 3 tu, nurse datang suruh berkemas pindah wad 2 sebab dah ada katil yang kosong. So malam tu setelah telan 2 biji panadol (nurse dapati aku dah demam) aku terus tidur tak sedar diri. Pagi esok aku try bangun nak tengok baby tapi nurse tak bagi. So aku terus sambung tidur lagi hampir ke tengahari. Lepas tu terus laju ke wad sebelah nak tengok baby.
Hari ini 20 Oktober 2012 genap umur baby aku ni 3 tahun. AMIR NUR IKHWAN, semoga menjadi anak yang soleh dan pintar dan sayangi umi ayah dan Baem ya!
.jpg) |
| Ooo yeahhhh!.. baru seminggu umur Amir. |
.jpg) |
| Ramai kata Amir macam cina... Mata dia sepet kot.. |
 |
| Mari kita moncongggggg molottttt |
 |
| Amir masa ni dalam 6-7 bulan. Tengah praktis silat wooo |
 |
| senyum! |
 |
| ni dia dalam 4-5 bulan.. comelkan.. |
 |
| masa kecil alahai debab dam montel! |
 |
| senyum yang manis untuk umi |
 |
| ni dalam pantang |
 |
| dalam pantang.. aku berpantang kat kelantan. Naik keretapi balik sana lepas je keluar hospital. |
 |
| lebih kurang 30 hari umurnya |
 |
| Happy Birthday Bamir yang ke 3! Muahhhhhhhhhhh!!! |
|
|
|
|
|
TAMMAT...
Nantikan episod kelahiran Baem lak. Yang ni pun tragis gak.. hehehe
Comments
Post a Comment