Posts

Bercakap

Image
Assalamualaikum.. Sebenarnya anak aku Amir adalah kanak-kanak yang lambat bercakap. Semasa umur dia setahun setengah aku dan suami dah rasa macam ada yang tak kena. Kenapa dia tak reti panggil aku umi? (umi tu macam susah sikit kat budak kecik tapi mama pun macam payah dia nak sebut). Balik-balik ayah. Balik-balik ayah. Sampai panggil aku pun ayah.. Apakah...? Masuk umur 2 tahun aku dah rasa memang tak kena sangat bila Amir satu perkataan pun tak reti sebut. Bahasa yang dia guna adalah bahasa siam+nepal+jepun+jerman+rusia. Sepatah haram pun aku tak faham. Balik-balik ayah. Susu pun ayah. Tok wan dia pun ayah. Sampai tahap kalau semua orang tak faham cakap dia, dia sendiri pegi amik botol susu bagi kat kita. 'Ooooo... nak susu rupanya. Apesal nak susu ko sebut ayah? Pergila suruh ayah yang buat...' So umi boleh sambung tengok tv. Ngehngehngeh... Sampailah umur dia 3 tahun lebih, masih tak boleh bercakap. Masa tu Ibrahim dah lahir, dah setahun setengah. Mulut dah macam ...

Mengidam

Image
Assalamualaikum.. Dah lama teringin nak makan sambal tumis telur pecah. Maka suatu hari tu, aku dengan family serbu rumah kak ngah untuk lepak-lepak. Apalagi, aku terus oder nak makan apa dan apa dan apa. Air tangan kak ngah dan ibu memang sedap! Alhamdulillah.. Dapat juga makan sambal tumis telur pecah, masak lemak ayam dan tempoyak pucuk ubi. Hoyehhhhh!! Berair mulut weh! Lepas tu teringin nak makan nasi ayam dengan mihun sup. Haa.. Ni warung dekat dengan rumah aku. Meh.. Meh.. aku belanja korang bayar.. Kahkahkah Makan dengan sambal kicap kat sebelah tu.. Perghhhhh... Nangis... Nasi ayam pilihan suami. Pun aku tibai gak sikit... Kebetulan suami ada beli udang sikit. Lepas tu aku peruk dalam peti ais. Lepas tu lupa nak masak. Last-last suami request buatla maggi udang. Taraaaa... Sorry, gambar terblur.. tak sabar sangat nak makan dah. Hahahaha... Pasal bab makan ni, alhamdulillah suami tak la cerewet. Asal ada nasi dan dia kenyang dah ok dah...

Dah Lama Tak Berjumpa...

Image
Assalamualaikum.. Dah lama betul aku tak update blog. konon nak update setiap hari tapi puiii... dasar pemalas. Hukhukhuk. Bukan aku tak nak update tapi masa tak mengizinkan bila dah ada anak kecil ni. Tambah pulak Nina menyusu badan sepenuhnya jadi makin terhad la masa nak menceceh kat dalam ni. Selalu menceceh kat dalam mukabuku je.. Grrr.. Nak cerita apa pun dah tak tahu dah ni. kalau ikutkan banyakkkkk betul benda nak cerita. Tambah pula dari awal tahun sampai la ni dah dekat nak akhir tahun, satu cerita best pun tak terupdate dalam ni... Ngehngehngeh.. Kalau ikutkan nak je buka balik cerita lama tapi dah basilah kot. Kalau sanggup nak buang masa, nak membaca sebab dah takde benda nak baca, bolehla baca benda yang aku nak cerita ni. Kahkahkah.. okay.. serius tak lawak.. (-..-) Sebenarnya banyak yang aku terbantut nak cerita ni sebab takde gambar. Ofkosla kalau bercerita takde gambar akan rasa tak seronok. Tak berwarna-warni, macam baca suratkhabar tanpa gambar, bosan. Ecec...

Mak Buyung...

Image
Assalamualaikum.... Ni semua gambar semasa aku sedang mengandung anak ketiga. Lain anak, lain pengalaman mengandung. Kalau mengandungkan Amir, aku mabuk teruk sampai kena masuk wad. Mengandungkan Baem, mabuk muntah-muntah dekat 4 bulan. Mengandungkan Nina pula mabuk sampai masuk 5 blan. Jangan lepas ni mengandung mabuk 5, 6 bulan sudah... Tak larat weh... Mengandungkan Amir, aku jadi survivor. Klinik bulanan urus sendiri. Appointment hospital, pergi sendiri sampai dah sarat sangat dan kakak-kakak aku dah bising-bising takut aku terberanak dalam kereta, baru En. Suami tolong uruskan. Mengandungkan Baem, awal-awal memang aku urus sendiri. Tapi bila dah masuk 7 bulan, aku jadi mengada-ngada kalau boleh nak En. Suami ikut teman. Walhal check up bulanan je ponnnn.. Patutla sekarang Baem apa-apa mesti ayah. Umi tak laku la kalau ada ayah depan mata. Ceh... Cabaran mengandungkan Nina agak complete sikit. Aku cepat penat. Pegi klinik kalau boleh ada orang ikut (kalau boleh ya,...

Ustaz Ibrahim Afnan

Image
Assalamualaikum... Ustaz Ibrahim Afnan ya... Doakan mudah-mudahan... Amin... Encemnya anak umi ni!!!

Amir Dah Sekolah

Image
Assalamualaikum... Sekarang Amir dah sekolah dengan sepupu-sepupunya. Harap-harap dia pandai bawa diri dan yang penting dia tahu nak beritahu cikgunya bila dia nak buang air. uhuk! Amir dan sepupu-sepupu yang bersekolah sekali... Baem saja nak interframe... Hahahaha! Mood mengantuk kena paksa pergi sekolah Senyum... Jom kita ke sekolah! Alhamdulillah... Amir anak yang baik dan tidak menyusahkan cikgunya kecuali bab bercakap (ikut kata cikgu dia lah). Sekarang sangat minat dengan buku dan hari-hari nyanyi lagu abc sampai aku naik pening dengar pelatnya. Hahahaha... Amir.. Amir...

My Princess... Asma Imanina

Image
Assalamualaikum... My princess.... born on 26 th March 2014... My Princess Beberapa jam selepas kelahiran Hari kedua, ditahan di wad NICU Alhamdulillah... Rezeki dari Allah SWT My name is Asma Imanina Anak-anak adalah cahaya hidupku...