Mengidam

Assalamualaikum..

Dah lama teringin nak makan sambal tumis telur pecah. Maka suatu hari tu, aku dengan family serbu rumah kak ngah untuk lepak-lepak. Apalagi, aku terus oder nak makan apa dan apa dan apa. Air tangan kak ngah dan ibu memang sedap! Alhamdulillah.. Dapat juga makan sambal tumis telur pecah, masak lemak ayam dan tempoyak pucuk ubi. Hoyehhhhh!!
Berair mulut weh!

Lepas tu teringin nak makan nasi ayam dengan mihun sup. Haa.. Ni warung dekat dengan rumah aku. Meh.. Meh.. aku belanja korang bayar.. Kahkahkah


Makan dengan sambal kicap kat sebelah tu.. Perghhhhh... Nangis...

Nasi ayam pilihan suami. Pun aku tibai gak sikit...

Kebetulan suami ada beli udang sikit. Lepas tu aku peruk dalam peti ais. Lepas tu lupa nak masak. Last-last suami request buatla maggi udang. Taraaaa...



Sorry, gambar terblur.. tak sabar sangat nak makan dah. Hahahaha...
Pasal bab makan ni, alhamdulillah suami tak la cerewet. Asal ada nasi dan dia kenyang dah ok dah. Masalah pulak kat aku bila datang angin malas dan Nina buat perangai nak melekat je. Huhuhu... memang tak berasap la dapur.

Yang ni pulak tetiba datang mood nak membaking. Sebenarnya kali pertama try buat kek ni. Aku tak pernah baking-baking ni. Bakong adalah. Alhamdulillah, kali pertama terus jadi. Teringin nak buat lagi tapi mixer pulak rosak. Mampus la nak pukul putih telur sampai kembang. Ada sapa-sapa yang rajin?
Japanese Cheese Cake. Mari tabur cheese sampai lebam!


Semalam, disebabkan adik aku dok sebut banana cheese, maka terhasil la menu untuk minum petang.. Jengjengjeng! takpe dik, sesok ko balik kita buat lagi dan makan puas-puas ya!
Banana cheese!

Kang aku upload lagi gambar mau ada yang nangis tengok. Udah-udah la ya. Lain kali aku update lagi pasal makan-makan ni. Selalunya tak sempat pun sebab bila makanan ada je, terus gelojoh nak makan. Dah setengah jalan baru ingat nak bergambar. Tengok pinggan dah bersepah.. mana cantik.. Kahkahkah

















Comments

Popular posts from this blog

Nasi Ayam Ibu Tercinta!

Awas, Sila Berhati-Hati Dengan Perempuan Ini...

Kenangan