Bercakap
Assalamualaikum..
Sebenarnya anak aku Amir adalah kanak-kanak yang lambat bercakap. Semasa umur dia setahun setengah aku dan suami dah rasa macam ada yang tak kena. Kenapa dia tak reti panggil aku umi? (umi tu macam susah sikit kat budak kecik tapi mama pun macam payah dia nak sebut). Balik-balik ayah. Balik-balik ayah. Sampai panggil aku pun ayah.. Apakah...?
Masuk umur 2 tahun aku dah rasa memang tak kena sangat bila Amir satu perkataan pun tak reti sebut. Bahasa yang dia guna adalah bahasa siam+nepal+jepun+jerman+rusia. Sepatah haram pun aku tak faham. Balik-balik ayah. Susu pun ayah. Tok wan dia pun ayah. Sampai tahap kalau semua orang tak faham cakap dia, dia sendiri pegi amik botol susu bagi kat kita.
'Ooooo... nak susu rupanya. Apesal nak susu ko sebut ayah? Pergila suruh ayah yang buat...'
So umi boleh sambung tengok tv. Ngehngehngeh...
Sampailah umur dia 3 tahun lebih, masih tak boleh bercakap. Masa tu Ibrahim dah lahir, dah setahun setengah. Mulut dah macam murai tercabut ekor. Pot pet pot pet. Tapi Amir masih lagi tak boleh bertutur dengan baik. Satu-satu perkataan yang keluar, itupun bunyi amik hujung-hujung je. Terpinga-pinga orang nak faham. Tapi sebagai ibu yang penyayang, macam mana susah pun dia nak bertutur, aku tetap faham apa yang nak diceritakan. The power of MAMA. Hahahahaha
Kebetulan, kakak aku buat satu majlis munajat kat tempat dia di Hulu Langat. Tetamu masa tu Kh. Zainul Ariffen dari Jawa Timur. Kiyai ni adalah seorang yang alim dan terkenal di tempatnya. Selesai bermunajat, aku mohon jumpa dan minta didoakan Amir yang masih belum boleh bertutur dan keselamatan aku yang tengah mengandung. Kh. Zainul lalu mendoakan kami dan Amir diberikan air untuk diminum.
'InsyaAllah.. akan lancar pertuturannya selancar membaca Al Fatihah dengan baik' katanya.
Air tersebut aku campur dalam bancuhan susu Amir. Ikhtiar dah betul yang selebihnya minta pada Allah. Semuanya Allah yang punya kuasa.
Tak lama lepas tu, Amir semakin banyak menyebut perkataan. Makin banyak ayat-ayat pendek yang lancar di mulutnya. Sekarang ni, aku pulak yang pening kepala dengar dia mengadu. Dan semakin seronok ajak dia bersembang. Sejak sekolah ni, lagi banyak cerita yang dia nak cerita.
Ibrahim jangan ceritala, si murai mak nenek sorang tu. Ceh!
Alhamdulillah.... \(-o-)/

![]() |
| Happy Birthday Amir yang ke 5, 20 okt 2014 |
![]() |
| Baem yang sibuk nak besday jugak |
![]() |
| Mari posing anak umi! |
![]() |
| Ok, Nina dah boring... |

Comments
Post a Comment