Posts

Birthday Amir

Image
Assalamualaikum... Happy Birthday Amir Nur Ikhwan yang ke 6. Alahai.. dah sekian lama baru perasan tak update lagi hok ni. kesian anak aku.. Semoga Amir menjadi anak yang soleh! Semua orang nyanyi lagu kuat-kuat! Potong kek pun belasah dalam loyang terus.. Kahkahkah! Senyum! My princess! Kakak-kakak dah siap buat 2 biji kek. 1 lagi bawa balik untuk makan sama ayah. So malam tu kita celebrate sekali lagi birthday Amir. Tapi macam biasa yang lebih teruja adalah umi ayah! Diaorang pulak yang lebey-lebey! Yappada! Nyanyi lagu birthday kuat-kuat Baem! Kuat lagi Baem.. sambil effect tepuk tangan! Oyehhhh! Tak habis lagi nyanyi... Muka Amir dah bosan tunggu Baem habis nyanyi.. Kahkahkah! Ni sapa punya birthday sebenarnya? Meh tepuk lagi.. hahahaha Nina juga yang relex buat hal sendiri...hikhikhik! Sekian.

Nina Terbang!

Image
Assalamualaikum.. Oh, sesi mengorek lagi. Memang takkan habis la... Hadap jelah ye. Hihihi! Dulu masa Nina kecil lagi suka betul Wak Khidir ni menimang Nina dengan sebelah tangan. Elok le pulak Nina pandai imbang badan tak jatuh. mula-mula aku naik seram. Dah selalu sangat Wak Khidir ni buat aku jadi ok. Nina pun nampak suka! Tapi En. Suami tak berapa suka sesi menimang anak gaya gini. Dia bimbang Nina jatuh.  'Jatuh anak ayang tanggungjawab tau!' 'Yalah, yalah.. tak buat dah.' Tapi asal jumpa Wak Khidir, aku suruh dia timag Nina sebab aku suka tengok Nina imbang badan dia sambil gelak-gelak. Comel buat Umi geram je lah awak ni! Pertama kali buat terus comel!.. Haish... Aku kat sebelah dah ready nak sambut Nina kalau dia nak jatuh Muka konfiden je ko yek! Gaya macam dia dah pandai berdiri je.  Sekarang Wak Khidir pun dah tak kerja kat sini. Nina bukan setakat pandai berdiri, berlumba lari pun dah terel. Haha...

Kunjungan Silaturrahim

Image
Assalamualaikum... Eh, jumpa lagi gambar kenangan. Ni masa aku dalam pantang melahirkan Nina Mac 2014. Dah dekat 2 tahun dah terperuk gambar ni. Basi dah... Apapun jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat aku zaman sekolah kerana sudi datang menziarah aku. Semoga ukhuwah kita berkekalan. Aamiin... Yang datang masa ni Linda, Syimah, Tiqah & Hasanah. Ada adik Syimah sekali ni kalau aku tak silap. Punyalah lama kitaorang tak jumpa last-last masa dalam pantang jugakla baru bertemu. Tapi yang tak bestnya bila dalam pantang ni tak dapat ikut diaorang gi berjimba-jimba ke lain pulak (ada hati lagi tu nak berjimba. Kahkahkah!). Dari kiri : Linda, Syimah, aku yang comel, Tiqah & Hasanah yang tengah pegang Nina. Syimah bawa baby dia juga Baby Syimah menggayakan crochet hasil tangan anakbina. Siap kena paksa beli lagi tu. Hahahaha! Sempat pulak kakak aku mempromote beg/bantal hasil kait diaorang. Hambik.. pilih pilih tapi jangan lupa bayo! Kah...

Balik Sarawak

Image
Assalamualaikum.. Ni cerita zaman tok kadok kot tapi takpe, sengaja aku rakamkan dalam blog ni sebagai kenangan anak-anak aku. Seperti biasa setiap tahun kami berpeluang balik ke kampung halaman En. Suami di kuching, Sarawak. So memang jakunla pada mulanya sebab dapat naik kapal terbang aka belon. Paling seronok dah tentu 2 anak bujang aku ler. Seronok sungguh diaorang tengok kapal terbang kat airport tu... huhuhu Siap posing berlatarkan kapal terbang Inilah kapal terbang yang bakal bawa kami pulang ke kampung halaman En. Suami. Eh.. Eh.. Nina pun ada! Inilah kali pertama Nina naik kapal terbang. Tapi Nina kena dok atas riba umi tau... Sukanya dia! Macam biasa hari pertama sampai aku dah ngidam nak makan mee kolok. Pinjam kereta abang ipar dan kami terus ke Kg. Boyan untuk menikmati mee kolok. Angkut sekali mak dan apak. Aku lupa apa dah nama air ni tapi boleh tahan je la rasanya. Oyehhh.. mee kolok dah sampai Wajib ada sambal...