Kunjungan Silaturrahim


Assalamualaikum...

Eh, jumpa lagi gambar kenangan. Ni masa aku dalam pantang melahirkan Nina Mac 2014. Dah dekat 2 tahun dah terperuk gambar ni. Basi dah...

Apapun jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat aku zaman sekolah kerana sudi datang menziarah aku. Semoga ukhuwah kita berkekalan. Aamiin...

Yang datang masa ni Linda, Syimah, Tiqah & Hasanah. Ada adik Syimah sekali ni kalau aku tak silap. Punyalah lama kitaorang tak jumpa last-last masa dalam pantang jugakla baru bertemu. Tapi yang tak bestnya bila dalam pantang ni tak dapat ikut diaorang gi berjimba-jimba ke lain pulak (ada hati lagi tu nak berjimba. Kahkahkah!).



Dari kiri : Linda, Syimah, aku yang comel, Tiqah & Hasanah yang tengah pegang Nina.

Syimah bawa baby dia juga

Baby Syimah menggayakan crochet hasil tangan anakbina. Siap kena paksa beli lagi tu. Hahahaha!

Sempat pulak kakak aku mempromote beg/bantal hasil kait diaorang.

Hambik.. pilih pilih tapi jangan lupa bayo! Kahkahkah!

Tokey besar ni. Tengah tayang emas badan. Kahkahkah!

Awat Linda? Pening nak pilih mana cantik ke? Hehehehe...
Apapun terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi datang. Sekarang ni zaman moden. cerita, gelak ketawa, kabar berita di hujung jari je. Tambah pula bila ada whatsup, telegram, hubungan menjadi mudah. Kadang-kadang bila rindu kami throwback gambar-gambar lama. Memang jadi gelak ketawa. Sayang korang semua! Muahhhhh!!!

Muahh lagi la! Muahhhhhh!!!

Update: godek-godek jumpa gambar ni. Pun aku tengah dalam pantang lagi. Hasanah datang dengan Samihah pulak. Sempat la kami posing sebagai kenangan.
Samihah yang manis, Hasanah yang slumber & aku yang selekeh. Kahkahkah!

Masa ni adik aku pun ada sekali.

InsyaAllah.. semoga ukhuwah berpanjangan...

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Ayam Ibu Tercinta!

Awas, Sila Berhati-Hati Dengan Perempuan Ini...

Kenangan