Nina Terbang!

Assalamualaikum..

Oh, sesi mengorek lagi. Memang takkan habis la... Hadap jelah ye. Hihihi!

Dulu masa Nina kecil lagi suka betul Wak Khidir ni menimang Nina dengan sebelah tangan. Elok le pulak Nina pandai imbang badan tak jatuh. mula-mula aku naik seram. Dah selalu sangat Wak Khidir ni buat aku jadi ok. Nina pun nampak suka!
Tapi En. Suami tak berapa suka sesi menimang anak gaya gini. Dia bimbang Nina jatuh. 

'Jatuh anak ayang tanggungjawab tau!'

'Yalah, yalah.. tak buat dah.'

Tapi asal jumpa Wak Khidir, aku suruh dia timag Nina sebab aku suka tengok Nina imbang badan dia sambil gelak-gelak. Comel buat Umi geram je lah awak ni!



Pertama kali buat terus comel!.. Haish...

Aku kat sebelah dah ready nak sambut Nina kalau dia nak jatuh

Muka konfiden je ko yek!






Gaya macam dia dah pandai berdiri je. 
Sekarang Wak Khidir pun dah tak kerja kat sini. Nina bukan setakat pandai berdiri, berlumba lari pun dah terel. Hahahaha.. Pasni Wak Khidir timang baby sendiri la ye. 
Ni aku masukkan Nina dalam pasu bunga besar masa teman kakak aku membeli pokok bunga.

Debab Nina masa ni.
Balik dari shopping bunga, bawa anak-anak terjun sungai jap. Seronokla memasing dapat berendam bagai.
Ultraman!

Raksasa!

Hokey.. habis sesi posing. Nak mandilah pulak Umi!
Dan-dan tu juga Wak Khidir ni ada. Sesi timang Nina lagi.
Dengan gaya debabnya...

Amboi dik.. sukanya awak!

Hoyehhhhhh!!



Yeeeehaaaa!!! Berjaya buat Umi saya gerammmmmm kat saya!
Seronok tengok zaman kecil anak-anak. Simpan.. selagi ada kenangan..

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Ayam Ibu Tercinta!

Awas, Sila Berhati-Hati Dengan Perempuan Ini...

Kenangan