Kelahiran Yang Dinanti.. - Part 3
Assalamualaikum...
"Hei awak, nak pegi mana tu?" aku terus pusing bila dengar misi sorang tu jerit kat aku.
"Ntah, kata suh masuk labor room?"
"Labor room tu kat mana?" aik, misi ni tanya aku pulak. Misi tu buat muka nyampah. Aku lagi tarik muka menyampah 2 kali ganda. Dahlah kita tengah sakit, boleh pulak dia buat soalan kuiz kat sini.
"Labor room tu kat sini. Awak ingat kat mana?" misi tu tanya sambil buka pintu kat dalam wad 3 tu. Aku yang dah sampai pintu besar kat depan tu terus patah balik ikut dia dan sempat aku smash dia sekali.
"Saya ni beranak sulung. Tak pernah masuk labor room mana-mana wad pun. Mana saya tau letaknya kat mana-mana dalam hospital ni!" bidas aku. Ini antara pengalaman yang paling aku ingat sebab masa dia jerit kat aku tu, banyak mata tengah memandang. Bengkek betul aku tambah dengan malu.
Bila masuk labor room tu maka taulah aku ini bilik untuk bersalin yang sebenar. Dalam tu dah siap bilik-bilik kecil dan atas katil tu ada ibu-ibu yang tengah bertarung nak melahirkan. Macam-macam bunyi. Macam-macam suara. Doktor pakar yang buka jalan untuk aku pun ada. Mulutnya bising mengarah itu ini. Aku ditempatkan dalam bilik rehat doktor yang telah diubahsuai jadi bilik bersalin sebab dengarnya katil untuk bersalin tak cukup. Punyalah ramai yang nak bersalin kat hospital ni.
Toleh je kanan alahai akak yang sama-sama check masa maghrib semalam la. Dia tengah mengaduh-ngaduh sakit.
"Aik, bukan ke semalam doktor suruh balik?" aku bertanya.
"Ye.. Jam 3 pagi sakit makin kuat rupanya jalan dah buka banyak. Datang je hospital terus masuk labor room tak sempat masuk wad dah" jawabnya sambil berpeluh-peluh.
Misi siapkan aku. Betulkan baju, pasang alat pengesan bunyi jantung baby di perut, ambil tekanan darah dan suruh aku berehat. Masalahnya akak yang kat sebelah tu asyik mengaduh je. Aku buat-buat tak dengar. Bila sakit dah hilang dia boleh pulak berborak dengan aku. Tengah berborak, aku pulak sakit, dia boleh pulak tunggu sampai aku hilang sakit lepas tu berborak lagi. Yang jadi gitu sebab bilik tu hanya kami berdua dan tak ada langsir nak jadi penghalang antara kami. Tapi akak ni betullah.. buat aku jadi tension nak bersalin. Dia suka menjerit. Panggil misi terjerit-jerit bila dah tak tahan sampai kena marahlah dengan bidan.
"Cuba tengok orang sebelah awak tu. Diam je. Dia lagi sakit sebab anak sulung. Awak tu dah pernah beranak. Sabar la sikit..." dan pot pet #$%@^&@ (ni malas aku nak taip, korang agak sendiri le ayat apa yang bidan tu cakap).
Hampir tengahari dia berjaya bersalin setelah terjerit-jerit panggil misi. Aku agak bidan suruh je dia meneran sebab malas nak layan dia menjerit. Sudah dia bersalin aku pulak yang mengalami kontraksi yang makin kuat dan lama. Kejap-kejap misi datang jenguk. Masa tu tinggal aku seorang kat dalam bilik tu. Bila dah 5 cm doktor pecahkan air ketuban aku. Memula buat tu doktor lelaki, tapi aku agak dia ni tak mahir lagi dan tak pecah-pecah ketuban aku. Datang je doktor pakar tu terus bebel benda macam ni pun tak boleh buat. Dia buat sekali jolok je terus menyembur air ketuban.
"Eh, banyaknya air ketuban!" kata doktor pakar tu. Yang aku sempat tengok, doktor lelaki tu terkial-kial tadah air ketuban aku, lepas tu doktor pakar tu suruh buang, dia angkat bekas kecil tu terus tertumpah sikit atas lantai dek kerana penuh. Hehehe.. sorry doc!
Lepas tu semua doktor hilang. Sedar-sedar hanya ada seorang misi dok berjuntai kaki kat katil sebelah menunggu aku.
"Sakit misi..." aku merintih...
"Sabar kak. Jap lagi kak.. zikir banyak-banyak" dia gosok-gosok belakang aku. Sakit jangan ceritalah. Memang sakit. Terlalu sakit.
Hampir jam 3.30 petang baru lah sekumpulan bidan dan doktor datang keliling katil aku. Bidan suruh aku pusing dan check jalan bersalin. Dah 7cm katanya. Lama jugak adik ni sakit, dah makin lemah dia ni. Aku dengar misi tu bercakap sesama dia. Aku dah sampai tahap terteran-teran sendiri. Setiap kali terteran, darah yang keluar. Tu aku dengar misi yang cakap. 2 kali aku kena tukar alas baring sebab banyak sangat darah yang keluar.
Akhirnya hampir jam 4 petang barulah jalan bersalin aku mencapai 10cm. Terus misi dan doktor bagi kata-kata semangat suruh aku meneran. Tapi aku cakap betullah. Masa ni aku dah tak rasa apa. Aku tibai teran je. Tapi tak lepas-lepas. Tetiba aku rasa mengantuk sangat.
"Penat. Nak tidur..."
"Heiiii.. jangan tidur! Kepala baby dah keluar tu. Dah nampak rambutnya hitam..." jerit bidan kat aku. Aku terus lemah, badan rasa kebas. Mengantuk.
"Tak boleh jadi ni" kata bidan. Lepas tu dia suruh panggil seorang lagi bidan. Yang ni ganas sikit. Dia datang terus dia golek-golekkan perut aku dan serta merta rasa sakit tu datang tanpa henti sampai aku terjerit. Lepas tu aku terus meneran tak henti-henti. Aku rasa banyak kali la jugak aku meneran dan tepat jam 4.04 minit tiba-tiba terasa benda panas keluar. Misi, doktor dan bidan terus bersorak-sorak. Tapi serta merta juga diaorang terus berhenti bersorak dan kelam kabut...
Apehal?

Comments
Post a Comment