Kelahiran Yang Dinanti - Part 1

Assalamualaikum...

"Dah berapa hari tak gerak?" suami buat muka serius. Aku tunjuk jari 2 sambil laju -laju sedut mihun masuk mulut. 
"Nak pegi hospital tak?" dia toleh tengok aku yang dah macam orang kebulur makan tak pandang kiri kanan. Wei, masa ni aku mengandung weh. Perut akan sentiasa lapar. aku cuma angkat bahu.
"Kita pegi klinik dulu la. Kalau takde apa-apa buat malu je nak pegi hospital". Aku angguk laju-laju sambil berusaha telan bakso yang rasa macam nak tersangkut kat tekak. Hah, tu babak pertama baru tu. So, lepas makan kami terus ke klinik yang terletak kat sebelah pasar malam tu. Doktor scan, tengok baby takde masalah tapi aku dah cukup bulan untuk bersalin. Tapi disebabkan aku ada kencing manis, doktor suruh jugak pegi hospital.

Hari dah petang menjengah ke maghrib. En. Suami drive kereta santai-santai sambil borak-borak dengan aku. Sebenarnya baby aku kurang gerak bukan tak gerak langsung. Oleh kerana setiap kali pegi klinik nurse pesan kalau kurang gerak terus ke hospital maka terjadilah adegan seperti babak di atas. Masa ni aku dah stand by beg kecemasan dalam keta dan buku merah (buku ibu mengandung ya bukan buku merah belum tamat tempoh!) memang sentiasa dalam handbag. Kami pegi hospital tu pun bukan kerana aku dah sakit nak bersalin. Jadi kami jangka lepas check up semua kami solat maghrib kat masjid dan balik rumah tidur sebab perut dah kenyang makan bakso kat pasar malam. 

Tapi lain pulak jadinya bila sampai di hospital...

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Ayam Ibu Tercinta!

Awas, Sila Berhati-Hati Dengan Perempuan Ini...

Kenangan