Mari Kita Naik Ngeng Ngeng!


Assalamualaikum..

Anak-anak lelaki biasanya sangat teruja dengan backhoe. Seronok sangatla diaorang tengok backhoe tu tergedik-gedik bergerak atas jalan sedangkan mak diaorang merungut-rungut kerana backhoe tu telah mengakibatkan jalan jadi slow macam siput! Hahahahaha...

Paling seronok bila dapat potong backhoe tu, sampai ke belakang diaorang tengok sampailah backhoe tu hilang dari pandangan. Tak boleh blah lagi bila dah selisih tu masing-masing melopong dengan penuh kekaguman seolah-olah mereka telah melihat kenderaan paling hebat di dunia. Kahkahkah.. 

Tapi anak-anak aku panggil backhoe atau kren atau bulldozer atau kenderaan jenis sewaktu dengannya dengan panggilan NGENG NGENG! Sebab benda tu bunyi ngenggggggg je kuat kot. Hahahahaha...

Nak jadi rezeki diaorang apabila satu hari aku ke Kemperkid, tiba-tiba tercongok satu backhoe, parking betul-betul depan dewan solat.

Memang dan-dan tu jugaklah diaorang terpekik-pekik histeria dek kerana merasa ajaibnya abah mereka (panggilan semua anak-anak, anak saudara kepada Ustaz Masridzi) mampu 'membeli' sebiji backhoe yang sangat besar.

Sebenarnya abang ipar aku sewa backhoe tu untuk kerja-kerja meratakan tanah bagi membina dataran kat tengah-tengah antara dewan solat dengan kantin. So, apa-apa majlis kat tengah tu dah cantik nak pasang khemah atau nak buat tempat parking.

Jom tengok aksi-aksi teruja serta jakun Amir, Baem, Eel dan Ekin.

Saksikanlah... Kahkahkahkah!



Ok, kat sini tempat brek kot...

Ekin tukang drive ye, Eel jaga signal, Amir tekan minyak...

Mari sama-sama pusing stereng... Hiyahhhhh!!!

Perasaan penuh teruja dan kekaguman...


Peace!

Mata pandang kat abah takut kena sergah sebab naik tanpa izin... Kahkahkahkah
Masa kejadian di atas Ibrahim tak ikut serta maka terlepas la peluang dia nak menjakun dengan backhoe. Balik rumah Amir pegi tayang gambar-gambar mereka berseronok dengan backhoe. Apalagi mengamuk sakan la si adik. Esok pagi-pagi tanpa sempat mandi aku dah kena bawa Ibrahim ke lokasi yang sama. Hah.. hamik ko, bergambar la puas-puas. Balik kang ko tayang pulak kat bang Amir.

Bawa ngeng ngeng sambil tutup mata.. Ko hadoo!

Kaki tak sampai tapi ada hati nak bawa backhoe ngko..

Teruja gila Baem!


Tak puas hati pegang stereng, meh posing kat belakang backhoe pulak


Habis posing kat belakang, jom posing kat sodok besar pulak. Hamikkk... abang Amir takde posing yang cenggini kan!


Baem nak buat peace tu tp tak pandai lagi, semua jari diangkatnya.. 

Tak cukup kat sodok, kita posing atas tayar bapak besar ngeng ngeng!

Posing kasi nampak pusat sekali.. baru masyukkkk

Seronok tengok ragam anak yang macam-macam. Actually ni semua gambar lama... Korang pun  maklum ye ketidaksempatan aku nak update blog hari-hari padahal dalam kepala idea mencurah bagai nak pecah.

Selamat menikmati pengalaman hidup anak-anakku...


Comments

Popular posts from this blog

Nasi Ayam Ibu Tercinta!

Awas, Sila Berhati-Hati Dengan Perempuan Ini...

Kenangan