Ayah Mandikan Baby
Assalamualaikum..
Masa aku dalam pantang, banyak kali jugak En. Suami bisik-bisik ajak balik rumah.
'Jomla balik... Abang teringin nak mandikan babyla yang..'
Aku berpantang kat rumah kakak disebabkan ibu ke Jordan dan kat rumah kakak lebih ramai pembantu yang boleh minta tolong berbanding kalau aku berpantang sorang-sorang kat rumah.
Dah masuk minggu ke tiga dalam pantang, aku mula ikut En. Suami balik rumah untuk menemaninya bermalam. Pagi-pagi lagi En. Suami akan hantar semula ke rumah kakak sebelum dia pergi kerja. Mujurla rumah aku dengan rumah kakak sangat dekat dan tidak perlu berpijak tangga pun. Sekadar hulur kaki turun dari kereta dan terus masuk rumah.
So, suatu pagi hari minggu yang tenang, En. Suami dah angkut besen merah ke dalam rumah. Siapkan air mandi baby dan terus teruja nak mandikan Nina. Semua anak-anak En. Suami pernah mandikan ketika dalam pantang. Aku je yang tak pernah sebab aku rasa susah nak bertimpuh semasa mandikan baby. Daripada anak aku jatuh dalam besen, baiklah ada orang lain yang mandikan dia. Hahahaha..
![]() |
| First step mestila buka baju baby. Awww.. |
![]() |
| Nina sedap sungguh tidur, tak sedar apa ayah buat kat dia. |
![]() |
| Cuci-cuci montot Nina, baby besar ni memang kuat berak. Memang selalu kena tukar pampers, nanti merah pulak montot dia. |
![]() |
| Tu dia... Pun ayah yang buatkan Nina, Umi tau dok tepi sambil ambil gambar, sambil makan biskut cecah milo. |
![]() |
| Cuci muka Nina sambil berselawat. |
![]() |
| Basuh kepala Nina |
![]() |
| Mandikan dan sabunkan baby wangi-wangi |
![]() |
| Aku pun dah lupa Nina menangis ke tak masa ni. Huhuhu.. |
![]() |
| Cuci-cuci tangan Nina sebelum bilas dengan air dalam jag. |
![]() |
| Dah siap pun! |
Part pakai baju biasanya aku yang buat. Dapat En. Suami yang rajin mandikan baby ni pun aku dah bersyukur sangat dah. Walaupun ada part En. Suami tak sebagus suami orang lain tapi dialah yang terbaik untukku dan yang paling aku cinta.
Bukankah Allah jadikan manusia berpasang-pasangan dan setiap pasangan itu akan mengimbangi kekurangan satu sama lain?
Dialah jodohku yang telah ditetapkan Allah. Dialah sebaik-baik suami yang Allah kurniakan untuk aku. Dan aku sentiasa berdoa, biarlah ikatan jodoh kami ini bukan hanya di dunia, tetapi sampai ke syurga.
InshaAllah...













Eh? Ini Nina the 2nd ker Nina yang sama?
ReplyDeleteWahahaha... dah tentu Nina the first. Yang second belum lagi la. Pintu masih tertutup lagi. Wahhhh!
ReplyDeleteWahahaha... dah tentu Nina the first. Yang second belum lagi la. Pintu masih tertutup lagi. Wahhhh!
ReplyDelete