Kelahiran Nina
Assalamualaikum..
Dah lama tak jenguk blog basi ni. Mood ke laut nak berceloteh. Banyak sangat ujian dan dugaan yang menimpa. Tak tahu mana satu nak di luah. Hanya Allah swt sahaja yang menjadi tempat mengadu. Semoga aku menjadi manusia yang kuat, cekal, ikhlas dan redha...
Oloh oloh oloh.. Tulis status macam hapa. Kahkahkahkah...
Serius.. kita tak tahu apa ujian Allah nak bagi kepada kita. Mungkin ujian yang menimpa itu sebagai tanda kita kena kembali kepada Allah. Mungkin banyak kekurangan dan kelekaan yang aku tak sedar sehingga Allah menghantar sedikit ujian bagi menduga kita untuk mensyukuri nikmat Nya... Lantas memperbaiki diri supaya lebih mendekati Nya dan sentiasa mengingati Nya..
Doktor dah bagi due date pada 28 Mac untuk aku melahirkan Nina kalau dia masih tak nak pusingkan kepala ke bawah. Tetapi aku kena hati-hati. Kalau rasa sakit dah sampai, pergi je hospital.
PERGI JE HOSPITAL!
Ceh..
26 Mac, jam 2 petang aku dah mula rasa tak selesa. Jam 4 petang dah mula rasa contraction. Haih.. macam nak beranak je nih. Siap tengok minit. 20 minit sekali sakit kemudian 5 minit. Kemudian rehat setengah jam. Kemudian sakit balik selang 5 minit. Sampai tahap tercungap-cungap baru aku call En. Suami suruh balik. Tapi masa tu aku kat RKP, jadi ramai la tukang tengok dan tunggu aku menahan sakit. Ibu pun dah risau sangat dah.
Jam 5 baru En. Suami sampai, siap belikan mee udang. Aku sebelum tu dah bising teringin nak makan mee udang sebelum bersalin. Tak fikir panjang aku terus makan mee udang sambil tahan sakit. Habis semangkuk, siap hirup kuah. Licin. Hahahahaha!
Jam 6 petang aku ajak En. Suami balik. Mandi bagai siap syampu rambut. Pastu gigil-gigil dalam bilik air tahan sakit. 6.30 petang sampai ke hospital terus sengih-sengih masuk PAC.
'Puan! Dah buka 4 cm ni!'
'Eh, saya start sakit jam 4 tadi je. Baru je sakit dah 4 cm?'
'Puan, ni anak ketiga. Bukaan bersalin tambah cepat'
Dush!
'ABANGGGGGGG!'
Rasa nak melolong terus kat situ.
'Puan anak puan breech ni. Confirm kepala kat atas. Kita kena buat emergency operation terus ni. Siapkan puan ni terus dari sini. Nurse, tolong call OT bagitau ada urgent case. Puan ada makan apa-apa tak?'
'Ada. Mee udang semangkuk, licin pinggan'
'PUANNNNNNNN!! Kenapa puan makan?'
Haih.. makan pun salah ke?
'Puan berisiko besar kalau buat operation macam ni. Ada risiko makanan masuk ke paru-paru. Kalau bermasalah mungkin kena operation lain pulak.'
Ok. Part apa doktor bebel lepas tu aku dah tak ingat dah. Aku dah seriau gila dah. Terus doktor panggil En. Suami untuk terangkan risiko yang terpaksa aku hadapi. Sampai banyak kali aku minta nak jumpa En. Suami tapi tak dapat sebab doktor masih lagi memberi penerangan kepada dia dan dia kena sign satu borang sedia menanggung risiko. Meleleh airmata weh sebab aku langsung tak duga akan jadi begini. Aku dengar yang doktor tadi skip dua patient untuk bagi laluan kat aku dulu. Dan-dan kat PAC tu jugak aku salin baju untuk operation. Terus naik katil, pakai sarung kepala, masuk tiub kencing, sign borang kebenaran dan stand by lampu hijau dari OT. Pergh... perasaan masa tu semua ada. Ini kali pertama aku bersalin secara czer. Macam-macam gambaran terbayang. Sambil mulut tak berhenti berzikir sebab kontraksi semakin kuat.
Dalam tengah aku tunggu nak jumpa En. Suami, aku ditolak masuk ke dalam lif. Tak sempat jumpa En. Suami. Menangis aku depan nurse. Tak sempat nak call ibu minta maaf. Semua berlaku sekelip mata, sepantas kilat. Dalam ruang menunggu, aku diminta sign lagi borang dan sahkan sign aku pada borang kebenaran. Doktor bius tanya aku nak apa-apa tak. Tak. Cuma saya rasa nak kencing sangat-sangat. Hahahaha.. Rupanya bila pakai tiub kencing tu rasa macam kencing tak lawas. Tak selesa betul!
Masa tu OT tengah disediakan untuk aku. Time tu jugakla tiba-tiba aku menggigil-gigil tak tahu kenapa. Siap aku boleh tanya doktor apesal saya menggigil ni doktor? Ntah, sebab bilik ni sejuk sangat kot. Pulak... tapi serius bilik tu memang sejuk.
Tak lama kemudian aku ditolak masuk ke OT. Pergh... gerun tengok lampu besar. Tapi sebab mata aku rabun, aku kurang nampak sangat detail OT ni. Pakar bius yang ada cukup ramah. Terangkan prosedur bius dan risiko-risikonya. Tak cerita pun takpela doktor. Aku dah cukup gerun tengok bilik je. Kemudian doktor cucuk bius kat belakang aku. Serius, tak sampai 10 minit, terus sakit kontraksi hilang. Baru aku boleh bernafas dengan betul. Masa ni doktor dan pembantunya dah siap-siap letak kain, steril perut (yang ni sejukkkkkkkk je rasa) dan rentang kain konon tak nak bagi kita nampak prosedur pembedahan (kalau bagi tengok, maunya aku pengsan tanpa perlu dibius. Ngeh..).
Doktor tanya kot aku rasa apa-apa. aku kata kaki boleh gerak lagi. Sini rasa geli lagi, hujung kaki boleh gerak-gerak lagi. Tu rasa apa doktor. Ni kenapa doktor. Sampai satu tahap, doktor perempuan yang sorang lagi datang dan cucuk bahu aku.
'Sakit tak puan?'
'Sakit!'
Dia cucuk perut aku pulak.
'Sini?'
'Ok. Tak rasa dah'
Kemudian doktor bius yang ramah tu datang dekat.
'It's okay puan. Memang akan rasa seperti perut kita di godek-godek, Tak selesa tapi puan dah tak rasa sakit pun. Banyakkan selawat dan baca la bismillah..'
Rupanya masa doktor tu pujuk aku, pakar bedah dah pun belah perut aku tanpa aku sedar. Hahahaha... punyala takut ngko! Rasanya tak sampai 10 minit, aku rasa Nina dah keluar dan doktor letak atas peha aku. Aku tanya doktor, baby dah keluar ke? Doktor bius yang dok berilek-rilek sambil dengar lagu kata dah puan. Tahniah!. Pergh... memang sekejap je proses nak keluarkan baby. 6.30 masuk PAC, 8.18 malam Nina dah selamat keluar. Cepatnya! Apa yang tak cepat adalah proses menjahit. Yang tu memang aku rasa Ya Allah.. lamanya! Nina pulak doktor bagitau dia ada masalah pernafasan so kena refer ke wad SCN. Sempat nurse tunjuk tuttt Nina dan bagi aku cium Nina.
Dan-dan lepas tu badan aku menggigil-gigil lagi dan start mula rasa gatal-gatal. Doktor bius tanya aku ok tak. Aku kata aku menggigil dan gatal-gatal. Dia bagitau gatal tu adalah alahan kepada morfin. Tang menggigil tu dia bagi warmer kuat sikit bagi aku selesa. Serius... aku tak rasa selesa pun, aku tetap menggigil. Bila dah siap dan aku ditempatkan di ruang menunggu, aku sambung menggigil balik dan kali ni dengan lebih kuat. Tak boleh control punya menggeletar. Sampai nurse bagi warmer kiri kanan, aku tetap menggigil sampai berbunyi katil.
Aku rasa lama jugak aku kat situ sementara tunggu nurse wad bersalin datang ambil. Dalam wad baru En. Suami datang tersenyum-senyum. Seronok dapat baby girl agaknya. Tapi baby aku kena tahan SCN untuk pantauan sementara. En. Suami cerita dia sempat tengok baby, nurse tunjuk tapi tak sempat nak pegang dan iqamat sebab nurse yang bawa tu laju je lari masuk SCN. Lepas tu baru dia dapat iqamatkan Nina. Dalam sejam kemudian baru Nina dipulangkan kat aku. Tapi masa tu aku tak boleh gerak, badan asyik gatal-gatal. Tambah pulak sepanjang malam baby katil depan aku asyik menangis je. Kesian.. dengan aku tak boleh tidur.
![]() |
| Nina selepas beberapa jam dilahirkan. |
![]() |
| Baik je Nina masa ni. Baby lain menangis, Nina tidur je. |
Rupanya bila baby kita kurang menangis bermakna dia bermasalah. Pagi tu aku cuba bangun untuk ke bilik air, bila aku balik ke katil, nurse bagitau baby akak ni bermasalah ni. Saya kena panggil doktor peadeatrik ni. Dah apehal ni..
So Nina didapati ada sedikit kuman dalam darah dan dia kena masuk SCN untuk antibiotik selama 5 hari. Adusss...
![]() |
| Patutla aku nak susukan dia tidur je. Tak aktif, rupanya tak sihat ya sayang.. |
![]() |
| Ni Nina dalam SCN. Kesian tengok tangan halus kena cucuk. |
Sepatutnya aku boleh bersama dengan dia dalam wad kanak-kanak khas tapi sebab lepas tu aku kena migraine yang sangat teruk, doktor suruh aku balik dulu berehat. Serius sakit kepala aku tahap gaban sampai aku boleh suruh nurse atau doktor jangan buka langsir, mata tutup tudung setiap masa. Macam mana nak jaga baby? So Nina masuk balik SCN, dan aku balik rumah berehat. Tapi hari-hari aku kena ke hospital untuk susukan Nina. Dah tinggal sehari tu nurse tanya tak nak duduk wad ke? Aku tak nak sebab tak lama dah. Esok Nina dah boleh balik dah.
![]() |
| Hari pertama Nina keluar hospital. Hari ke 5 Nina dilahirkan. Welcome home baby! |
![]() |
| Tengok tangan halus Nina bekas kena cucuk. Hukhukhuk! |
![]() |
| Test baju untuk kenduri aqiqah by Cik za. |
![]() |
| Nina dengan Cik Su |
![]() |
| Dalam kelambu hadiah Bonda Rin |
![]() |
| Macam kukon dah. Hahahaha! |
![]() |
| Boleh kak Jannah sumbat Nina dalam beg! haila.. haila.. |
![]() |
| Posing sebelum cukur rambut. |
![]() |
| Bagi pose seksi sikit |
![]() |
| Alhamdulillah.. selamat dicukur botak. Huhuhuhu! |
Entri ni dah basi lama dah. Nina sekarang pun dah setahun lima bulan. Dah pandai bergaya, dah tahu nak melawa, dah reti nak merajuk, dah bijak nak bergaul bermain dengan abang-abang, sepupu-sepupu. Semoga menjadi anak yang solehah ya sayang!
Muahhh!















Comments
Post a Comment