Posts

Kenangan

Image
Assalamualaikum... Sekali sekala kenangan datang menjengah,  rindu akan masa yang telah dilalui, ada manis ada yang pahit, mengingati yang berlalu menjadi kenangan, yang tak mungkin akan datang kembali.. Selamatlah sekalian anak didikku, walau dimana dikau berada, masa tidak boleh diputar kembali, walau diri ini sering dicemuh dan dibenci, mengertilah, kalian tidak pernah ku benci, malah bangga dan lega mendengar cerita, kalian kini seorang ibu, kalian kini seorang anak yang menyenangkan, kalian kini seorang yang berjaya setelah melalui kepahitan.. usah dikenang kami disini, kami senang-senang sahaja, hanya secebis kenangan buat peneman, sekali sekala kami bercerita, mengenang kembali sisa memori bersama kalian, menjadi kekuatan dan kemanisan, dalam kehidupan... ya allah.. lindungilah mereka, yang kusayang, senangkan hidup mereka dan permudahkan urusan mereka, kuatkan iman mereka dan jadikan mereka sebaik-baik manusia...

Resepi Rendang Ibu

Image
Assalamualaikum... Rasanya wajib dah mendokumentasikan resepi rendang yang ibu pelajari daripada arwah nenek aku. Arwah nenek belah ayah ni orang Negeri Sembilan. Maka rendang ni wajiblah pedas berapi. Cuma kali ini kami buat rendang itik. Maaf ya, aku tak reti sukatan terperinci. Biasalah cara orang tua memasak. Ikut suka, ikut rasa, agak-agak.. fuh, susah gak ni. Masak santan pekat.  Masuk air ikut sukatan plastik santan. bahan wajib: Halia Lengkuas Cili kering Cili api Bawang merah kecil Bawang putih Kunyit Asam keping Kerisik Serai Potong halus halia dan bawang merah  kunyit, lengkuas dan bawang putih kasi kisar Sambil-sambil meracik bawang tu jangan lupa kacau santan tadi, kang hangit tak jadi minyak kang. Itik yang dah siap dibasuh kita gaul dengan cili kering blender. Masuk juga bawang putih, kunyit dan lengkuas yang dah blend. humban sekali cili api kisar, bawang dan halia yang dah dipotong halus. ...

Pengalaman

Assalamualaikum.. Cucuk Melihat doktor-doktor pelatih (HO) di hospital terkial-kial nak mencari urat darah untuk dicucuk membuatkan saya terkenang keadaan adik saya yang juga belajar dan bekerja di bidang yang sama. (Mesti sekarang adik saya dah terror hal cucuk-cucuk ni). Cucuk menyucuk ni bukannya benda enak. Malah sakit dan kadang-kadang kalau tak jumpa urat yang betul, terpaksa cucuk di tempat lain pula. Pengalaman di warded kali ni menyaksikan tangan saya hampir 7 kali dicucuk merata-rata untuk  diambil darah dalam masa 1 hari. Nangis... Kalaulah saya tak fikirkan betapa susahnya doktor-doktor ini berhempas pulas nak belajar ilmu perubatan, mau juga saya menjerit maki-maki doktor ni. Tapi melihat muka doktor baru yang serba salah dan meminta maaf berkali-kali bila cucuk tak kena tempat tu mudah saja hati saya sejuk. Malah siap bagi kata-kata semangat. It's okay doctor. You can do it. Perlahan-lahan doktor.. Saya dan suami adalah sejenis manusia yang tidak mahu me...

Reunion EX-SMUDA

Image
Assalamualaikum Godek-godek gambar lama terjumpa koleksi gambar masa Ex-Smuda buat reunion dekat Sg. Congkak tahun 2015. (Bapak lamaaaaaa... 😅). Nina pun baru setahun lebih umurnya masa ni. Aku join reunion kali ni sebab rumah aku dekat je dengan area Sg. Congkak ni. Dan aku antara orang terawal dah tercongok kat sini. Hahahaha... Cuak jugak sebenarnya sebab dah lama sangat tak jumpa senior-senior dan junior-junior Ex-Smuda masa ni. Ntah diaorang ingat aku ke tak? Ntah-ntah aku seorang diri terhegeh-hegeh kat sini. Orang lain mana ingat aku dah.. dan bermacam lagi fikiran kotor ada kat minda. Hahahaha.. Tapi aku silap, hampir semua aku ingat dan kenal aku weh. Kakak-kakak senior, adik-adik junior, sahabat-sahabat... pergh.. memang seronok la. Sangat-sangat seronok. Cuma aku kureng kenal sikit dengan geng-geng senior junior lelaki ni. Ada yang aku ingat, ada yang aku lupa langsung kewujudannya. Hehehehe.. maklumla, sekolah aku ni kelas lelaki perempuan berasingan.  ...

Setelah Setahun Berlalu

Assalamualaikum... Dah dekat setahun rupanya blog ni bersawang. Kekangan masa yang menyulitkan untuk kembali aktif seperti dulu. Tambahan pula sudah berbadan dua. Ya. Saya mengandung lagi. Rezeki selepas melalui pengalaman ectopic tahun sudah. Sekarang sudah menjejak minggu-minggu akhir mengandung. Doa sahaja urusan saya dipermudahkan. Maaf, tiada gambar untuk posting kali ini. Malu lah, perut sahaja yang memboyot ke hadapan. Lain kali saya berceloteh lagi ya... Wassalam..

Ectopic

Image
21 november 2016 Dari pagi ke klinik, terus rujuk hospital. Boleh balik, rabu khamis datang balik. Kena cucuk 3 tempat nak amik darah. Balik. Pegi ofis en suami sekejap. Otw balik rumah 3 kali hospital call. Mula2 bagitau keputusan darah. Call lagi tukar tarikh appointment. Call lagi minta datang terus ke hospital. Last2 masuk wad untuk checkup dgn pakar terus. Ni kaler pink setelah 2 kali jarum hijau takmo menyerah diri. 6 tempat cucuk saja utk cari urat darah. Kesian en suami kulu kilir teman kita sampai ke malam. Terima kasih encik abang... doa yang baik2 saja ya.. Baju dah tukar, puasa dr jam 7pg lagi. Masalahnya dewan bedah not available. Asyik bertembung dgn kes emergency. Mentang2 aku stable, siap boleh gelak kuat2, dok kuak lentang tergolek2 baca novel, maka aku di kemudiankan. Tadak hal... tp yg jd hal bila perut dah pedih perit loya2 akibat kelaparan dan dahaga yg teramat sgt...  Last2 operate esok pagi. Alhamdulillah... makan dulu sebelum puasa balik tgh mlm ni.. ...