Posts

Baem Kena Dandan

Image
Assalamualaikum Godek-godek PC jumpalah gambar-gambar Ibrahim masa kecil. Aku tak ingat dah sapa la dok pedajal dandan dia lagu ni.Kesian anak aku. 😂😂😂  muka redho seh... Dengan baju terselak sampai perut pun nampak. Hahaha.. kelakar...

kakak, denggi & icu

Image
Assalamualaikum.. Aku sebenarnya tak ingat bila kejadian ni berlaku tapi tak silap sekitar tahun 2014 macam tu. Tiba-tiba kakak aku demam teruk. Sangat-sangat teruk. Sebelum tu dah ada budak-budak yang demam teruk juga, kami ingat demam biasa, rupanya denggi. Sebelum kakak aku disahkan kena denggi, dia pulun buat persiapan suaminya nak ke Indonesia, ada lawatan disana. Elok je suami dia berangkat, dia pun rebah masuk wad. Hah! Nak cerita panjang, aku pun ingat-ingat lupa sebenarnya, so biarlah gambar berbicara. hahahaha Apa yang aku ingat bila kakak kena masuk ICU tu, aku dah lumpuh jem otak sebab nak kena jaga rumah jagaan yang kakak aku tinggal, dahlah suami takde, madu dia pun kena tahan sebab denggi juga. Dengan ada baby kembar ditinggalnya, serius rasa nak rebah je weh. Tapi masa tu ada budak-budak yang masih boleh diharap membantu. Dan ada adik beradik aku yang bersatu tolong datang, ibu aku tak silap masa ni kat Jordan, ziarah adik aku yang study doctor tahun akhir. Kalau i...

Makanan Dalam Pantang

Image
Assalamualaikum Nak share sikit lah makanan dalam pantang yang biasa dihidang oleh ibu aku. Ibu aku ni tipikal orang tua yang mengamalkan pantang yang ketat. Tapi aku rasa, zaman aku beranak ni kurang sikitla dia punya ketat tu mungkin sebab aku bersalin kali ni kena czer. Tu pun ada je dia merungut kata aku tak pantang betul-betul. Asyik bergeraklah, banyak tengok tv la, tak pakai stokin la.. hahahaha. Aku follow je cara dia sebab pada aku selagi tak mudarat, tak salah. Ibu aku galakkan je aku minum air banyak. Suruh rehat banyak dan bertenang. Aku je yang kadang-kadang naik serabut dengan rumah bersepah, gatal tangan nak capai penyapu, tu yang kena bebel.  Tapi biasanya ibu jaga aku dalam tempoh 2 minggu je. Aku dah sihat gagah sikit, dia pun baliklah. Lagipun kakak aku tinggal sebelah rumah je. Jadi apa-apa dia boleh tengok aku. Menu pantang ni masa aku bersalin kat Nina kalau tak salah. punyalah lama aku tak update blog. Sekarang anak aku dah 4 orang. Nanti lah aku cerita pasal...

2 tahun berlalu

  Assalamualaikum. Setelah 2 tahun berlalu.. last entry aku Julai 2018. Banyak sangat kejadian yang berlaku dan berlalu. Ada yang aku nak simpan memorinya, ada yang aku rasa nak tak ingat sampai bila-bila. Tambah pula blog aku dah kena sekat. Mungkin lama sangat tak buka. Ni aku terpaksa copy yang lama untuk abadikan disini. Takut hilang. Insyaallah lepas ni aku nak perlahan-lahan abadikan kenangan di sini. Sebagai ingatan, mengukir sebuah senyuman, mencoret pengalaman.  Si Pencoret

Kenangan

Image
Assalamualaikum... Sekali sekala kenangan datang menjengah,  rindu akan masa yang telah dilalui, ada manis ada yang pahit, mengingati yang berlalu menjadi kenangan, yang tak mungkin akan datang kembali.. Selamatlah sekalian anak didikku, walau dimana dikau berada, masa tidak boleh diputar kembali, walau diri ini sering dicemuh dan dibenci, mengertilah, kalian tidak pernah ku benci, malah bangga dan lega mendengar cerita, kalian kini seorang ibu, kalian kini seorang anak yang menyenangkan, kalian kini seorang yang berjaya setelah melalui kepahitan.. usah dikenang kami disini, kami senang-senang sahaja, hanya secebis kenangan buat peneman, sekali sekala kami bercerita, mengenang kembali sisa memori bersama kalian, menjadi kekuatan dan kemanisan, dalam kehidupan... ya allah.. lindungilah mereka, yang kusayang, senangkan hidup mereka dan permudahkan urusan mereka, kuatkan iman mereka dan jadikan mereka sebaik-baik manusia...

Resepi Rendang Ibu

Image
Assalamualaikum... Rasanya wajib dah mendokumentasikan resepi rendang yang ibu pelajari daripada arwah nenek aku. Arwah nenek belah ayah ni orang Negeri Sembilan. Maka rendang ni wajiblah pedas berapi. Cuma kali ini kami buat rendang itik. Maaf ya, aku tak reti sukatan terperinci. Biasalah cara orang tua memasak. Ikut suka, ikut rasa, agak-agak.. fuh, susah gak ni. Masak santan pekat.  Masuk air ikut sukatan plastik santan. bahan wajib: Halia Lengkuas Cili kering Cili api Bawang merah kecil Bawang putih Kunyit Asam keping Kerisik Serai Potong halus halia dan bawang merah  kunyit, lengkuas dan bawang putih kasi kisar Sambil-sambil meracik bawang tu jangan lupa kacau santan tadi, kang hangit tak jadi minyak kang. Itik yang dah siap dibasuh kita gaul dengan cili kering blender. Masuk juga bawang putih, kunyit dan lengkuas yang dah blend. humban sekali cili api kisar, bawang dan halia yang dah dipotong halus. ...