Posts

My Baby Si Bongsu

Image
Assalamualaikum Taraaaa.... Inilah si bongsu kesayangan semua orang. Diam tak diam, anak aku dah 4 orang. Ahaks.. 3 lelaki 1 je perempuan. Jadilah. Ni pun aku mengandungkan dia selepas aku gugur mengandung luar rahim (Ectopic). Sesungguhnya Allah maha besar. Dengan 1 tiub ovari yang tinggal, aku dapat juga mengandung. Dan rasanya dia yang terakhir. Insyaallah.. Si comel ni namanya ILYAS ARSYAD BIN MOHAMMAD NOORAZIZ . Tanggal lahir 26 Mei 2018. Satu-satunya anak yang sebenarnya tak plan pun nak dapat so tak tertiming masa nak jadi. Terlahirlah dalam bulan Ramadhan. 27 hari aku pulun mengganti puasa tau (ToT).. Sekarang dia dah nak masuk 3 tahun. Baru nak pandai cakap sikit-sikit. Lambat sikit dia nak mula bercakap. dok ahhh.. ahhh.. ahhh menjerit kalau nak bagitau apa-apa. Sampai sekarang masih berulang jumpa pakar atas masalah lambat bercakap dan berat tak naik. Tiap kali jumpa doktor, umi dia ni la kena marah.. wuwuwuwuwuwu! Tapi hasil beberapa kali pergi terapi,  dah banyak perka...

Gulai Ikan Dan Ayam Nasi Dagang

Image
Assalamualaikum Jumpa lagi kita... Kali ni nak share resepi gulai untuk dimakan bersama nasi dagang. Ada setengah orang, buat gulai nasi dagang tapi rasa macam kari. Tak betul ye tuan puan. Sesungguhnya nasi dagang ni ada gulai resepinya tersendiri. Aku pun kalau jumpa gulai nasi dagang rasa  kari, maafla... sekali tu je la aku makan. Lidah Kelantan/Terengganu ni lain ye. Orang lain boleh terima tapi saya tidak. Harap maaf... 😑 Gulai Ayam/Ikan Nasi Dagang Bahan-bahannya: Kerisik Cili Kering Bawang Merah Bawang Putih Kunyit Halia Lengkuas Santan Garam Nissan/Nissey (ganti gula) Serbuk Ketumbar Serbuk Jintan Manis Serbuk Jintan Putih Serbuk Kas-kas (untuk gulai ikan, tak payah bubuh ye) Serbuk Kunyit Asam keping  Cara masak, aku terangkan ikut gambar. Lagi satu, ibu aku masak jenis takde sukatan. Semua main agak-agak dan campak-campak je. So kena memandai sukat sendiri ikut banyak mana ayam/ikan yang kita nak buat. Bahan utama untuk di kisar buat rempah sendiri. lengkuas, halia...

Nasi Dagang Ibu

Image
Assalamualaikum Sebelum aku lupa, baiklah aku terus catatkan resepi/cara ibu aku buat Nasi Dagang. Ceritanya aku salin resepi dah lama, bila sampai masa nak praktikal, tersalah cara, habis benyek nasi dagang kami. Stress gila kakak aku. Hukhukhukhuk... Aku bagi dulu resepinya dan nanti aku explain cara nak buat mengikut gambar. Nasi Dagang  Bahan-bahan : 1. Beras (kakngah aku kata setakat ni beras Jati biru dah ok untuk buat nasi dagang) 2. Beras pulut Sukatan - 7 pot beras + 1/2 beras pulut  (Sukat, basuh dan rendam selama 7 jam/5 jam) 3. Bawang merah 4. Halia 5. Halba (Dimayang halus. Halba kena basuh) 6. Santan 7. Garam Beras+beras pulut yang telah dibasuh dan direndam Kaut beras yang telah direndam, pindahkan ke dalam periuk pengukus. Lihatlah tangan Dikman yang halus mulus itu, kalah tangan aku. Kukus beras tadi selama sekali naik wap. Itu cara ibu aku, aku pun tak pasti sekali naik wap tu berapa minit. Agak-agak je la korang ye. Dah cukup anggaran sekali naik wap, korang...

Jelingan Manja Mu!

Image
Assalamualaikum.. Hahahaha... Lama gila gambar ni aku simpan. Tepek sinilah. Tahun ni 2021, kak Nina dah masuk darjah 1. Tapi kasihan, disebabkan pandemik COVID-19, sekolah tertangguh untuk kemasukkan. Apa nak buat kak Nina.. yang penting anak umi selamat, tak sakit dan ok. 2021 Abang Amir darjah 6 Abang Baem darjah 3 Kak Nina darjah 1 Adik Ilyas dah 3 tahun Eh.. cepatnya masa berlalu...

Baem Kena Dandan

Image
Assalamualaikum Godek-godek PC jumpalah gambar-gambar Ibrahim masa kecil. Aku tak ingat dah sapa la dok pedajal dandan dia lagu ni.Kesian anak aku. 😂😂😂  muka redho seh... Dengan baju terselak sampai perut pun nampak. Hahaha.. kelakar...

kakak, denggi & icu

Image
Assalamualaikum.. Aku sebenarnya tak ingat bila kejadian ni berlaku tapi tak silap sekitar tahun 2014 macam tu. Tiba-tiba kakak aku demam teruk. Sangat-sangat teruk. Sebelum tu dah ada budak-budak yang demam teruk juga, kami ingat demam biasa, rupanya denggi. Sebelum kakak aku disahkan kena denggi, dia pulun buat persiapan suaminya nak ke Indonesia, ada lawatan disana. Elok je suami dia berangkat, dia pun rebah masuk wad. Hah! Nak cerita panjang, aku pun ingat-ingat lupa sebenarnya, so biarlah gambar berbicara. hahahaha Apa yang aku ingat bila kakak kena masuk ICU tu, aku dah lumpuh jem otak sebab nak kena jaga rumah jagaan yang kakak aku tinggal, dahlah suami takde, madu dia pun kena tahan sebab denggi juga. Dengan ada baby kembar ditinggalnya, serius rasa nak rebah je weh. Tapi masa tu ada budak-budak yang masih boleh diharap membantu. Dan ada adik beradik aku yang bersatu tolong datang, ibu aku tak silap masa ni kat Jordan, ziarah adik aku yang study doctor tahun akhir. Kalau i...