Tumpang Sekaki!!! - Episod 2

Assalamualaikum...

Mari kita sambung cerita. Macam yang aku cite dulu, lepas Jumaat ada agenda penting. Haaaaa... ni la agendanya... ikut rombongan hantar cincin...

So lepas shopping-shopping yang tak seberapa sangat tu, kami balik semula ke rumah mertua abang aku untuk bersiap-siap nak ikut rombongan hantar cincin...

mokcik kaklong, makcik oren dan anaknya... hahaha... masak ko Rai, tak pepasal sepupu aku dapat title makcik oren...

disebabkan hanya bonet keta abang aku kosong maka bonet itu telah menjadi mangsa meletak hantaran... dah tiba sana tuan punya bonet keta tu juga yang jadi mangsa pegang hantaran sampai dua... hahaha... orang lain nak berlenggang kangkung di tepi paya...ewah!

my daddy...my daddy!

my mummy... my mummy!

my sons.. my sons! apesal mata ko booolat sangat dik?... bamir kasi peace pencerahan alam sampai tertutup mata sendiri.. hahaha

Aminnnnnn!!!
Apesal aku anak beranak interprem banyak? sebab ni blog aku... sukati aku la nak letak gambar anak beranak aku sebab aku tumpang sekaki je kat majlis orang ni... hahaha

bunga idup tuuuu.... khas untuk si tuan cincin
hoh.. apesal tangan yang satu lagi tu itam bebeno?... ngeh ngeh ngeh


biar gambar berbicara...

akok kelate... nyummmmyyy! aku lahap benda ni sampai berani buat muka tak malu oder lagi kat dapur... pang!
Kuih akok kat atas tu ada ceritanya juga... Waaaaa... ceritanya begini, masa orang tukar-tukar hantaran aku kat belakang mandikan anak aku yang kecik. Bila aku masuk je aku tengok ayah dengan abang ipar aku dok makan akok dalam mangkuk tu dengan sungguh berselera sambil berborak-borak. Dan aku dengan tak malunya suruh abang aku cilok akok tu dalam pinggan lain kendian pas kat aku. Dan siap sound kuat-kuat bagi orang dapur dengar yang akok tu sangatla sedap sehingga rasa nak tambah lagi. Dan keesokannya bila aku belek-belek gambar yang ada dalam kamera Rai, baru aku sedar akok tu salah satu daripada hantaran! alamakkkkkk... dan aku pasti, ayah dan abang ipar aku pun dah selamat mengabiskan akok itu dengan jayanya! Agak-agak korang ada tak yang perasan hantaran akok tu dah hilang? ngeh ngeh ngeh

si comel Alisya Insyirah, anak abang aku
bila nak balik ni umi... kite boring arrrrr... kite nak titoo.. kite nak cucu....
abang ipar den... presiden PERKID MALAYSIA
ibu dan anak lelaki kesayangan...ceh, buat aku jeles je

Lepas majlis tu kami berpisah dengan ibu dan ayah. Disebabkan abang aku masih panjang cutinya so ibu dengan ayah nak dok lama sikit kat Kelantan. Nak bersihkan sikit rumah kat Kota Bharu tu. Kami teruskan perjalanan ke Wakaf Che Yeh untuk sambung menyopping. Tapi kat sana aku tak dapat turut serta sebab hujan dan anak-anak aku dah kepenatan. Aku pun tak tau apa yang kakak aku borong. Lepas maghrib kami teruskan perjalanan, kali ini menuju ke Kuala Terengganu. Yeay, jalan tepi pantai... masalahnya kalau dah gelap gulita tengah malam apa yang ko nampak? hantu laut adalah.... hahaha..

bersambung...

Comments

Popular posts from this blog

Awas, Sila Berhati-Hati Dengan Perempuan Ini...

My Sibling

Nasi Ayam Ibu Tercinta!