Gigi Oh Gigi!

Assalamualaikum..

Sapa penah sakit gigi yang berdenyut-denyut sampai naik ke kepala sila angkat tangan! Aku le tu.. Malam tadi aku sakit gigi yang cenggitu. Sakit sangat sampai anak-anak aku minta en. suami take over dan aku menonton tv dengan senang hati tanpa gangguan. Hahaha.. kena tipu!

Dulu aku rasa gigi aku paling senang diurus dan tiada masalah sehingga perlu berjumpa doktor gigi setiap minggu.  Sehinggalah pada suatu hari, aku terasa something wrong dengan geraham aku kedua hujung. Macam nak berlubang kat tepi, so masa tu la aku dengan rasa tak bersalah pegi jumpa doktor gigi berbayar dengan ayah. Masa tu tak pandai drive lagi. Ayah yang tolong hantar (sambil berharap ayah akan tanggung kosnya.. hahaha).

Bila doktor periksa gigi-gigi aku barulah ku tahu kedua-dua gigi geraham bongsu aku yang belah bawah tumbuhnya tak betul (cis.. nampak sangat sebelum ni takut nak jumpa doktor gigi). Menyenget ke depan. Sebab ketumbuhan yang tak betul itulah maka gigi geraham yang kat depannya terpaksa menanggung beban kerosakan. Jadi geraham depannya dah berlubang sikit dan doktor buat tampalan je. Kosnya dekat rm150 kot (tak ingat dah) dah ayah dengan murah hatinya telah mengswape kad kredit goldnya.. tehehe

Doktor gigi suruh aku buat surgery untuk buang gigi geraham bongsu yang buat onar kat tuan dia tu dengan kos lebih kurang sebatang rm400++. Gila mahal, masa tu aku mana kerja lagi. Takpelah doktor, saya kumpul duit dulu baru buat. Nasib baik geraham bongsu kat atas tak buat onar. Alternatif yang ada, bila gosok gigi aku kena cungkil-cungkil sikit celah geraham tu.

Ku biarkan ianya berlalu...(cam lirik lagu la) sehinggalah aku mengandung anak kedua (lama tu oii!) Aku kena buat check up gigi. Dan doktor gigi beritahu benda yang sama, cumanya kalau aku nak buat surgery hanya boleh buat di Hospital Kajang dan kena booking dulu. Lama mana tak tau. Sebab aku mengandung, doktor suruh datang selepas aku bersalin.

Cukup tempoh berpantang lepas bersalin, sebelum cuti aku habis, aku terus ke klinik gigi (sebenarnya gigi geraham depannya tu dah berlubang teruk sampai luka pipi aku). Kali ni klinik kerajaan. Bayar pun cuma singgit je (tapi ramainya Ya Rabbi..letih aku tunggu). Doktor check gigi aku, bius kasi kebas dan suruh aku tunggu kat luar. Masa tu aku dah seram sejuk. Takut wooo... Bila doktor panggil untuk cabut, dah ready gila tetiba aku menjerit masa doktor cuba nak goyang gigi tersebut. Doktor terus berhenti sebab katanya bila sakit tu maknanya gusi dah kena jangkitan, kasi ubat antibiotik dan datang semula. Aiyohh...! Minggu depan aku datang semula dan berjaya dengan jayanya mencabut gigi geraham tersebut!

Maka terserlahla ayumu wahai gigi geraham bongsu! Baru nampak betapa rosaknya gigi tersebut. Doktor kata kalau gigi depan dah cabut, tak perlu buat surgery, boleh je nak cabut yang bongsu tu. Tapi jangan datang sekarang, datang lagi 2 minggu. Kan dah jadi keje, aku kena jumpa doktor setiap minggu!

Dan akibat sakit yang malam tadi, aku minta en. suami hantar aku ke klinik gigi hari ini. Anak-anak aku hantar rumah pengasuh. Jumpa doktor yang sama (kat situ ada 2 doktor gigi bertugas), doktor gigi sampai kenal aku. Siap tanya khabar anak-anak. Bius, dan terus cabut. Hilang terus sakit gigi! Ajaibkan!

Jadi kawan-kawan, marilah kita menjaga kebersihan gigi supaya kekal bersih dan nafas pun tidak berbau! (tapi aku ada satu lagi gigi bongsu yang nak kena cabut/surgery sebelum dia membuat kerosakan kepada pasangan yang setia di depannya... haih.. kena jumpa doktor gigi lagi!)


Comments

  1. Wah... macam kes I jugak hari tuh. Melayang RM1,400!

    I masih ada lagi dua bijik geraham bongsu kat rahang atas. Doktor kata ia perlu dicabut sekiranya mengganggu. Tapi so far so good. Ok jer tak mengganggu...

    BTW, blog dah nampak makin cantik! :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. sebab baca entri en. Logo la saya ada idea nak cerita pasal gigi nih.

      terima kasih atas pujian... kena godek-godek baru tau nak guna semua tu tapi masih lagi dalam mood belajar...ahah!

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Nasi Ayam Ibu Tercinta!

Awas, Sila Berhati-Hati Dengan Perempuan Ini...

Kenangan