Tumpang Sekaki!!! - Episod 1

Assalamualaikum...

"Nak ikutttttttt!!!!!!!" laju je aku jerit bila kakak cite nak balik kelantan. Untuk makluman, ibu aku berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Ofkos la bila ada orang ofer balik sana aku laju je angkat tangan volunteer. Kota Bharu tu dulu tempat suka duka aku. Kat sana aku menyambung persekolahan menengah dan pengajian diploma aku. Sungguhla rindu kat Kota Bharu!

So dengan tak malunya, aku hangkut sekali anak-anak aku ikut balik Kelantan. En. suami kena tinggal sebab dia kena pergi kerja. Aku dalam mood cuti sekolah weh. Oh yang sebenarnya kepulangan kali ini membawa bersama hajat orang, maka tak daptla balik bergumbira secukup rasa. Sekejap je dapat jejak tanah Kelantan. Balik kampunggggg ooo balik kampung!!

Maka setelah bersiap-siap itu ini begitu begini, aku bergegas ke rumah kakak di Hulu Langat. Usai selepas solat Asar kami terus bertolak (errr.. naik van sebenarnya) ke Kelantan. Yeeehaaaa! (aku hampir kena tinggal sebab layan korea dulu masa tu. Huhuhu)


Pencahayaan Agung - Lebuhraya MRR2


Mari bermanja bersama Tok We kita
 Sampai Bentong dah hampir maghrib so kami singgah makan dulu...

Hmm.. menu apa yang sedap ni umi? kita laparla umi.. eh, camla adik ada gigi nak makan...

Aku anak beranak dapat port belakang sekali dalam van tu. Bayangkanlah betapa sengsaranya kami yang asyik kena lambung je sepanjang perjalanan. Ibrahim berapa kali menjerit sebab gayat kena lambung. Haih, nasib baik aku tak patah pinggang je. Penangan si drebar kami Ustaz Odin. Odin ni anak sedara aku.

Hampir jam 3 pagi kami selamat tiba di rumah mertua abang aku dekat Selising, Pasir Puteh. Sekali lagi kejadian berlaku pada malam tersebut. Sedang kami bersiap-siap nak tidur, abang dengan kakak ipar aku keluarkan suatu benda yang membuatkan aku gelak guling-guling dan kami dok mengilai tetengah malam... jeng jeng jeng!

Inilah bendanya yang buat aku dengan Rai jakun tahap gaban dan gelak sampai terguling-guling. Malam tu kami jadi giant baby. Kelambu aku saja muat aku anak beranak. Aku ingat tu dah besar, rupanya ada lagi besar!

Memposing dalam kelambu ohsem sambil tunggu giliran nak mandi..
"Mana dapat kelambu gini kak?

"Kat Golok melambak..." ooo baru ku tahu. Hahahaha...

Dah sarapan semua bagai, kami bertolak ke Kota Bharu. Pegi jenguk rumah ibu yang dah lama ditinggalkan (sorry, gambarnya takde pulak). Dah naik semak samun dan nampak buruk je.. sedihla. Actually ibu sekarang tinggal dengan kak ja sebab kat Kota Bharu ni dah takde sapa nak jaga dia. Anak-anak semua dah berhijrah ke Selangor maka ibu pun kenala hangkut hijrah sekali. Kalau tak sapa pulak nak tengok sakit peningnya kat rumah tu sorang-sorang.

Sebelum sampai ke Kota Bharu, singgah menjenguk Kak Yam (tok guru pengajian ibu), kebetulan hari Jumaat memang dia buat kelas pengajian kat madrasah dekat rumah ibu. Then kami ke bandar Kota Bharu. Hajat hati nak berjumpa Tok Guru Nik Aziz, tapi sebab kami dah terlewat, kami hanya dapat jumpa khemah-khemah peniaga dan jadilah pertemuan mari bershopping pulak kat situ.. ngeh ngeh ngeh...

Tengok tu en. bos heret anak dia pegi shopping... lajuuuu je dia gerak.. mencicit kami ngekor en. bos... hahaha
Setiap pagi Jumaat, disinilah TGNA akan memberikan kuliah/tazkirahnya... orang ramai sungguh!

Ni tujuan utama kakak aku kat sini... borong bundle (selimut, comforter, cadar, hamparan) aku beli hamparan je selai rm10. Buat lapik anak-anak aku baring-baring depan tv.

Kami lepak sini lama la jugak sebab tunggu abang ipar, Odin, ayah dan abang aku pegi solat Jumaat dulu. Lepas Jumaat ni ada agenda penting. Nantila aku cerita.. kang panjang sangat takde orang nak baca pulak... hahaha...

Lagipun minggu ni aku dok pulun ganti puasa, tu yang lambat sikit entri ni keluar. So sila bersabar ya.. (hahaha.. bajet macam la ada orang nak baca entri aku nih).

bersambung....

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Ayam Ibu Tercinta!

Awas, Sila Berhati-Hati Dengan Perempuan Ini...

Kenangan