Amir Lagi!
Assalamualaikum...
Mengandungkan Amir aku mengalami alahan yang teruk sampai kena tahan wad masuk air dekat 9 botol dan tak boleh makan minum. Tu belum kira keluar masuk wad sebab yang sama. Dan belum kira lagi urat-urat tangan aku lebam akibat selalu kena cucuk ambil darah. Dan tak kira lagi yang kes bleedingnya.serta ada kencing manisnya. Setiap bulan aku kena pegi jumpa doktor pakar di Hospital Kajang, sampai naik fobia setiap kali misi bagi tarikh appointment baru.Sebab sebelum pegi Hospital Kajang tu sah-sah aku kena cucuk jari untuk ambil bacaan paras gula. Kerana mengandungkan Amir, aku jadi seram seriau tengok jarum.
Apa yang aku makan semua aku muntahkan balik. Perut selalu kosong tapi tak pulak aku kena gastrik ke, pedih hulu hati ke. Releks je tapi lembik badan sebab tak ada tenaga. Berat aku yang dulunya 37kg makin turun ke 35 dan ke 32kg. Akak misi pun dah bising turun banyak sangat sampai kena refer ke hospital. Aku sampai ambil cuti tak bergaji sebulan. Tapi bila kandungan dah 4 bulan baru boleh makan. Masuk 7 bulan aku ada perangai pelik. Ngidam nak kunyah ais batu. Mesti ada stok ais dalam peti ais. Balik rumah je benda pertama aku buat kunyah ais dulu dalam seketul dua, baru boleh buat benda lain. Kadang-kadang sanggup paksa en. suami beli air singgit kat pasar malam, paksa dia habiskan masa tu jugak dan aisnya aku kunyah macam gula-gula. Kalau en. suami tak layan aku akan muncung sepanjang masa dan pernah gara-gara stok ais habis, aku sampai meleleh air liur macam orang kempunan. Teruk sungguh!
Agaknya sebab tu la Amir sekarang suka benar hisap ais. Tak bagi dia menangis. Bagi karang batuk-batuk pulak dia. Haih..
Amir lahir berat dia dalam 2.6kg dan masa tu kandungan aku 36 minggu.Aku sebenarnya nak cerita pengalaman aku melahirkan Amir tapi mukadimah pun dah panjang sangat so nanti aku buat tulis lain la. Ni pun Amir tengah tak puas hati dengan aku sebab aku ajak dia pegi mandi tapi dia sibuk nak main angry bird dia. Bila dah boring dia marah-marah benda tu. Apelaaa! Nak kena budak nih!
Memperkenalkan...

Hi, my name is Amir Nur Ikhwan!

Comments
Post a Comment