My Sibling - Part 2
Assalamualaikum..
Semalam aku dah cerita pasal adik beradik belah ibu kandung aku kat sini. Aku celik mata je dan mula kenal keadaan sekeliling, yang aku tau aku dah ada dua mak. Bila dah reti bahasa dan mula memahami,aku mula tau seorang mak kandung dan seorang mak tiri.
Ayah aku seorang yang adil. Dia seorang guru displin semasa aku membesar di Labis, Johor. Kalau malam ni dia tido rumah ibu aku, pasti esok malamnya pula rumah mak tiri aku. Nak senang, aku panggil mak aku ibu dan mak tiri aku mak. So bila turn ayah tido rumah mak, maka aku dengan abang aku pun ikut sekaki pergi bersuka ria tido rumah mak. Dan kalau masa tu hari sekolah, ayah akan hantar kami balik rumah ibu dulu sebelum ke sekolah. Kadang-kadang selalu je kena tinggal dengan mak sampai ayah balik sekolah barulah balik rumah ibu. Sebab tu aku kata kami adik beradik tak ada masalah, aman damai rukun setia. Hahahaha...
Adik beradik aku belah mak ni seramai 6 orang juga. 3 kakak, 3 abang. tapi sebab anak mak yang bongsu baya kakak tiri aku yang sulung maka automatik aku dengan abang aku jadi adik paling kecik. Manja terutama abang aku sebab masa ibu mengandungkan aku, dia paling banyak duduk dengan mak sebab ibu aku alahan teruk.
Apapun aku sayang adik beradik belah mak ni. Ofkos kami satu bapa yang mana lebih kuat silaturrahimnya. Masa aku kawin pun, diaorang antara yang membantu dari segi tenaga dan kewangan. Sanggup datang dari jauh ke Kelantan untuk meraikan perkahwinanku. Terima Kasih abang-abang dan kakak-kakak!.. i lap u all!
Semalam aku dah cerita pasal adik beradik belah ibu kandung aku kat sini. Aku celik mata je dan mula kenal keadaan sekeliling, yang aku tau aku dah ada dua mak. Bila dah reti bahasa dan mula memahami,aku mula tau seorang mak kandung dan seorang mak tiri.
Ayah aku seorang yang adil. Dia seorang guru displin semasa aku membesar di Labis, Johor. Kalau malam ni dia tido rumah ibu aku, pasti esok malamnya pula rumah mak tiri aku. Nak senang, aku panggil mak aku ibu dan mak tiri aku mak. So bila turn ayah tido rumah mak, maka aku dengan abang aku pun ikut sekaki pergi bersuka ria tido rumah mak. Dan kalau masa tu hari sekolah, ayah akan hantar kami balik rumah ibu dulu sebelum ke sekolah. Kadang-kadang selalu je kena tinggal dengan mak sampai ayah balik sekolah barulah balik rumah ibu. Sebab tu aku kata kami adik beradik tak ada masalah, aman damai rukun setia. Hahahaha...
Adik beradik aku belah mak ni seramai 6 orang juga. 3 kakak, 3 abang. tapi sebab anak mak yang bongsu baya kakak tiri aku yang sulung maka automatik aku dengan abang aku jadi adik paling kecik. Manja terutama abang aku sebab masa ibu mengandungkan aku, dia paling banyak duduk dengan mak sebab ibu aku alahan teruk.
Wah... rukun dan damai ye keluarga ini?
ReplyDeletePernah tak tersasul panggil mak ibu dan ibu mak? :-p
tersasul tak penah la, tapi bila dah gaduh dengan abang tu mulala menjerit ibuuuuuuuuu!!! tapi mak yang datang pujuk sebab masa tu kat rumah mak. mana ada ibu.. hahaha
ReplyDelete