Mafela @ Mapla?

Assalamualaikum...

Sampai je hulu langat petang semalam aku tengok ibu tengah sibuk mengait mafela untuk adik aku yang belajar kat Jordan tu. Huih... kemain kau, kait pakai dua jarum je. Mafela khas untuk adik aku tu pulak guna benang yang berbulu-bulu. Bukan benang kait biasa tu. Segulung harganya Rm20 hinggit. Guna pakai dalam 6 gulung. Hah, ko congak la sendiri dik berapa rm dah melayang semata-mata nak kait mafela ko tu. Itulah kuasa kasih sayang ibu.

inilah benangnya... berbulu aku tengok bulu-bulu itu... hahaha

sang ibu sedang mengait siang dan malam demi untuk dihadiahkan kepada anak tercinta

ni baru setengah... ada setengah lagi nak kasi siap!
Ni pun dah berapa kali ibu cabut tarik benang sebab ada yang berlubang... Pastu kait balik. Sekali dua kali rasa jeles nak belajar je dengan ibu tapi mana aku nak letak baby aku pulak nanti. Confirm bila dah ngadap benda ni keje lain tak terbuat. Huhuhu...

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Ayam Ibu Tercinta!

Awas, Sila Berhati-Hati Dengan Perempuan Ini...

Kenangan