Tumpang Sekaki!!! - Episod Akhir

Assalamualaikum..

Aku tidur tak sedar diri dengan anak-anak aku kat belakang. Tup-tup celik je mata kami dah masuk ke atmosfera Kuala Terengganu. Kakak aku sebagai penunjuk arah pun macam mamai je bila dah jejak tanah Kuala Terengganu. Hajat hati nak tengok SBPI Batu Rakit (sekolah adik aku dulu) tak kesampaian sebab katanya walaupun matanya celik tetapi dia macam berhalusinasi tak sedar diri. Aku jamin kompem dia tidur tapi tak nak mengaku tu. Hahahaha...

So malam tu kami singgah bermalam di banglo abang long kakak aku. Aku terus nak atas, tidurkan anak-anak aku dan bilas badan sikit. Lepas solat terus bommmm... tak sedar diri sekali lagi. Pepagi bangun dan bersiap aku menjakun kejap atas kerusi urut abang long. Jakun woiii... aku boleh gelak mengekek atas kerusi tu. Buat malu kakak aku je. Hahahaha....

pagi yang permai dan damai

inilah tempat khas kami anak beranak. bawah tu kak ja dah lapik berlapik-lapik bundle dia dan yeay, anak-anak aku dapat tidur dengan selesanya! (tapi cuma sementara sebab bila stereng dah dapat kat Odin, habisssssss kami melambung-lambung)

mari bagi ikan makan..

dua anak kerdil tengah jakun tengok ikan.

sangat jakun!

mulut Amir masa ni menceceh-ceceh ntahapahapa tunjuk kat ikan. Jannah juga yang best dapat describe ikan-ikan tu. Meh sini nak coooobit mulut tu Jannah!

dahlah umi... tite nak cucu ni... meh la tite titoooooo!




peace!

abang long juga bela merak. Pepagi hari lagi aku dah terkejut dengan bunyi merak ni. ingatkan bunyi hapa laaa....kuat sungguh dia menjerit.
Dan selepas sarapan dan menjakun kat ikan dan merak abang long, kami pun memulakan perjalanan menuju destinasi. tehtehteh...

nak buktikan yang van sewa ni memang tinggi dalamnya sampai aku tak perlu bongkokkan badan tapi adik lelaki aku cakap ko memang pendek la kak... terimala hakikat kak! cisss... hantu ko dik, aku baru berangan nak jadi orang tinggi tau.

caye dengan kakak Jannah

caye syuke dengan cucu umi caye... tak boleh blah! hahaha
Hampir jam 5 petang kami dah selamat tiba Hulu Langat. Malam tu aku tidur situ sebab kepala dan badan sakit-sakit bahana kena lambung. Ada tukang urut tau, tu yang syok tu. Esok pepagi lagi aku dah cabut balik Semenyih. Rindu en. Suami weh...

Alhamdulillah perjalanan kami selamat pergi dan pulang dan paling penting, tujuan kami pun tertunai. Semoga apa yang telah dirancang dipermudahkan urusan dan jalannya oleh Allah SWT.

Tammat.

Comments

  1. as salam puan..boley sy tahu van di sewa berapa rm? dan ade contact no.?

    ReplyDelete
  2. van tu kakak saya yang sewa. rm400/day. tapi sayang no contact dah hilang. maaf ye dik...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Nasi Ayam Ibu Tercinta!

Awas, Sila Berhati-Hati Dengan Perempuan Ini...

Kenangan