Durratul Jannah

Assalamualaikum...

Aku suka anak perempuan. Sebab baju anak perempuan ni cantik-cantik, comel-comel, kiut miut. Tapi Allah bagi rezeki baby boy keduanya. Terima sajalah. Dua-dua pun aku sayang. Jadi bila belum ada baby girl nih yang jadi mangsa sakat aku tentulah anak-anak sedara. Anak sedara perempuan aku tak ramai. (tang ni kena faham ya,anak sedara belah ibu, bukan mak aku. Belah mak aku anak-anak sedara dah godang-godang kecuali anak angah je). Ada 5 orang je.


Jannah yang montok dan chumil!

Durratul Jannah ni anak kak ja aku yang bongsu (tak taula lama mana title bongsu dia pegang, kut kak ja nak tambah lagi....) Dulu aku pernah cerita pasal kepetahan dia bercakap kat sini. Tak silap aku belum umur 2 tahun dia dah pandai bercakap selain cepat faham arahan. Jannah ni dikesan sejak lahir lagi hormon tyroid (betul ke aku eja nih?) tak seimbang. So sejak baby lagi dia kena makan ubat. Ubat pulak pil. Kak ja akan hancurnya pil tu dengan air sebelum suap kat Jannah. Aku tengok Jannah telan selamba. Haih.. tak rasa pahit ke budak nih.

Bila dah besar ni lagi aku ngeri tengok dia makan ubat pil tu. Masuk mulut kunyah macam gula-gula. Yang herannya, bila bagi ubat berbentuk syrup contoh antibiotik tu, dia punya meraung... MasyaAllah.. Bersilat kakak-kakak dia kejung nak bagi makan. Bengkak mata menangis... lorrr.. cenggitu ke Jannah?

Kepetahan Jannah bercakap ni selalu buat aku geram. Geram nak cubit-cubit, baling kasut, gigit pipi montok dia.. Hahaha.. zalim. Geram sebab dia boleh balas balik apa yang kita cakap dengan petah (geram lagi sebab Amir tak pandai cakap). Dia boleh ajak kita bersembang dengan dia. Dia pandai mengadu domba. Dia reti menyanyi/bernasyid/berqasidah (tu lagi buat aku geram rasa nak hempuk je budak Jannah nih!) dengan suara halus pelatnya.

Jannah ni pada aku budak yang bijak mengenakan orang. Mulanya tak perasan hinggalah tok we nya suruh dia bernasyid....

"Jannah, cuba nasyid sikit tok we nak dengar..."

Dan Jannah dengan muka malasnya pandang tok we semacam lalu...

"NaaaCiiiiiiiddddddddddd..."

Hahahaha... terkena tok we dia...

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Nasi Ayam Ibu Tercinta!

Awas, Sila Berhati-Hati Dengan Perempuan Ini...

Kenangan